Thursday, October 2, 2014

Gugur rambut selepas bersalin

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak share pengalaman saya sendiri pasal gugur rambut selepas bersalin. Experience lepas melahirkan ketiga-tiga anak saya memang berbeza. Tapi masalah rambut gugur adalah paling serious selepas melahirkan anak bongsu saya sampai ke tahap lubang air bilik air tersumbat oleh gumpalan rambut. Dahsyatkan??!! Soal malu sebab rambut makin jarang sehingga nampak kulit kepala xyah cakap la..lantai rumah bersepah dengan rambut sana sini..sapu sana sini rambut..naseb bertudung bila keluar rumah..kalu x memang x melihat dunia la jawabnya huhu..

Apakah penyebab masalah keguguran rambut selepas bersalin??

1. Perubahan hormon

Sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi. Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti pada fasa anagen atau lebih dikenali sebagai fasa pertumbuhan. Sebab itu wanita hamil nampak berseri-seri dan cantik. Rambut mereka kelihatan sihat dan bersinar-sinar.

Tetapi selepas bersalin, sekitar usia bayi 3 hingga 4 bulan kesemua hormon akan kembali normal dan pada waktu ini, ibu-ibu akan mengalami semula masalah keguguran rambut.

Disebabkan sepanjang tempoh kehamilan tidak banyak rambut gugur, maka kali ini keguguran berlaku dengan lebih banyak. Rambut yang gugur berterusan menyebabkan ia tidak sempat tumbuh dan memanjang. Akhirnya rambut kelihatan menipis dan semakin jarang.

2. Tekanan
Selepas bersalin, wanita menjadi ibu yang sibuk menguruskan hal keluarga dan bayi yang baru lahir. Lebih memburukkan keadaan apabila si ibu juga perlu bekerja. Menghadapi pelbagai tekanan dalam mengendalikan kesemua tugas-tugas ini membatasi masa ibu menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya. 

Jika tidak diberi perhatian, masalah keguguran rambut yang dialami setiap ibu selepas melahirkan akan menjadi bertambah teruk. Dan, sekiranya dalam tempoh setahun itu ia tidak dirawat dengan segera, masalah tersebut akan menjadi semakin serius sehingga akhirnya boleh menjadi keguguran rambut jenis wanita (female pattern baldness). Masalah rambut ini adalah jenis kekal dan sukar ditangani.

3. Berusia dan memiliki ramai anak
Ibu yang telah berusia dan mengandung lebih dari tiga kali berisiko lebih tinggi berbanding ibu muda atau yang mempunyai bilangan anak yang sedikit. Masalah menjadi lebih rumit apabila ibu yang memiliki bilangan anak yang ramai serta tidak menjaga kesihatan rambut mereka akan menyebabkan rambut gugur dengan lebih banyak.

Malah semakin ibu berusia bermula pula masalah puncank kepala (crowning area) semakin menipis. Ia bermula dari bahagian tengah dan merebak ke bahagian tepi. Sebab itu boleh dilihat pada kebanyakkan orang tua, wanita terutamanya, rambut di bahagian tengah kepala amat nipis dan sedikit sehingga boleh dilihat kulit kepalanya. Ia berlaku bukanlah disebabkan masalah hormon semata-mata tetapi juga disebabkan masalah penjagaan rambut selepas bersalin yang tidak betul. 

4. Pola pemakanan tidak sihat
Selain itu, amalan pemakanan yang tidak sesuai boleh menyebabkan masalah keguguran rambut menjadi semakin serius. Seperti yang diketahui, kebanyakan ibu-ibu selepas bersalin mengawal pemakanan agar dapat mengembalikan semula bentuk tubuh langsing seperti sebelum hamil. Hal ini sebenarnya boleh menyebabkan mereka banyak kekurangan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.

Berbanding lelaki, proses penuaan wanita berlaku dengan lebih cepat. Sebab itu kulit kepala juga akan menjadi lebih cepat tua berbanding lelaki. Masalah penuaan ini menyebabkan liang-liang rambut menjadi kosong. Liang-liang rambut yang kosong ini jika dibiarkan dan tidak diaktifkan untuk pertumbuhan rambut baru, ia akan tertutup dan terbenam. Tanpa rawatan seorang wanita akan kelihatan botak dalam tempoh 2 hingga 3 tahun kerana liang-liang rambut cepat tertutup. Liang rambut yang tertutup dan terbenam sudah tidak boleh diaktifkan lagi.

5. Faktor usia
Semakin berusia, peluang untuk pertumbuhan rambut baru semakin rendah. Ini disebabkan oleh semua sel-sel telang menjadi semakin tua malah penyerapan nutrien-nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut sihat semakin lambat. 

Disebabkan usia semakin lanjut, ada kalanya kita terlupa tubuh badan memerlukan lebih banyak nutrisi kerana organ-organ di dalam badan juga turut 'berusia' seiring dengan pertambahan usia manusia. Jadi nutrisi yang masuk ke dalam tubuh melalui makanan yang kita ambil akan diserap dan diagihkan kepada organ-organ penting di dalam tubuh seperti hati, jantung dan buah pinggang. Ia berfungsi untuk membantu organ-organ dalaman bertindak dengan baik. 

Bagaimana saya merawat masalah keguguran rambut selepas bersalin??

Alhamdulillah setelah mengamalkan pengambilan zinc dan purifying shampoo oleh Shaklee, masalah rambut gugur saya semakin membaik. Semakin hari semakin kurang jumlah rambut yang tertinggal di sikat, semakin kurang rambut di lantai..perubahan paling ketara adalah apabila saya shampoo rambut, helaian yang gugur memang jelas berkurang..ini kerana zinc bukan sahaja mengukuhkan shaft rambut malah menggalakkan pertumbuhan rambut sihat..Zinc juga mengekalkan kelenjar merembaskan minyak ke folikel rambut sekaligus mengurangkan peratusan rambut gugur..Saya tidak lagi stress dengan rambut semakin menipis dan tidak lagi stress melihat rambut merata-rata di atas lantai.




Dan yang paling best..saya juga bebas kelemumur huhu..rambut jadi lembut dan wangi!!!Tapi ingin saya ingatkan tubuh kita ni react differently so ada orang cepat nampak hasilnya dan ada yang lambat..what important is to be consistent dalam sesuatu..

Sesiapa ingin mecuba boleh la menghubungi saya ok..Jangan malu-malu..

Sharing is caring,
Azliyani
017.675.4324


0 comments:

Post a Comment