Showing posts with label Lecithin. Show all posts
Showing posts with label Lecithin. Show all posts

Wednesday, August 12, 2015

Lecithin Shaklee Bantu Atasi Bengkak Susu.

Bengkak susu?? herm.. sakit mendengarnya, apa lagi menanggungnya... Sebenarnya bengkak susu adalah tanda positif yang payu dara menghasilkan susu untuk bayi. Biasanya bengkak ini akan terjadi pada waktu tengah malam hingga subuh. Namun ada juga yang terjadi pada waktu siang (mungkin kerana, tidak menyusukan bayi dengan secukupnya, atau terlupa / melengahkan waktu mengepam susu.. Bagi ibu yang bekerja, amalan mengepam susu seharusnya membantu mengurangkan bengkak susu..



Kenapa terjadinya bengkak susu??
Antara faktor yang meningkatkan terjadinya bengkak susu adalah pengaliran susu yang terganggu atau pengeluaran susu yang tidak lancar. Kenalpasti adakah adakan proses pelekapan dan posisi penyusuan tepat atau tidak??Insyaallah dengan mengenalpasti punca berlakunya bengkak susu, masalah ini akan dapat diatasi dengan lebih berkesan. Susu yang terkumpul haruslah dikeluarkan dan pastikan aliran susu tidak terganggu. 

Bagaimana Lecithin Shaklee bantu atasi bengkak susu??



Menurut kajian, Lecithin bertindak dengan mengurangkan kelikatan/kelekitan susu dengan meningkatkan peratusan asid lemak politaktepu dalam susu. 

"Lecithin adalah pengemulsi (yang digunakan untuk menyimpan lemak/minyak tersebar dan disuspensi: molekul phospholipid mengandungi unsur-unsur hidrofobik dan hidrofilik di mana bahagian hidrofobik mempunyai pertalian untuk lemak dan minyak manakala bahagian hidrofilik mempunyai pertalian untuk air."




Kat bawah ni saya kongsikan kandungan lemak di dalam susu ibu:



Kesimpulannya, Lecithin dapat mengurangkan tahap kelikatan susu ibu supaya pengaliran lebih lancar justeru mengelak masalah tersumbat atau bengkak susu.

Selain mengamalkan Lecithin, apa kata jika kita cuba beberapa tip dan petua untuk kurangkan bengkak susu ini. Saya sertakan 10 tip dan petua yang sama-sama kita boleh cuba.. Insyallah, dapat membantu :D

1. Bra sokongan . Pastikan kita mengenakan bra menyusu yang dapat menyokong payu dara pada waktu malam. Jangan terlalu longgar atau terlalu ketat ya.. 

2. Susukan bayi dengan kerap, selang 2 - 3 jam sekali. Kalau baby tidur, tidak salah untuk mengejutkan bayi agar menyusu... ya, memang macam kepenatan pada waktu malam untuk bangun menyusu, tetapi ia lebih baik daripada terjadinya bengkak susu kan... :D Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara.. (mulakan dengan sebelah - hisap hingga habis, dan beralihlah ke sebelah lagi) .. untuk penyusuan berikutnya, mulakan dengan penyusuan pada sebelah yang terakhir.. pastikan seimbang yea..

3. Jika bengkak, mungkin bayi agak susah untuk menyusu dengan betul, lekapan pada areola mungkin sukar.. jadi cuba perah dengan tangan / pam susu perlahan-lahan agar areola menjadi sedikit lembut. Dengan itu, bayi lebih mudah untuk melekap dan menyusu dengan betul..

4. Boleh juga menggunakan tuala yang di tuam dengan air panas.. Air panas merangsang pengeluaran susu. Tuam tuala tadi di dada.. Atau boleh juga mandi air suam.. Insyallah, boleh.. saya selalu juga tuam / mandi air suam kita saya alami bengkak susu..

5. Ketika baby tengah menyusu, apa kata kalau kita urut payu dara yang di hisap baby tadi perlahan-lahan, ianya akan membantu pengeluaran susu.. ia akan melancarkan pengeluaran susu sekaligus mengurangkan bengkak susu itu sendiri..

