Monday, October 13, 2014

Amalkan pengisian minyak dalam liter dan bukan dalam ringgit - apa kata saya??

Sapa tak pernah baca 'coretan' kat bawah ni?

Haaa..rasanya majoriti akan angkat tangan dah baca or dengar..tru watsapp, fb, sembang ngan member..

Isi RM46 dan bukan RM40..ini lebih baik. Apa kata saya??Bagus la tu..isi RM23 dan bukan RM20, isi RM69 dan bukan RM60..dari point of view seorang pengusaha stesen minyak ini adalah free marketing, upselling..yang insyaallah akan menaikkan sales. Kalau sebelum ini dapat RM40 jer, sekarang dah dapat RM46, extra RM6..seikhlas hati saya ucapkan terima kasih kepada yang tolong buat upselling..kerja keras anda sangat saya hargai..hehe..

Tapi...

Kenyataan yang menulis bahawa bagi setiap pengisian RM40, pelanggan akan kerugian 0.0094737liter dan stesen minyak akan untung 9.4737 liter sekiranya ada 1000 orang isi RM40 adalah...KURANG TEPAT

Kenapa saya cakap camtu?
Tahukah anda bahawa setiap stesen minyak Petronas diwajibkan oleh pihak berkuasa untuk membuat calibration secara tahunan untuk setiap nozelnya. Dan calibration ini dibuat oleh pegawai dari Jabatan Metrology Malaysia bersama-sama dengan Titan Oil & Gas Sdn Bhd. Tujuan calibration ini dibuat adalah untuk memastikan jumlah minyak yang keluar adalah sama dengan meter. 

Malah untuk pengetahuan anda, majoriti nozel akan diset untuk mengeluarkan extra 10 - 50 ml bagi setiap 10liter. Setiap nozel akan di'seal' supaya menepati setting ini. Bukan itu sahaja, setiap pengusaha stesen minyak juga dikehendaki membuat weekly pump test iaitu suatu ujian yang dijalankan untuk memastikan setiap nozel masih dalam keadaan calibrated, mengeluarkan jumlah minyak yang secukupnya (lebih 10 - 50 ml untuk setiap 10 liter). 

Dibulatkan adalah seal yang dibuat pada dispenser oleh pihak Meteorology untuk setiap nozel.
Sekiranya didapati jumlah minyak dipump adalah kurang maka pengusaha stesen minyak akan memanggil pihak Metrology untuk melakukan calibration sekali lagi. Kos calibration mencecah RM100++ untuk satu nozel so bayangkan berapa kos calibration untuk semua nozel yang ada di sesebuah stesen minyak?? Dilema pengusaha stesen minyak, bagi kurang salah, berdosa, bagi lebih rugi..so bila keluar statement stesen minyak free-free untung untuk setiap pengisian oleh pelanggan..sedih plak rasa huhu..kalau la betul haha..


Contoh resit oleh pihak Metrology untuk caj calibration
Jadi tidak adil la kalu dikatakan pengusaha stesen minyak 'untung' lebih. Realitinya setiap bulan setiap stesen minyak mengalami 'kehilangan minyak' melalui evaporation dan pemberian tambahan 10 - 50 ml ini. Berapa banyak hilang?? Bergantung kepada stesen, kehilangan minyak boleh mencecah sebanyak 2000 liter untuk petrol iaitu lebih kurang bersamaan dengan RM4000 (anggaran). 

Walau bagaimanapun, kami ikhlaskan pemberian lebihan 10 - 50 ml ini kerana kami sedar jika berlaku kekurangan kami telah berlaku zalim kepada pelanggan dan balasan kepada orang yang berlaku zalim adalah amat berat. Jangan kedekut dan berkira dengan rezeki Allah bagi sebab lagi dahsyat kalu Allah kedekut dan berkira dengan rezeki-Nya. 

Dalam Islam pun ada menyebut kepentingan membuat timbangan yang betul dalam berurusniaga dan itulah yang pihak kami praktikkan dalam perniagaan stesen minyak kami. Takde untung mananya kalu berniaga dan ambil kesempatan ke atas pelanggan semua ni. Plus negara kita ada undang-undang, sekiranya anda mengesyaki berlaku penipuan dalam urusniaga janganlah diamkan aje, buat laporan supaya nasib anda dan orang ramai terbela. 

Nasihat saya sebelum share sesuatu kepada public tolong la buat kajian sikit. Supaya niat baik kita untuk tolong kawan-kawan kita tidak bertukar menjadi fitnah.

Wallahualam

Perkongsian ikhlas,
Azliyani



9 comments:

  1. Tq for explaination..saya akui ada terima juga forwarded msg seperti di atas

    ReplyDelete
  2. X pe...dia tolong buat free marketing utk stesen2 minyak

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Tulisan sangat ilmiah...sangat setuju dengan quote ni,

    "Nasihat saya sebelum share sesuatu kepada public tolong la buat kajian sikit. Supaya niat baik kita untuk tolong kawan-kawan kita tidak bertukar menjadi fitnah."

    wafiqulya.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Minyak yg tertinggal dalam hos adakah 10-50 ml tersebut?

    ReplyDelete
  6. Ptg te pon berkira2 konon nak isi ikut liter... last2 isi mcm biasa jer...sbb bila dok kira congok lebih kurang jer... thanks for sharing.... www.villavitaminibu.blofapot.com

    ReplyDelete
  7. Bagus..
    Fakta yang ramai org tak tahu.
    Tapi menarik juga mengisi mengikut liter.
    Biasa saya isi rm20, sekarang isi rm23.
    Jika 1000 orang isi seperti saya dalam sehari, anda dah dapat extra sale rm3000.
    Bagus juga kan impak whatsapp tersebut.
    Lebih jelas dan nampak win-win situation kat situ.
    Kami tolong 'upbuy' pula.
    Yang penting, kami tidak akan berhenti membeli minyak.hehehe

    Http://happylife-mama.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Saya ada dapat dari wasep dan pesbook berkenaan perkara ini tapi tak praktikkan pun
    Bisnes Online Dari Rumah

    ReplyDelete
  9. Salam, mmg la stesen minyak dpt lebih kalau org isi RM46, tp in term of time isi minyak tu je la. next isi minyak tu kadar akan lebih lmbt dr biase la sbb lebih km with extra liter (sbb isi RM46 instead of RM40) in the end, same je la jugak, takde ape pun marketingnya.

    ReplyDelete