Showing posts with label Set Berpantang Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Berpantang Shaklee. Show all posts

Friday, January 8, 2016

"Kirim salam dekat hantu" - kalau takut jangan baca hehe..

Bangun tido tetiba ada lebam kat peha!!Apa benda plak ni??Bila masa aku terlanggar meja ni??

"Maaaaakkkkkk..tengok kaki adik ni, ada lebam la..tak tau kena apa.."

"Hantu gigit la tu..tu la mak soh sebelum tido baca doa dulu..ni tak, baring terus pejam.."

"Ish mengarut la mak ni!!"

TAPI BETUL KER KENA GIGIT HANTU NI???

Sebenarnya lebam tu (kalau tak jatuh atau terlanggar apa2) adalah salah satu cara badan kita bagitau pasal kekurangan Vitamin C..petanda salur darah tak sihat..samalah macam kes gusi berdarah, skurvi - KURANG VITAMIN C..

Bahaya gusi berdarah ni dan lebam-lebam ni..Bayangkan kalau salur darah di otak yang bermasalah??????Haish..dengar pun seram..mintak dijauhkan..

So rajin2kan la beli buah oren n makan selalu..takpun bleh beli Shaklee Sustained Released Vitamin C yang memang sangat best!!! Haaa..lepas ni bleh la kirim salam bye bye kat hantu yang suka 'gigit' tu hahaha..

  • Tahan 6 bulan
  • Mekanisma perlepasan secara berperingkat
  • Sesuai untuk seisi keluarga
Semoga bermanfaat..

XOXO
Yani

Continue Reading

Thursday, January 7, 2016

Seksanya sembelit!!!

Assalamualaikum semua,

Arini yani nak share pasal sembelit..sapa yang pernah kena jer tau betapa tak selesanya bila susah membuang ni huhu..n betapa nikmatnya bila lepas membuang haha..

Sembelit ni is bila perut rasa penuh, rasa macam nak membuang tapi bila p toilet..ibarat menunggu bulan jatuh ke riba huhu..then mulalah tengok makanan pun rasa tak selera jer nak makan..kesian kan kat orang sembelit ni??

Yani sendiri ada masalah sembelit ni..walaupun tak kronik tapi memang sangat terasa la kesan dia dalm kehidupan seharian..Sebelum lahirkan Tuah memang semua ok, lepas bersalin awal 2014 mula la rasa sembelit ni..kenapa??yani sendiri kurang pasti..hormon ker, umur ker, pemakanan ker..rasanya bercampur2 la semua ni..

Sembelit free face haha..

Shaklee memang ada supplement untuk cuci usus ni, detoks..kalau sapa pernah dengar or pernah ambik..herblax namanya..effect dia memang power kebabom haha..memang memerut jerlah kerja bila amek ni hihi..for those yang nak loose weight or ada masalah sembelit kronik or nak detoks memang highly recommended..herblax ni kita tak amek hari2 tau..ada dosage dia yer hehe..


So untuk pengambilan hari2, since yani memang amalkan Shaklee Ostematrix so alhamdulillah dapatlah 2 in one punyer result..kesihatan tulang dan tiada sembelit..magic dan special kan??dalam Ostematrix Shaklee ada Mg yang berfungi melancarkan pergerakan usus..

Shaklee Calcium ni memang ada disyorkan dalam set hamil dan menyusu..kiranya dapatlah membantu bakal2 ibu dan ibu menyusu menhindari sembelit ni..makan herblax karang dengan baby skali tumpang memerut..so ingat ek,,jangan ambik herblax if you are pregnant or breastfeeding tau!!

Oklah, semoga perkongsian ini bermanfaat..

XOXO,
Yani


Continue Reading

Friday, August 28, 2015

Vitamin C: expensive pee & poo..

Suatu isu yang diutarakan kepada saya secara tidak langsung berikutan post saya di FB mengenai Vitamin C oleh seorang kenalan lama..

Well..she was right about her statement of expensive pee n poo sebab Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air dimana sekiranya diambil secara berlebihan akan dikeluarkan oleh tubuh kita mostly melalui kencing..


Sebab tu saya sering highlight kelebihan Shaklee punyer Vitamin C yang diformulakan supaya dilepaskan secara berperingkat di dalam badan untuk tempoh 5 jam selepas pengambilan..hence the name Sustained Release Vitamin C..

Kiranya team scientist Shaklee sendiri dah sangat aware pasal isu ni and diorang pun buat la supaya Vitamin C diorang lebih istimewa berbanding jenama lain..value for money la katakan..

