Saturday, September 20, 2014

Ketahui jenis darah wanita

DARAH HAID

Pengertian

  • Haid ialah darah kotor yang keluar dari rahim perempuan yang bukan darah penyakit
Tempoh Haid
  • Sekurang-kurangnya haid sehari semalam iaitu 24 jam. Selam-lamanya lima belas hari lima belas malam. Kebiasaannya enam atau tujuh hari tujuh malam.
Warna Haid
  • Haid berwarna merah kehitaman, kuning tua atau berwarna coklat
Tempoh Suci
  • Sekurang-kurangnya tempoh suci itu, mesti 15 hari 15 malam, ertinya antara dua haid mestilah 15 hari paling kurangnya tetapi tidak ada batasan tentang tempoh maksium
DARAH NIFAS

Pengertian
  • Nifas ialah darah yang keluar daripada rahim perempuan disebabkan melahirkan anak. 
  • Mazhab Syafi'e menyatakan bahawa nifas ialah darah yang keluar selepas selesai melahirkan anak, tetapi sekiranya bayi belum keluar semuanya darah tersebut dikira sebagai darah penyakit
  • Darah daripada rahim perempuan yang keguguran juga dipanggil nifas
Tempoh Nifas
  • Tempoh sekurang-kurangnya satu lahzah (iaitu sedetik). Kebiasaannya 40 hari dan tempoh maksimum 60 hari
DARAH ISTIHADAH

Pengertian
  • Istihadah ialah darah yang keluar dari faraj perempuan bukan semasa haid atau nifas. Ia disifatkan sebagai darah penyakit.
  • Tiap-tiap darah yang keluar dari rahim yang melebihi atau kurang daripada haid atau nifas maka darah tersebut dikira sebagai istihadah
  • Perempuan yang istihadah tidak dikenakan larangan seperti perempuan haid atau nifas
Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus

Wallahualam,
Azliyani
017.675.4324

0 comments:

Post a Comment