Showing posts with label Vita-Lea. Show all posts
Showing posts with label Vita-Lea. Show all posts

Friday, April 24, 2015

Tips berpuasa untuk ibu hamil dan menyusu..

Bulan puasa tak lama lagi dah kan?Ni pun dah masuk bulan rejab so ramai yang dah start nak berpuasa. Kepada ibu-ibu yang tengah menyusu, apa yer nak makan untuk mengekalkan pengeluaran susu dan kekal bertenaga??? hmmm...jangan risau, jika mengamalkan makanan seimbang, InsyaAllah takkan menjejaskan pengeluaran susu..



Cuma bila kite berpuasa, kita akan lebih letih dan dehydrate (kurang air) jadi bila terlalu letih dan tidak bertenaga mulalah kurang mood,stress segala bagai yang memberi impak buruk atas penghasilan susu. Sebab itulah perlunya pengambilan makanan yang boleh mengekalkan kesegaran anda sepanjang hari seperti kurma, oats, dan makanan tambahan favourite saya iaitu ESP dan Performance Drink..




Antara persiapan Ramadhan bagi seorang ibu menyusu sebelum/semasa berpuasa:
  • Amalkan pemakanan seimbang.
  • Banyakkan minum susu, soya dan makanan yang tinggi protein.
  • Ambil supplement - ESP dan alfalfa adalah milk booster pilihan saya, combo dengan Performance Drink memang terbaik!!
  • Lebih kerapkan mengepam dan menyusui bayi.
  • Sediakan stok untuk bulan puasa dari awal.
  • Ceria-ceria selalu.
  • Jaga fizikal-banyakkan rehat,tidur cukup,jauhi stress, pendek kata no negativity in your life!!
  • Psikologi-fikir positif insyaAllah susu cukup utk si kecil..banyakkan doa & istighfar

Dan khas buat para yang sedang menyusukan anak, bolehla jadikan jadual ni sebagai rujukan...
Jadual pemakanan tambahan Shaklee di bulan Ramadhan/ berpuasa.

Waktu Sahur:
- Makan nasi atau apa jua juadah, digalakkan makan sup dan makanan yg tinggi protin.
- Makanlah kurma at least 3 biji kurma.
- Minum segelas Performance Drink dan segelas ESP atau boleh mix Performance Drink dan ESP (gabungan terbaik).
- Makan 2 biji Alfalfa

Waktu Berbuka:
- Berbuka dengan juadah berbuka, with kurma amat digalakkan
- Minum segelas Performance Drink dan ESP (untuk dapatkan hasil terbaik).
- Makan 2 biji Alfalfa
- Mkn 1 biji vitalea, 1 biji b complex ,1 biji vita C

Sebelum tidur:
- Amalkan minum segelas ESP.


Vitamin ini membantu badan ibu sentiasa bertenaga dan tidak kehausan.Selain daripada pengambilan vitamin, amalkan mengambil kurma, terutama sewaktu bersahur. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat,
Yani
017.675.4324
Shaklee Independent Distributor
FB: Azliyani Ajwad
Continue Reading

Wednesday, April 22, 2015

Antara faktor pasangan sukar hamil..

Ada banyak faktor yang menyebabkan sukarnya untuk hamil. Setiap faktor itu berbeza diantara satu pasangan dengan pasangan yang lain. Dan setiap pasangan hendaklah memberi sokongan padu antara satu sama lain. Jangan saling menyalahi, siapa yang menjadi penyebab anda tidak dapat menimang cahayamata lagi. Kenali setiap faktor ini dan cuba atasinya.



Umur
Umur memainkan peranan penting dalam menentukan kesuburan kita sebagai wanita. Semakin berusia wanita itu, semakin berkuranganlah quantiti dan qualiti telur yang dihasilkan. Faktor ini mula terbentuk apabila wanita itu berusia 35 tahun dan semakin ketara pada usia 38 tahun dan ke atas. Jadi kalau boleh rancanglah kehamilan anda sebelum menginjak ke usia 35 tahun.

Lelaki pula berupaya menghasilkan sperma sepanjang hayatnya, jadi umur bukanlah penghalang. Namun, ada banyak masalah yang boleh mempengaruhi sperma, tak kiralah lelaki itu berusia berapa tahun sekalipun. Sebagai contoh, sperma yang jangka hayatnya pendek dan tidak aktif

Masalah dengan sperma
Gaya hidup seorang lelaki seperti merokok serta tahap kesihatannya boleh mengurangkan bilangan sperma. Meskipun kadangkala bilangan sperma normal, namun seorang lelaki mungkin menghasilkan sperma yang tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini memungkinkan sperma tersebut tidak dapat mensenyawakan telur.



Masalah Ovulasi
Ini adalah masalah biasa bagi ketidaksuburan. Ada sesetengah kes, ketidakseimbangan hormon menyebabkan telur tidak matang, tapi dah dibebaskan dari ovari. Masalah hormon juga boleh menghalang telur dari dibebaskan oleh ovari. Selain dari itu, masalah kesihatan seperti lebih berat badan ataupun obesiti juga boleh memberi kesan kepada hormon.

Masalah semasa persenyawaan
Masalah sistem pembiakan yang tersumbat sama ada lelaki atau wanita boleh menghalang proses persenyawaan. Ataupun sperma yang tidak berupaya untuk berenang menerusi lendir serviks. Ada juga masalah yang sperma tidak dapat menembusi dinding telur.

Masalah semasa penempelan
Selepas proses persenyawaan berlaku, embrio tidak mampu untuk menempel di dinding rahim (uterus). Ini selalunya disebabkan oleh masalah pada lapisan luar dinding rahim. Ia juga disebabkan oleh saiz dan bentuk rahim itu sendiri.




Khas untuk si suami:

Vitamin E 
berfungsi untuk melindungi sperma dan membersihkan radikal bebas yang boleh merosakkan sperma
 
Zinc Complex 
tertumpu kepada membanyakkan kiraan sperma 

Vitamin C 
membantu pergerakan sperma yang lebih aktif 

ESP 
membantu kiraan dan juga pergerakan sperma 

Vitalea 
mengimbangi nutrisi dan melengkapkan kelompongan nutrisi dalam badan kita 

B-Complex 
anti stress dan juga untuk sisitem reproduksi/sistem pembiakan 

Semoga perkongsian ini bermanfaat,
Yani
017.675.4324
Shaklee Independent Distributor
FB: Azliyani Ajwad
Continue Reading

Wednesday, April 15, 2015

Keguguran....fahami punca dan cara mengelakkannya!!

Saya pernah mengalami pendarahan kecil semasa mengandungkan Amelia dan Tuah. Amelia sewaktu kandungan saya 20 minggu manakala Tuah sewaktu kandungan saya 9 minggu. Allah saja yang tahu betapa takutnya saya pada waktu itu. Suami turut risau, segera membawa saya ke hospital. Alhamdulillah disebalik kejadian itu, kedua-dua anak saya selamat dilahirkan.



Ibu yang mengalami keguguran pasti tertanya-tanya, mengapa itu terjadi kepada mereka terutamanya jika ia kandungan pertama atau keguguran kerap berlaku. Keguguran di peringkat awal adalah fenomena yang berlaku secara rawak. Doktor akan menasihati mana-mana wanita yang ingin hamil untuk mengambil asid folik setiap hari selama 3 bulan sebelum hamil.

Berikut adalah antara faktor berlakunya keguguran:

1. Masalah genetik janin
Janin yang tidak sempurna dari segi genetik akan gugur secara spontan. Keadaan ini tiada kaitan dengan genetik ibu dan bapanya.

2. Masalah kesihatan ibu
Contohnya tiroid, kencing manis dan penyakit auto-immune. Golongan ini sering mengalami keguguran dan perlu bantuan pakar perubatan sebelum hamil.

3. Masalah rahim dan serviks yang lemah
Biasanya boleh menyebabkan keguguran janin yang berumur lebih dari 3 bulan.

4. Kekurangan hormon
Contohnya hormon progesteron. Ia dipercayai boleh menyebabkan kandungan tidak dan senang berdarah seterusnya keguguran. 

Pendarahan di awal kehamilan
Ibu hamil yang mengalami pendarahan sebelum usia kandungan 20 minggu perlu berwaspada. Walaupun pendarahan tidak semestinya tanda keguguran, tetapi pendarahan berlaku sewaktu kehamilan adalah tidak normal. Jika berlaku sebelum usia kandungan 20 minggu, ia dikenali sebagai threatened miscarriage.

Pendarahan berlaku pelbagai warna, kehitaman, coklat atau berwarna merah gelap/merah darah. Jika pendarahan dan kesakitan berlaku serentak, besar kemungkinan kandungan akan gugur.

Mengelak keguguran 
  • Menjalani ujian darah untuk Hb, ujian kumpulan darah dan rhesus.
  • Menggalakkan bed rest (walau bagaimanapun kelebihan bed rest masih belum-belum benar terbukti membantu mengelakkan keguguran)
  • Mengelakkan hubungan seksual
  • Kadangkala doktor akan memberi pil hormon kepada pesakit kerana terdapat teori mengatakan salah satu sebab threatened miscarriage adalah kekurangan hormon progesteron
Bagi mereka yang masih tercari-cari supplement pilihan untuk kehamilan, berikut saya syorkan:



Azliyani
017.675.4324
Shaklee Independent Distributor
FB: Azliyani Ajwad
Continue Reading

Sunday, April 5, 2015

Petua merawat demam denggi..



Sekiranya kita atau ada di antara ahli keluarga, rakan-rakan yang menghidap demam denggi, bolehlah dipraktikkan petua berikut:


  1. Minum air suam/air masak dengan banyak. Sekurang-kurangnya 3 liter sehari atau lebih
  2. Kisar buah kiwi segar dan minum airnya
  3. Masak sup ketam dan hirup kuahnya
  4. Kisar 11 hingga 21 biji kurma bersama segelas air suam. Minum setengah gelas pagi dan setengah gelas petang. Teruskan setiap hari sehingga sembuh.
  5. Minum jus jambu kerana jambu dapat melawan radikal bebas
  6. Kisar daun pegaga segar dan minum jusnya
  7. Makan tembikai merah..banyak-banyak..
  8. Minum jus daun betik yang matang (tumbuk daunnya dan perah untuk dapatkan jusnya), rasanya agak pahit


SUPPLEMENT SHAKLEE UNTUK DEMAM DENGGI






Azliyani
017.675.4324
Shaklee Independent Distributor
FB: Azliyani Ajwad
Continue Reading

Saturday, April 4, 2015

Ikhtiar untuk demam panas..



Untuk orang dewasa dan kanak-kanak, ikhtiar kita kepada orang yang demam, dengan izin Allah..

1. Ambil sebotol air (dibuka penutupnya)
2. Diri dalam keadaan suci dan berwudhuk
3. Baca Al-Fatihah satu kali
4. Baca selawat 3 kali
5. Baca ayat 58 Surah Yasin "Salamun qawlan min rabbi raheem" 11 kali atau seikhlas hati
6. Berdoa agar disembuhkan
7. Tiup pada air

Beri minum pada orang yang demam. Sambil berselawat, renjis-renjis dan sapukan air ke seluruh tubuh. Mula dari kaki kanan dan terus ke atas bahu hingga ke tangan kanan, seterusnya kaki kiri dan terus ke atas bahu hingga ke tangan kiri, akhir sekali di sebelah belakang dan seluruh kepala. Ulang 3 kali atau lebih.



Pesanan: Ubat doktor jangan ditinggalkan.

Sumber: Perubatan Syifa Al-Ikhlas

SET KESIHATAN ASAS DEWASA





SET KESIHATAN ASAS KANAK-KANAK






Azliyani
017.675.4324
Shaklee Independent Distributor
FB: Azliyani Ajwad

Continue Reading