Mungkin sahabat saya ni terlepas pandang sharing saya pasal ni..hehe..tu la..banyak sangat share sampai orang sekeliling pun terlepas pandang hihi..

Isu kedua yang diutarakan is taking excessive nutrient..wouldn't it harm the body??Salah satu keburukan pengambilan Vitamin C secara berlebihan is diarhea aka cirit birit..

Sebab tu saya pesan fahami keperluan diri..jangan ikut orang..untuk tujuan maintaining health, cukuplah diambil sebijik sehari..

Tetapi apabila kita berasa tidak sehat, demam contohnya..boleh la ditambah dos Vitamin C yang diambil..sebab masa ni badan kita perlukan all the nutrient it can get untuk proses penyembuhan..bila dah sihat back to normal routine..

Kena bijak jugak bila tambahkan dos ni..consult distributor anda..memang tanggungjawab diorang pun nak guide cara pengambilan yang betul..

Hopefully explanation saya ni membantu pemamahaman anda..selamat berShaklee!!
Yani
017.675.4324
Continue Reading

Wednesday, August 12, 2015

Lecithin Shaklee Bantu Atasi Bengkak Susu.

Bengkak susu?? herm.. sakit mendengarnya, apa lagi menanggungnya... Sebenarnya bengkak susu adalah tanda positif yang payu dara menghasilkan susu untuk bayi. Biasanya bengkak ini akan terjadi pada waktu tengah malam hingga subuh. Namun ada juga yang terjadi pada waktu siang (mungkin kerana, tidak menyusukan bayi dengan secukupnya, atau terlupa / melengahkan waktu mengepam susu.. Bagi ibu yang bekerja, amalan mengepam susu seharusnya membantu mengurangkan bengkak susu..



Kenapa terjadinya bengkak susu??
Antara faktor yang meningkatkan terjadinya bengkak susu adalah pengaliran susu yang terganggu atau pengeluaran susu yang tidak lancar. Kenalpasti adakah adakan proses pelekapan dan posisi penyusuan tepat atau tidak??Insyaallah dengan mengenalpasti punca berlakunya bengkak susu, masalah ini akan dapat diatasi dengan lebih berkesan. Susu yang terkumpul haruslah dikeluarkan dan pastikan aliran susu tidak terganggu. 

Bagaimana Lecithin Shaklee bantu atasi bengkak susu??



Menurut kajian, Lecithin bertindak dengan mengurangkan kelikatan/kelekitan susu dengan meningkatkan peratusan asid lemak politaktepu dalam susu. 

"Lecithin adalah pengemulsi (yang digunakan untuk menyimpan lemak/minyak tersebar dan disuspensi: molekul phospholipid mengandungi unsur-unsur hidrofobik dan hidrofilik di mana bahagian hidrofobik mempunyai pertalian untuk lemak dan minyak manakala bahagian hidrofilik mempunyai pertalian untuk air."




Kat bawah ni saya kongsikan kandungan lemak di dalam susu ibu:



Kesimpulannya, Lecithin dapat mengurangkan tahap kelikatan susu ibu supaya pengaliran lebih lancar justeru mengelak masalah tersumbat atau bengkak susu.

Selain mengamalkan Lecithin, apa kata jika kita cuba beberapa tip dan petua untuk kurangkan bengkak susu ini. Saya sertakan 10 tip dan petua yang sama-sama kita boleh cuba.. Insyallah, dapat membantu :D

1. Bra sokongan . Pastikan kita mengenakan bra menyusu yang dapat menyokong payu dara pada waktu malam. Jangan terlalu longgar atau terlalu ketat ya.. 

2. Susukan bayi dengan kerap, selang 2 - 3 jam sekali. Kalau baby tidur, tidak salah untuk mengejutkan bayi agar menyusu... ya, memang macam kepenatan pada waktu malam untuk bangun menyusu, tetapi ia lebih baik daripada terjadinya bengkak susu kan... :D Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara.. (mulakan dengan sebelah - hisap hingga habis, dan beralihlah ke sebelah lagi) .. untuk penyusuan berikutnya, mulakan dengan penyusuan pada sebelah yang terakhir.. pastikan seimbang yea..

3. Jika bengkak, mungkin bayi agak susah untuk menyusu dengan betul, lekapan pada areola mungkin sukar.. jadi cuba perah dengan tangan / pam susu perlahan-lahan agar areola menjadi sedikit lembut. Dengan itu, bayi lebih mudah untuk melekap dan menyusu dengan betul..

