Monday, September 22, 2014

Tiket bus transnasional ada di Petronas Sg Jati Arah Klang!!!

Assalamualaikum..

Wahai warga Sentosa, Sri Andalas, Bukit Tinggi di Klang dan kawasan berhampiran,

Anda ingin membeli tiket bas pulang ke kampung? Atau mungkin pergi bercuti bersama rakan-rakan dan keluarga??

Tetapi hentian bas berada jauh dari rumah atau tempat kerja anda??

Jangan risau..jangan susah ati..

Kunjungi stesen minyak Petronas Sg Jati Arah Klang untuk memdapatkan tiket bas TRANSNASIONAL.



Anda boleh memilih tarikh dan masa perjalanan yang bersesuaian dengan anda. Dan yang lebih utama bagi mereka yang mementingkan privasi, anda boleh memilih tempat duduk yang anda kehendaki tanpa sebarang caj tambahan.

Menarik bukan?? Apa tunggu lagi??

Terus datang ke stesen minyak kami yang beroperasi 24 jam di Part of Lot 2555 GM944 & Lot 2556 GM1649, Jln Sg Jati, Mukim of Klang, 41000 Klang.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi Jo 011-1232 4414, Ajwad 012-522 7840 atau saya sendiri. Alternatively boleh menghubungi terus stesen minyak kami di 03-3370 1585.

Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi laman web transnasional di www.transnasional.com.my

**Satu-satunya stesen minyak di Klang yang mendaftar sebagai ejen tiket Transnasional.

Ejen Transnasional Anda,
Azliyani
017.657.4324
Company: Tuah S Jati Enterprise
Agent Code: PNKL01


Continue Reading

Saturday, September 20, 2014

Tips mengurangkan gejala keputihan

Di bawah ini saya kongsikan beberapa tips untuk mengurangkan masalah keputihan di kalangan wanita:

Relaxkan diri dan kurangkan stress

  • Kebanyakan wanita masa kini menghadapi masalah tekanan akibat kerja, hal rumahtangga, anak-anak, rakan-rakan dan macam-macam lagi
  • Luangkan sedikit masa berendam di dalam air suam atau mengunjungi spa untuk berurut atau bersauna sekali- sekali


Tingkatkan pengambilan Vitamin C
  • Kadar penyerapan Vitamin C dalam badan menurun secara mendadak apabila seseorang wanita itu stress. 
  • Masalah keputihan sering dikaitkan dengan ketidakstabilan emosi dan kadar ketahanan badan yang rendah justeru menyebabkan kita mudah diserang kuman.
  • Tambahkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan Vitamin C dalam diet seharian anda
  • Langkah paling mudah adalah mengamalkan Shaklee Sustained Released Vitamin C



Amalkan pengambilan Alfalfa atau klorofil
  • Alfalfa mempunyai antibacterial dan antifungal effect
  • Ianya juga pencuci darah yang sangat effektif
  • Pengambilan alfalfa dalam diet seharian dapat mengurangkan masalah keputihan yang disebabkan oleh jangkitan kuman

Cuci bahagian sulit dengan air rebusan sireh suam
  • Sireh memang diakui mempunyai kesan antibacterial dan petua ini diamalkan secara turun temurun oleh nenek moyang kita
  • Sireh bukan sahaja membantu mengekalkan kesegaran bahagian sulit malah mengelakkan masalah bahagian sulit berbau
  • Penggunaan sireh secara berterusan turut dapat menaikkan seri wajah



Selamat Mencuba!!!

Distributor Shaklee Anda,
Azliyani
017.675.4324
Continue Reading

Ketahui jenis darah wanita

DARAH HAID

Pengertian

  • Haid ialah darah kotor yang keluar dari rahim perempuan yang bukan darah penyakit
Tempoh Haid
  • Sekurang-kurangnya haid sehari semalam iaitu 24 jam. Selam-lamanya lima belas hari lima belas malam. Kebiasaannya enam atau tujuh hari tujuh malam.
Warna Haid
  • Haid berwarna merah kehitaman, kuning tua atau berwarna coklat
Tempoh Suci
  • Sekurang-kurangnya tempoh suci itu, mesti 15 hari 15 malam, ertinya antara dua haid mestilah 15 hari paling kurangnya tetapi tidak ada batasan tentang tempoh maksium
DARAH NIFAS

Pengertian
  • Nifas ialah darah yang keluar daripada rahim perempuan disebabkan melahirkan anak. 
  • Mazhab Syafi'e menyatakan bahawa nifas ialah darah yang keluar selepas selesai melahirkan anak, tetapi sekiranya bayi belum keluar semuanya darah tersebut dikira sebagai darah penyakit
  • Darah daripada rahim perempuan yang keguguran juga dipanggil nifas
Tempoh Nifas
  • Tempoh sekurang-kurangnya satu lahzah (iaitu sedetik). Kebiasaannya 40 hari dan tempoh maksimum 60 hari
DARAH ISTIHADAH

