Saturday, April 11, 2015

Panduan pilih kasut untuk kesihatan kaki..

Siapa sangka nak beli kasut pun ada panduan??hehe..Jangan salah, pemilihan kasut yang salah boleh mendatangkan bahaya pada kesihatan kaki. Kita disyorkan memilih kasut yang benar-benar memberi keselesaan kerana kaki adalah bahagian yang akan menampung bebanan tubuh ketika berdiri dan berjalan.



Pemilihan kasut yang salah boleh menyebabkan:

  • Kesan pada lutut
  • Sakit pergelangan kaki
  • Masalah pada tumit
  • Masalah kuku
Oleh itu, ikutilah panduan berikut bagi memilih kasut untuk kesihatan kaki:
  1. Beli kasut pada waktu petang, ini membolehkan anda mendapatkan kasut dengan ukuran yang tepat dan selesa ketika dipakai.
  2. Berdiri tegak dan pastikan kasut yang dipilih itu selesa. Cuba berjalan-jalan di dalam kedai. Jika lantai kedai penuh dengan permaidani, berjalan keluar atau di atas lantai simen (jangan sampai orang salah anggap kita nak mecuri plak hehe..)
  3. Pastikan tumit dan jari kaki tidak terkeluar dari saiz asal kasut.
  4. Pastikan memakai kedua-dua kasut yang dipilih, berdiri tegak dan berjalan.
  5. Bagi yang gemar menggunakan stokin atau sarung kaki ketika memakai kasut bertutup dan sandal, disarankan memakai stokin ketika hendak membeli kasut bagi mengelakkan daripada saiz yang dipakai tidak sesuai.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Disini saya ingin mengambil kesempatan menyarankan 3 produk Shaklee khas untuk kesihatan tulang dan sendi. So bagi mereka yang selalu lenguh-lenguh kaki, sakit lutut atau pun sakit di bahagian tumit boleh la mencubanya..sesuai juga dijadikan hadiah buat ibu bapa tersayang.

SET KESIHATAN SENDI




Ikhlas,
Yani
Shaklee Independent Distributor
017.675.4324
FB: Azliyani Ajwad

0 comments:

Post a Comment