4. Boleh juga menggunakan tuala yang di tuam dengan air panas.. Air panas merangsang pengeluaran susu. Tuam tuala tadi di dada.. Atau boleh juga mandi air suam.. Insyallah, boleh.. saya selalu juga tuam / mandi air suam kita saya alami bengkak susu..

5. Ketika baby tengah menyusu, apa kata kalau kita urut payu dara yang di hisap baby tadi perlahan-lahan, ianya akan membantu pengeluaran susu.. ia akan melancarkan pengeluaran susu sekaligus mengurangkan bengkak susu itu sendiri..

6. Jika payu dara terlalu penuh, apa kata pam ia secepat yang mungkin. Jangan tunggu hingga ia mula membengkak... bagus juga menyepam ni.. boleh tambahkan stok susu kita :D.. Susu yang berlebihan, tidak memudaratkan jika kita pam ia keluar.. malah ia akan menyihatkan kita.. kan dah terhindar dari bengkak :).. yang penting untuk kita tahu, penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika ibu mengepam lebih daripada keperluan bayi.. atau juga ibu bekerja.. jadi sebab itu baik untuk kita sediakan jadual mengepam yang konsisten..

7. Gunakan sikat.. ye sikat rambut.. ya sikat rambut.. hehehe.. betul ni, bukan lawak-lawak tau.. Sikat perlahan-lahan payu dara kita dari arah atas hingga ke puting, berulang-ulang.. Insyallah, aliran susu kita akan lancar semula..

8. Daun kubis pun boleh membantu.. ambik kubis dan tekup pada payu dara yang membengkak tu.. daun kubis ni bagus kerana ia agak sejuk.. tapi cara ini buat sekali sekala sahaja kerana kubis tidak bagus digunakan untuk setiap kali bengkak susu.. ia boleh sebabkan SUSU kita menjadi KERING..

9. Ambil cuka makan dan campurkan dalam mangkuk.. ambik kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. sapu sekeliling sahaja ye, hindarkan dari terkena puting. Sapu setiap kali bengkak hingga ia sembuh

10. Daun sirih dan minyak zaitun pun boleh kurangkan bengkak susu tau.. banyak khasiat daun sirih ni..ambil daun sirih, layur pada permukaan panas, macam kita layurkan daun pisang tu.. opps lupa pula, sapukan minyak zaitun pada daun sirih sebelum dilayur.. apabila daun tersebut sudah suam-suam panas, tekuplah pada payu dara yang membengkak tu... ianya sangat-sangat membantu melancarkan semula pengeluaran susu dan mengurangkan rasa sakit akibat bengkak..

Akhir sekali, jika sudah tidak tertahan sakitnya, teruslah berjumpa doktor.. kalau nak tahu, ada juga bengkak yang sampai tahap perlu dibedah untuk mengeluarkan susu yang berbaki.. ada juga yang terpaksa mengambil ubat untuk menghentikan pengeluaran susu.

Jadi nasihat saya, mungkin kepada ibu yang baru.. jika terjadinya bengkak susu, jangan dibiarkan yea.. jagalah kesihatan diri.. jika boleh, setkan lah masa untuk mengepam susu..

Ikhlas,
Yani
017.675.4324
Continue Reading

Friday, May 1, 2015

Kenapa kena ambil Vitamin C dalam diet seharian??

Vitamin C amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?



Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. 
Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. 
Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

Detoksifikasi.
Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). 
Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka.

Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.



Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. 

Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.

KEISTIMEWAAN VITAMIN C SHAKLEE



Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:

  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah 
Semoga perkongsian ini bermanfaat,
Yani
017.675.4324
Shaklee Independent Distributor
FB: Azliyani Ajwad
Continue Reading

Wednesday, March 11, 2015

Kebaikan dan kelebihan ESP..wajib baca!!!

Mari saya kongsikan apa yang BEST sangat pasal ESP Shaklee ni..Hopefully lepas baca ni lebih ramai akan memilih ESP dan jatuh cinta dengannya hehe..



Kebaikan dan kelebihan ESP

1. Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk mengelak kerapuhan tulang 
Kita orang pompuan kan lebih terdedah kepada risiko osteoporosis, so elok amalkan ESP sebagai langkah pencegahan

2. Memberi tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam 

3. Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan

4. Membantu mejadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/ awet muda kerana protein penting untuk kulit

5. