Wednesday, August 26, 2015

Fahami simptom serangan jantung..

Doktor akan mengesyaki seorang individu itu mengalami serangan sakit jantung apabila beliau mengalami rasa sakit pada dada sebelah kiri, mengalami jantung berdebar, dan mengalami rasa sukar bernafas.


Namun ada kalanya juga, serangan sakit jantung boleh memberikan tanda yang tidak disangkakan.

Antaranya:

1. Sakit dada tidak di sebelah kiri: Kadang-kadang sakit itu tidak berada di sebelah kiri, tetapi di sebelah kanan, tengah, atau di bahagian atas abdomen.



2. Tiada rasa sakit dada: Sesetengah orang tidak sakit sama sekali; sebaliknya mereka hanya mengalami rasa sesak nafas. Satu kajian menunjukkan bahawa hampir 1/3 daripada orang yang mempunyai serangan jantung tidak mempunyai kesakitan.

3. Rasa sakit tajam menyucuk: Sesetengah mengalami sakit yang menyucuk di bahagian dada, seperti dicucuk oleh jarum.

Ada kes dimana seorang pesakit yang mengadu mengalami "rasa sejuk di dada" setiap kali dia menarik nafas. Apabila melakukan pemeriksaan, disahkan mengalami serangan sakit jantung.

Sumber: FB Dr Zubaidi Hj Ahmad

0 comments:

Post a Comment