6. Jika payu dara terlalu penuh, apa kata pam ia secepat yang mungkin. Jangan tunggu hingga ia mula membengkak... bagus juga menyepam ni.. boleh tambahkan stok susu kita :D.. Susu yang berlebihan, tidak memudaratkan jika kita pam ia keluar.. malah ia akan menyihatkan kita.. kan dah terhindar dari bengkak :).. yang penting untuk kita tahu, penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika ibu mengepam lebih daripada keperluan bayi.. atau juga ibu bekerja.. jadi sebab itu baik untuk kita sediakan jadual mengepam yang konsisten..

7. Gunakan sikat.. ye sikat rambut.. ya sikat rambut.. hehehe.. betul ni, bukan lawak-lawak tau.. Sikat perlahan-lahan payu dara kita dari arah atas hingga ke puting, berulang-ulang.. Insyallah, aliran susu kita akan lancar semula..

8. Daun kubis pun boleh membantu.. ambik kubis dan tekup pada payu dara yang membengkak tu.. daun kubis ni bagus kerana ia agak sejuk.. tapi cara ini buat sekali sekala sahaja kerana kubis tidak bagus digunakan untuk setiap kali bengkak susu.. ia boleh sebabkan SUSU kita menjadi KERING..

9. Ambil cuka makan dan campurkan dalam mangkuk.. ambik kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. sapu sekeliling sahaja ye, hindarkan dari terkena puting. Sapu setiap kali bengkak hingga ia sembuh

10. Daun sirih dan minyak zaitun pun boleh kurangkan bengkak susu tau.. banyak khasiat daun sirih ni..ambil daun sirih, layur pada permukaan panas, macam kita layurkan daun pisang tu.. opps lupa pula, sapukan minyak zaitun pada daun sirih sebelum dilayur.. apabila daun tersebut sudah suam-suam panas, tekuplah pada payu dara yang membengkak tu... ianya sangat-sangat membantu melancarkan semula pengeluaran susu dan mengurangkan rasa sakit akibat bengkak..

Akhir sekali, jika sudah tidak tertahan sakitnya, teruslah berjumpa doktor.. kalau nak tahu, ada juga bengkak yang sampai tahap perlu dibedah untuk mengeluarkan susu yang berbaki.. ada juga yang terpaksa mengambil ubat untuk menghentikan pengeluaran susu.

Jadi nasihat saya, mungkin kepada ibu yang baru.. jika terjadinya bengkak susu, jangan dibiarkan yea.. jagalah kesihatan diri.. jika boleh, setkan lah masa untuk mengepam susu..

Ikhlas,
Yani
017.675.4324
Continue Reading

Tuesday, April 14, 2015

Tauge tingkat tahap kesuburan..

Sapa kat sini suka makan tauge??haaa..tauge menambah tahap kesuburan tau huhu..saya kalau makan kat luar memang tak amek tauge sebab kebanyakkan kedai suka masak sampai lembik, saya suka tauge yang rasa crunchy-crunchy gitu hehe..kalau masak sendiri saya suka buat masak lemak tauge, kombo dengan ikan goreng, ulam dan sambal belacan..makan laju jer haha..ok sendiri dah terliur hihi..



Saya pernah terbaca yang kalau tauge ni kita boleh amek dalam form mentah lagi bagus!!Tapi kalau tak leh telan tak masak then masaklah, just make sure jangan lembik. Coz kalau tauge ni terlebih masak then habis la segala Vitamin C dan enzim berguna dalam tauge tu..kalau masak sket-sket dianggarkan 20% jer berkurang khasiat dia..

Kat sini saya kongsikan hasil bacaan saya pasal khasiat tauge:

1. Mencegah kanser
Tauge tergolong dalam golongan kacang hijau, alfalfa dan sebagainya di mana di dalamnya terkandung banyak unsur fotokimia yang amat berkhasiat termasuklah kanavanin. Kanavanin ialah sejenis amino asid yang dikatakan berupaya mencegah dari berlakunya leukimia, kanser di usus besar dan pankreas.

2. 'Hadiah' untuk wanita
Tauge mempunyai kandungan estrogen semulajadi yang dipercayai dapat meningkatkan kekuatan dan susunan tulang di samping mencegah masalah tulang rapuh. Dikatakan pengambilan tauge yang kerap dapat mengelakkan terjadinya kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra menopaus serta masalah yang biasa terjadi akibat menopaus. 