Pengertian
  • Istihadah ialah darah yang keluar dari faraj perempuan bukan semasa haid atau nifas. Ia disifatkan sebagai darah penyakit.
  • Tiap-tiap darah yang keluar dari rahim yang melebihi atau kurang daripada haid atau nifas maka darah tersebut dikira sebagai istihadah
  • Perempuan yang istihadah tidak dikenakan larangan seperti perempuan haid atau nifas
Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus

Wallahualam,
Azliyani
017.675.4324
Continue Reading

Friday, September 19, 2014

Tips mencegah kecurian kenderaan


Apakah perasaan anda apabila pulang dari kerja dan mendapati kenderaan anda telah tiada??Terkejut, marah, sedih, menangis, panik..segala jenis rasa akan timbul. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak kes seumpama ini terjadi kepada anda, praktikkanlah tip-tips berikut:

1. Menjaga keselamatan kenderaan anda
  • Kunci kenderaan anda
  • Jangan tinggalkan kunci di dalam kenderaan anda
  • Jangan sekali-kali meninggalkan kenderaan anda dengan enjin terpasang walau untuk seketika. Tahukah anda kes kecurian kenderaan selalu berlaku di kedai runcit, stesen minyak, ATM dan kawasan luar rumah sewaktu anda keluar dari kenderaan untuk melakukan tugasan ringkas seperti membuka pagar rumah.
  • Pastikan semua tingkap kenderaan anda ditutup rapat
  • Jangan tinggalkan barang berharga di dalam kenderaan anda. Sekiranya terpaksa, pastikan anda 'menyembunyikan' barang tersebut atau menyimpannya di dalam but kenderaan anda dan pastikan tiada orang luar melihat anda melakukannya. 
2. Parking
  • Parking kenderaan anda di tempat terang dan terbuka kerana kecurian sering berlaku pada waktu malam, di tempat gelap dan tersembunyi.
  • Parking kereta anda di tempat yang mempunyai kawalan keselamatan. Semestinya pencuri kereta ini tidak mahukan saksi untuk jenayah yang mereka lakukan
  • Biasakan diri parking kereta di dalam kawasan rumah dan bukan diluar. Pastikan kereta dan pagar rumah anda berkunci dengan baik.
3. Keselamatan

Pencuri kereta boleh mencuri mana-mana jenis kenderaan sekali pun. Sebagai pemilik kenderaan anda boleh meningkatkan ciri-ciri keselamatan kenderaan anda untuk menyukarkan dan menyulitkan pencuri dari mencuri kenderaan anda. Walaubagaimanapun, dengan pelbagai pilihan keselamatan yang ada di luar sana, pemilihannya bergantung kepada kemampuan kewangan dan pemilihan peribadi anda. 

Antara alat pencegah kecurian kenderaan yang boleh didapati termasuklah:
  • Penghalang gerak enjin berelektronik
  • Kunci pintu dan kunci pencucuhan yang lebih baik
  • Kunci yang mempunyai corak atau kod keselamatan
  • Radio/pemain CD yang berkod keselamatan atau yang mukanya boleh ditanggalkan
  • Penanda nombor kenderaan pada cermin
  • Alat amaran penggera
  • Kunci stering/gear break
  • Alat pengesan berelektronik
4. Doa dan Tawakkal kepada Allah S.W.T

Kita manusia hanya mampu merancang. Segala ketentuan datang dari Allah yang lebih mengetahui segala sesuatu.

Wakil Insurans Anda,
Azliyani
017.675.4324
Continue Reading

Memilih Polisi Insurans Motor

Apabila membuat pemilihan insurans motor, sentiasalah:

  1. Menyemak terlebih dahulu harga pasaran kenderaan anda. Bagi kenderaan baru, jumlah diinsuranskan adalah harga belian kenderaan tersebut.
  2. Memastikan kenderaan anda diinsuranskan dengan secukupnya kerana ia akan memberi kesan ke atas jumlah yang boleh anda tuntut.
  3. Mendedahkan semua fakta penting termasuk tentang kemalangan yang lepas (jika ada), pengubahsuaian enjin dan lain-lain. 
Jika ada sebarang keraguan sila hubungi syarikat insurans anda untuk penerangan lebih lanjut.

Notakaki: Pastikan jumlah yang diinsuranskan adalah  nilai pasaran kenderaan anda dan bukan nilai lain untuk mengelakkan terlebih atau terkurang insurans. 

