Saturday, August 15, 2015

7 Tips Atasi Kaki Bengkak Semasa Hamil



Kaki bengkak semasa hamil ini disebabkan oleh jumlah darah ibu hamil yang bertambah semasa proses kehamilan. Dan berat bayi yang menekan bahagian pelvis menyebabkan saluran darah yang membawa darah ke bahagian atas badan tersekat. Keadaan ini menyebabkan lebih banyak darah terkumpul di bahagian kaki, dan air dari salur darah akan dipaksa keluar lalu masuk ke dalam sel, dan menyebabkan kebengkakan. Tetapi jika anda menghadapi bengkak yang agak teruk di bahagian muka, tangan atau tapak kaki, eloklah anda berjumpa dengan doktor kerana dikhuatiri anda mempunyai masalah pre-eklampsia.

Walaupun masalah ini adalah normal, tetapi ianya oleh menyebabkan ibu hamil merasa kurang selesa. Antara cara-cara mengurangkan bengkak kaki yang boleh anda praktikkan adalah: 

1. Letakkan kaki pada aras yang tinggi semasa berehat atau tidur. – Letakkan bantal di bawah kaki semasa anda tidur supaya aras kaki lebih tinggi dari aras jantung. 

2. Baring megiring ke kiri untuk mengurangkan tekanan pada salur darah (vena kava). 

3. Elakkan dari berdiri terlalu lama dalam satu jangka masa. 

4. Elakkan makanan yang tinggi kandungan garam dan juga minuman berkafein. 

5. Minum air banyak 2-3L sehari. – Toksin dapat disingkirkan daripada badan dengan baik apabila kita minum air masak secukupnya. Apabila badan tidak mendapat cecair secukupnya, ia akan berada dalam ‘survival mode’ di mana badan ‘menyimpan air’ dan berlakulah sembab kaki, tangan dsb. 

6. Lakukan senaman ringan. – Senaman membantu peredaran darah dan cecair yang lebih baik dalam badan seterusnya menghindari daripada berlakunya sembab kaki, dsb. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki atau berbasikal. 

7. Pakai kasut yang sesuai dan tidak terlalu ketat. 

Selain dari cara-cara di atas ini, anda juga boleh mencuba menggunakan suplemen untuk mengawal bengkak kaki. Suplemen kalsium boleh membantu dalam pertukaran bendalir dalam badan, dan menggalakkan pengeluaran bendalir dari sel-sel badan. Pil OsteMatrix Shaklee amat sesuai diamalkan oleh ibu mengandung. Ianya dilengkapi dengan kalsium, magnesium, dan vitamin D.


Ikhlas,
Yani
017.675.4324

0 comments:

Post a Comment