3. Menambah kesuburan
Tauge dipercayai dapat meningkatkan tahap kesuburan kaum lelaki dan juga wanita. Dikatakan lelaki yang gemar memakan tauge mampu menghasilkan sperma yang lebih kuat dan berkualiti. 

4. Mengurangkan lemak
Penyakit angin ahmar dan serangan jantung lazimnya disebabkan oleh kadar lemak di dalam darah yang terlalu tinggi. Oleh itu, kumpulan pesakit ini digalakkan mengambil banyak tauge dalam hidangan seharian. Saponi yang berada di dalam tauge kemudiannya bertindak menghalau lemak jahat tanpa menjejaskan kandungan lemak baik.

Ok, lepas kita tau khasiat tauge ni jom kita pakat makan tauge banyak-banyak haha..tapi kan kalu hari-hari makan pun jemu gak kan. Apa kata kita kombo ngan supplement Shaklee. Kat bawah ni saya kongsikan supplement yang bersesuaian sama dengan khasiat tauge..

ANTI-KANSER/ANTI-PENUAAN/ANTI-OKSIDAN



KHAS UNTUK WANITA/KESUBURAN




MENCEGAH OSTEOPOROSIS/MENGURANGKAN SIMPTOM PMS



KESUBURAN LELAKI




MENGURANGKAN LEMAK JAHAT




Azliyani
017.675.4324
Shaklee Independent Distributor
FB: Azliyani Ajwad
COD Klang & Shah Alam
Postage Malaysian wide

Continue Reading

Tuesday, April 7, 2015

Lecithin..bukan hanya untuk kurus..

Lecithin ni memang popular di kalangan mereka yang nak kuruskan badan sebab pengambilan lecithin membantu mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelansingan yang seimbang. Tapi sebenarnya banyak lagi manfaat Lecithin ni, jom kita teliti satu persatu bersama..



MANFAAT UTAMA LECITHIN

1.  Menyerap vitamin yang larut lemak - membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E dan K

2. Melindungi hati - menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak, juga membantu memulihkan kesihatan hati

3. Pemecahan lemak dan kolesterol - bertindak sebagai pembersih salur darah di mana pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan memetabolismakan lemak, kolesterol dan trigliseride di dalam tubuh

4. Pelansingan (menghalang obesiti) - membantu mempercepatkan pembakaran lemak untuk pelangsingan yang seimbang

5. Mencantikkan otot dan kulit - membentuk membran sel, melembapkan dan menghaluskan kulit serta mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan

6. Memperbaiki alergi - menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah yang boleh meningkatkan alergi

7. Menghalang kejadian batu karang - membantu mengemulsi kolesterol memandangkan 90% batu karang terjadi daripada kolesterol

8. Meningkatkan daya ingatan dan meringankan stress - mengandungi kolin yang mempertingkat kuasa pembelajaran, memperbaiki ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress.

9. Menghalang tekanan darah tinggi - membantu menghalang arteriosklerosis lalu menggalakkan peredaran darah

10. Memperbaiki prostat lelaki

11. Meringankan sembelit - pelembut najis yang berkesan, melembapkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus


Nah..banyakkan manfaat Lecithin ni kalau diambil secara konsistent.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Azliyani
017.675.4324
Shaklee Independent Distributor
FB: Azliyani Ajwad
Continue Reading

Thursday, November 6, 2014

Cerita nak kurus tak nak gemuk...

Nak gemuk tak nak kurus!!!
Eh salah...
Nak kurus tak nak gemuk!!!

hmmm...bunyi macam betul dah tapi...seeloknya..

Saya nak berat badan yang sihat!!!!

Itu baru betul..

Walau bagaimanpun, menghilangkan berat berlebihan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana kebanyakkan kita mengamalkan diet yang menghilangkan lemak dan juga otot. Keburukan kehilangan otot adalah kita akan kehilangan keupayaan untuk membakar lemak yang seterusnya merendahkan kadar metabolisme badan. Dan apabila diet tersebut kita hentikan, kita sudah tidak boleh membakar kalori seperti sebelumnya. Kesannya adalah berat badan kita akan kembali bertambah. Kitaran ini berulang setiap kali kita meneruskan diet ini. Ini dikenali sebagai kesan yo-yo.


