Thursday, April 9, 2015

Durian belanda tingkatkan kesuburan!!!

Durian belanda ni memang banyak khasiatnya, malah semua bahagian pokok, batang, daun dan akar pokok durian belanda mempunyai nilai khasiat yang tinggi.



Kajian mendapati durian belanda yang kulitnya lembut berduri mampu merawat barah. Dan suatu ketika dahulu buah ini digunakan sebagai ubat penyubur bagi pasangan sukar mendapatkan anak. Ianya juga boleh dijadikan ubat malaria dan luka (ulser) dalam usus perut.


Tingkat tenaga selepas bersalin

Wanita dari suku kaum asli di Guyana meminum jus dan memakan isi durian belanda sebaik melahirkan anak bagi memulih tahap kesihatan si ibu yang keletihan selepas proses bersalin.

Ia juga baik untuk merangsang proses pengeluaran susu ibu dan mengurangkan tekanan.

Kandungan serat buah durian tinggi. Secawan hidangan buah ini membekalkan 7 gram serat iaitu bersamaan 1/3 serat yang diperlukan orang dewasa. Ia juga baik untk pesakit yang mengalami tekanan darah tinggi.

Imbang tekanan darah

Secawan durian belanda membekalkan lebih 600mg kalium iaitu zat galian mengimbangkan kenaikan tekanan darah disebabkan natrium. Kalium membantu mencegah kekejangan otot dan baik dijadikan snek sebelum bersenam bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.

Penduduk di Banjaran Andes, Peru memproses daun durian belanda untuk dijadikan serbuk teh yang sangat baik diminum untuk menghilangkan sakit kerongkong. Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar dan daun durian belanda untuk mengubati penyakit kencing manis.



Jadikan minumn tonik

Suku orang asli Guyana juga menggunakan daun dan kulit pokoknya yang dijadikan serbuk teh, dibancuk menjadi minuman tonik bagi mengubati masalah jantung dan penyakit hati.

Di Jamaica, Haiti dan India Barat, bahagian isi dan jus durian belanda diminum sebagai ubat demam, selain mengatasi serangan cacing dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa serta mengubati cirit birit.




0 comments:

Post a Comment