Friday, September 19, 2014

Tips mencegah kecurian kenderaan


Apakah perasaan anda apabila pulang dari kerja dan mendapati kenderaan anda telah tiada??Terkejut, marah, sedih, menangis, panik..segala jenis rasa akan timbul. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak kes seumpama ini terjadi kepada anda, praktikkanlah tip-tips berikut:

1. Menjaga keselamatan kenderaan anda
  • Kunci kenderaan anda
  • Jangan tinggalkan kunci di dalam kenderaan anda
  • Jangan sekali-kali meninggalkan kenderaan anda dengan enjin terpasang walau untuk seketika. Tahukah anda kes kecurian kenderaan selalu berlaku di kedai runcit, stesen minyak, ATM dan kawasan luar rumah sewaktu anda keluar dari kenderaan untuk melakukan tugasan ringkas seperti membuka pagar rumah.
  • Pastikan semua tingkap kenderaan anda ditutup rapat
  • Jangan tinggalkan barang berharga di dalam kenderaan anda. Sekiranya terpaksa, pastikan anda 'menyembunyikan' barang tersebut atau menyimpannya di dalam but kenderaan anda dan pastikan tiada orang luar melihat anda melakukannya. 
2. Parking
  • Parking kenderaan anda di tempat terang dan terbuka kerana kecurian sering berlaku pada waktu malam, di tempat gelap dan tersembunyi.
  • Parking kereta anda di tempat yang mempunyai kawalan keselamatan. Semestinya pencuri kereta ini tidak mahukan saksi untuk jenayah yang mereka lakukan
  • Biasakan diri parking kereta di dalam kawasan rumah dan bukan diluar. Pastikan kereta dan pagar rumah anda berkunci dengan baik.
3. Keselamatan

Pencuri kereta boleh mencuri mana-mana jenis kenderaan sekali pun. Sebagai pemilik kenderaan anda boleh meningkatkan ciri-ciri keselamatan kenderaan anda untuk menyukarkan dan menyulitkan pencuri dari mencuri kenderaan anda. Walaubagaimanapun, dengan pelbagai pilihan keselamatan yang ada di luar sana, pemilihannya bergantung kepada kemampuan kewangan dan pemilihan peribadi anda. 

Antara alat pencegah kecurian kenderaan yang boleh didapati termasuklah:
  • Penghalang gerak enjin berelektronik
  • Kunci pintu dan kunci pencucuhan yang lebih baik
  • Kunci yang mempunyai corak atau kod keselamatan
  • Radio/pemain CD yang berkod keselamatan atau yang mukanya boleh ditanggalkan
  • Penanda nombor kenderaan pada cermin
  • Alat amaran penggera
  • Kunci stering/gear break
  • Alat pengesan berelektronik
4. Doa dan Tawakkal kepada Allah S.W.T

Kita manusia hanya mampu merancang. Segala ketentuan datang dari Allah yang lebih mengetahui segala sesuatu.

Wakil Insurans Anda,
Azliyani
017.675.4324

0 comments:

Post a Comment