Kebanyakan diet untuk menguruskan menemui kegagalan kerana faktor berikut:

  • kekurangan nutrisi
  • sukar untuk diikuti
  • hasil yang lambat
  • kandungan tidak selamat
  • merendahkan kadar metabolisme
dan akhirnya kita hilang kesabaran, hilang kepercayaan, hilang harapan, dan seterusnya putus asa untuk mendapatkan berat ideal yang diinginkan. Ramai di antara kita yang ingin cepat kurus dengan mengamalkan diet segera, mengambil produk pelangsingan, mengamalkan diet tinggi protein rendah karbohidrat, mengamalkan diet sup, mendaftar di pusat pelangsingan badan dan tidak kurang yang memilih rawatan pembedahan. Tapi.......


Susah sangat ker nak kurus ni??

Semuanya tak mustahil dengan set diet Shaklee dan Cinch inch loss plan.


Kebanyakkan di antara kita mesti fikir bila nak kurus memang kena avoid segala jenis makanana berlemak, makanan yang menggemukan. Teorinya memang betul tapi praktikalnya??Mesti susah untuk kita amalkan disebabkan jenis makanan yang pelbagai yang ada di negara kita ni especially menjelang musim perayaan. Can you say no to ketupat?lemang?sup gear box?cheese cake??Hohoho..

Saya kata makan jer tapi dalam kuantiti yang berpatutan. Bukan sebab takut gemuk tapi lebih penting untuk kesihatan kita jugak. Rasa boleh, melantak jangan!!

Bestnya set diet Shaklee ni is ianya adalah berdasarkan kosep 3B iaitu BAKAR, BUANG dan BINA. Yang lagi best is pilihan diberikan berdasarkan keperluan kesihatan dan kehidupan kita seperti untuk wanita yang sedang menyusukan anak, mereka yang mempunyai masalah sembelit dan sebagainya.

Saya rasa tak salah kalau saya umpamakan pengambilan set diet ini sperti sambil menyelam minum air.  Tujuan utama memang untuk mendapatkan berat badan yang ideal tapi dengan Omega kita turut mendapat kesihatan jantung, dengan Alfalfa kita boleh merawat masalah keputihan, dengan ESP kita boleh mendapat kulit licin dan cantik, dengan Lecithin kita boleh mengawal tekanan darah tinggi dan lain-lain manfaat lagi. (kalau nak disenaraikan semua memang tersangat banyak so pendek kata memang baguslah!!!)

Kenapa perlu Cinch??



Cinch adalah produk Shaklee yang dihasilkan khusus untuk menghilangkan berat badan berlebihan. Para saintis Shaklee dengan pengalaman lebih 50 tahun dalam bidang nutrisi menjadikan Cinch lebih mudah dan selamat untuk diambil. Cinch telah terbukti secara klinikan dapat mengekalkan jisim otot tanpa lemak dan telah diperkasakan dengan Leucine yang dirumus khas untuk membantu memecahkan kitaran diet supaya anda boleh:

KEEP THE MUSLE YOU HAVE

BURN THE FAT YOU DON'T NEED

AND

LOSS INCHES YOU DON'T WANT

Jadi setiap kali anda mengambil Cinch anda akan mendapat 24g protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6g serta larut (elok diambil bersama 1 sudu ESP). Protein adalah penting untuk mebina otot yang akan menaikkan kadar metabolisme dan membakar kalori. Protein rich food juga dapat menahan kelaparan yang boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan di antara waktu makan. Leucine yang terdapat di dalam Cinch juga merupakan nutrisi penting untuk keperluan tubuh kita.

Istimewanya Cinch:

  • Rasanya sedap seperti menikmati pencuci mulut
  • Indeks glisemik 22 - sesuai untuk penghidap kencing manis
  • Glisemik rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Tinggi kandungan serat
  • Memberi 35% atau lebih nilai harian kepda 21 vitamin dan mineral penting
  • Penggunaan soya bebas GMO
  • Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis
Mari bersama-sama turunkan berat badan secara sihat!!!
Mari bersama-sama turunkan berat badan dengan Shaklee!!!

Your Shaklee Distributor,
Azliyani
017.675.4324
Continue Reading