Source: www.insuranceinfo.com.my

Wakil Insurans Anda,
Azliyani
017.675.4324
Continue Reading

Thursday, September 18, 2014

Kenapa Shaklee??

Kenapa tidak???!!!

Shaklee telah berulang kali membantu saya..bagaimana??

1. Pengambilan supplement Shaklee membantu menambah baik taraf kesihatan keluarga saya
  • Alfalfa membantu masalah keputihan saya
  • VIVIX membantu masalah sakit belakang ibu saya
  • Nutriferon menambah ketahanan badan anak-anak saya
  • Chewable Vit C adalah kegemaran anak saya
  • VIVIX & Herbal Blend Cream membantu masalah tumit merekah 
  • Herbal Blend Cream membantu masalah kulit kering bayi saya
  • Mealshake membantu anak saudara saya pulih dari masalah asma
  • Vitamin E dan Vitamin C membantu memudarkan bintik hitam di muka saya
  • Ostematrix membantu ayah saya ke tandas
  • Pengambilan Alfalfa & ESP semasa dalam pantang menambah produktiviti susu badan saya
  • VIVIX membantu nenda mertua saya pulih dari masalah gout yang dialaminya sejak bertahun lama
  • Shampoo & conditioner Shaklee membantu masalah kelemumur suami saya
2. Shaklee menawarkan harga belian yang lebih murah kepada ahli-ahlinya

Memandangkan saya kerap membuat pembelian produk Shaklee, adalah lebih menjimatkan sekiranya saya menjadi ahli..bak kata org "Mengapa bayar lebih??"

3. Shaklee memberi bonus bulanan kepada saya

Di samping dapat membuat penjimatan untuk pembelian produk Shaklee, saya juga turut mendapat bonus berdasarkan UV saya..berapa?apa itu UV??hah..apa tunggu lagi??get in touch dengan saya dan saya akan terangkan semuanya..

4. Shaklee mengeratkan silaturrahim dan meluaskan networking saya

Untungnya menyertai Shaklee adalah anda akan menyertai group Shaklee yang terdiri dari mereka-meraka yang berpengalaman dan berjaya dengan produk ini. Segala tunjuk ajar, nasihat, perkongsian akan diperoleh melalui group ini.

5. Group Shaklee saya memberi bimbingan perniagaan, keagamaan, nasihat serta teladan

Alhamdulillah..group Shaklee saya bukan sahaja membimbing dalam menjadi usahawan Shaklee yang berjaya malah mereka turut memberi penekanan tentang kepentingan menyeimbangkan tuntutan duniawi dan akhirat. Benarlah rezeki akan datang dengan sendirinya jika kita mendekatkan diri dengan yang Maha Pencipta.

6. Urusniaga bersama Shaklee di hujung jari

Yang paling senang tentang pembelian supplement Shaklee adalah semuanya boleh dibuat melalui online. Dengan charge sebanyak RM10 untuk penghantaran, order anda akan sampai di depan pintu dalam tempoh masa terdekat.


Saya telah memilih. Anda bagaimana?? Dengan izin Allah, dengan berkat usaha, doa dan tawakkal kejayaan adalah milik kita bersama.

Hubungi saya,
Azliyani
017.675.4342

Continue Reading

Azliyani & Blog..kenapa tiba-tiba??

Assalamualaikum..

Sebenarnya saya dah lama buat blog ni tapi disebabkan 'kekangan' tertentu, sekarang baru boleh start betul-betul hehe..Setelah menuntut ilmu dari 'sifu' saya tentang blogging ni barulah ada semangat sikit nk start..kalau tak sebelum ni macam down jer coz bila tengok blog orang lain semua cantik2 tapi blog sendiri kosong jer ibarat dinding takde hiasan huhu..

Tujuan utama saya buat blog ni sebenarnya nak share dengan semua sedikit sebanyak apa yang saya buat sekarang..I have so much to offer tapi limited way of reaching out to people..Jadi lahirlah blog ini sebagai suatu medium perantaraan kita :)

Harapan saya agar semua akan bermanfaat dari penulisan saya di sini. Sokongan anda semua teramatlah saya hargai. Kalau ada apa-apa pertanyaan or just nak sembang-sembang, jangan malu jangan segan..you know where and how to find me..

Lastly saya nak ambil kesempatan ini untuk memohon maaf sekiranya isi kandungan blog saya ini ada menyinggung perasan sesiapa. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang buruk itu datang dari kekurangan diri saya sendiri..

Terima kasih dan selamat membaca.

Ikhlas,
Azliyani
017.675.4324
Continue Reading