Showing posts with label Insurans. Show all posts
Showing posts with label Insurans. Show all posts

Wednesday, October 29, 2014

NEW!!Renew roadtax dan insurans kenderaan di Petronas Sg Jati Arah Klang

Dengan rasa berbesar hatinya saya maklumkan di sini bahawa servis terbaru di Petronas Sg Jati Arah Klang

PERBAHARUI CUKAI JALAN DAN INSURANS KENDERAAN


JADI..

Saya mengajak semua warga Klang, Shah Alam dan kawasan sekitar untuk datang beramai-ramai ke stesen minyak kami untuk berurusan. Tidak perlu tunggu lama, semua urusan siap serta-merta (tertakluk kepada terma dan syarat).

Dengan charge serendah RM15 anda:
  • Tidak perlu membazir minyak kenderaan anda pergi ke JPJ atau Pejabat Pos berdekatan (tambah-tambah kalau jam, memang berjanggut la dalam keta)
  • Tidak perlu membazir masa menunggu giliran (serius ramai orang dekat JPJ dan pos ofis!!!)
  • Boleh berurusan diluar waktu bekerja (stesen kami beroperasi 24 jam)
  • Membuat urusan lain seperti mengisi minyak, mengisi angin tayar, membuat pembayaran bil TNB SYABAS ASTRO Indah Water, membuat pengeluaran wang di ATM, membeli topup, membeli barangan kedai Mesra, dan banyak lagi
Dan yang lebih menarik, sekiranya anda terlalu sibuk dan tidak dapat meluangkan masa ke sini, anda boleh email saya di yanituah@gmail.com untuk berurusan. 
Segala pembayaran boleh dibuat ke akaun Maybank Tuah S Jati Enterprise 564100415905 atau akaun Alliance Atka Enterprise 121270010056374.
>>Cover note insurans dan roadtax akan di courier kepada anda 

Untuk maklumat lanjut hubungi saya Azliyani di 017.675.4324 Boleh kol, sms, atau watsapp.
Continue Reading

Wednesday, October 15, 2014

Tips dan panduan pengguna sebelum membeli polisi insurans

Assalamualaikum,



Berita muka depan akhbar harian Metro 14.10.2014 memaparkan isu penipuan oleh ejen insurans kenderaan. Masyaallah apa la nak jadi dengan komuniti kita sekarang kan? Cetek ilmu, cetek pemikiran..mentaliti nak cepat kaya, nak cepat untung besar membuatkan ramai antara kita bertindak di luar batasan norma..wang yang diperoleh dari sumber haram tiada keberkatannya..macam mana la diorang ni bagi anak bini makan? bagi parents? ini sebenarnya adalah salah satu punca masalah keruntuhan akhlak yang makin meruncing sekarang..

Kepada yang tak sempat baca keratan akhbar tu meh saya ceritakan sedikit ringkasannya..kes penipuan ini terjadi apabila orang awam memberikan wang untuk memperbaharui insurans kenderaan mereka tetapi terkejut apabila mengetahui kenderaan mereka tidak dilindungi apabila nak buat claim. Macam mana jadi camtu? Ejen keparat ni just mengeluarkan cover note tapi tak membuat bayaran kepada syarikat insurans yang diwakili dalam tempoh yang ditetapkan. Duit customer masuk poket sendiri. Akibatnya syarikat insurans akan membatalkan polisi tersebut. Jadi??Apa nasib kita??Alhamdulillah kalu tak terjadi apa-apa tapi kalu ditakdirkan kita terlibat dalam kemalangan?? Inilah yang disebut sebagai 'mati katak'. Kereta boleh diganti tapi kalau nyawa??Kematian itu pasti tapi sekurang-kurangnya kehidupan orang tersayang yang kita tinggalkan terjamin. Minta dijauhkanlah dari hal-hal camni..

Persatuan Insurans Am Malaysia ada memberi nasihat kepada orang ramai untuk memperbaharui insurans direct dengan syarikat insurans. Saya setuju tapi kadang-kadang kebanyakan kita bekerja isnin sampai jumaat, nak pegi lepas balik keje company insurans pun dah tutup. Weekend pun sibuk dengan hal famili etc..Pendapat saya boleh jer renew melalui ejen ni. Menjadi tanggungjawab kita la untuk buat pengesahan validity ejen ni dengan company insurans yang diwakili. macam mana nak check? senang jer..call company insurans dan verify..insyaallah..ramai ejen insurans kat luar sana yang jujur dan ikhlas dalam buat kerja mereka ni..

Di sini saya sharekan sikit tips dan panduan untuk pemilik kenderaan sebelum membeli polisi insurans:

  • Hubungi syarikat insurans atau PIAM untuk memastikan ejen yang berurusan adalah sah
  • Elak daripada membuat pembayaran premium secara tunai sebaiknya membayar terus kepada syarikat insurans. Sekiranya bayaran dibuat kepada ejen pastikan anda menerima resit sebagai bukti pembayaran.
  • Pastikan anda menerima polisi bertulis selepas pembayaran premium
  • Pastikan anda memerikasa polisi insuarns bagi memastikan perlindungan adalah betul
  • Jangan menandatangani sebarang borang permohonan insurans atau tuntutan kosong
  • Perlu menanam perasaan curiga jika harga premium insurans yang ditawarkan adalah terlalu rendah berbanding skim perlindungan insurans sedia ada
  • Segera laporkan kepada pihak berkuasa jika ditipu
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

Ikhlas,
Azliyani
Continue Reading

Friday, September 19, 2014

Tips mencegah kecurian kenderaan


Apakah perasaan anda apabila pulang dari kerja dan mendapati kenderaan anda telah tiada??Terkejut, marah, sedih, menangis, panik..segala jenis rasa akan timbul. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak kes seumpama ini terjadi kepada anda, praktikkanlah tip-tips berikut:

1. Menjaga keselamatan kenderaan anda
  • Kunci kenderaan anda
  • Jangan tinggalkan kunci di dalam kenderaan anda
  • Jangan sekali-kali meninggalkan kenderaan anda dengan enjin terpasang walau untuk seketika. Tahukah anda kes kecurian kenderaan selalu berlaku di kedai runcit, stesen minyak, ATM dan kawasan luar rumah sewaktu anda keluar dari kenderaan untuk melakukan tugasan ringkas seperti membuka pagar rumah.
  • Pastikan semua tingkap kenderaan anda ditutup rapat
  • Jangan tinggalkan barang berharga di dalam kenderaan anda. Sekiranya terpaksa, pastikan anda 'menyembunyikan' barang tersebut atau menyimpannya di dalam but kenderaan anda dan pastikan tiada orang luar melihat anda melakukannya. 
2. Parking
  • Parking kenderaan anda di tempat terang dan terbuka kerana kecurian sering berlaku pada waktu malam, di tempat gelap dan tersembunyi.
  • Parking kereta anda di tempat yang mempunyai kawalan keselamatan. Semestinya pencuri kereta ini tidak mahukan saksi untuk jenayah yang mereka lakukan
  • Biasakan diri parking kereta di dalam kawasan rumah dan bukan diluar. Pastikan kereta dan pagar rumah anda berkunci dengan baik.
3. Keselamatan

Pencuri kereta boleh mencuri mana-mana jenis kenderaan sekali pun. Sebagai pemilik kenderaan anda boleh meningkatkan ciri-ciri keselamatan kenderaan anda untuk menyukarkan dan menyulitkan pencuri dari mencuri kenderaan anda. Walaubagaimanapun, dengan pelbagai pilihan keselamatan yang ada di luar sana, pemilihannya bergantung kepada kemampuan kewangan dan pemilihan peribadi anda. 

Antara alat pencegah kecurian kenderaan yang boleh didapati termasuklah:
  • Penghalang gerak enjin berelektronik
  • Kunci pintu dan kunci pencucuhan yang lebih baik
  • Kunci yang mempunyai corak atau kod keselamatan
  • Radio/pemain CD yang berkod keselamatan atau yang mukanya boleh ditanggalkan
  • Penanda nombor kenderaan pada cermin
  • Alat amaran penggera
  • Kunci stering/gear break
  • Alat pengesan berelektronik
4. Doa dan Tawakkal kepada Allah S.W.T

Kita manusia hanya mampu merancang. Segala ketentuan datang dari Allah yang lebih mengetahui segala sesuatu.

Wakil Insurans Anda,
Azliyani
017.675.4324
Continue Reading

Memilih Polisi Insurans Motor

Apabila membuat pemilihan insurans motor, sentiasalah:

  1. Menyemak terlebih dahulu harga pasaran kenderaan anda. Bagi kenderaan baru, jumlah diinsuranskan adalah harga belian kenderaan tersebut.
  2. Memastikan kenderaan anda diinsuranskan dengan secukupnya kerana ia akan memberi kesan ke atas jumlah yang boleh anda tuntut.
  3. Mendedahkan semua fakta penting termasuk tentang kemalangan yang lepas (jika ada), pengubahsuaian enjin dan lain-lain. 
Jika ada sebarang keraguan sila hubungi syarikat insurans anda untuk penerangan lebih lanjut.

Notakaki: Pastikan jumlah yang diinsuranskan adalah  nilai pasaran kenderaan anda dan bukan nilai lain untuk mengelakkan terlebih atau terkurang insurans. 

Source: www.insuranceinfo.com.my

Wakil Insurans Anda,
Azliyani
017.675.4324
Continue Reading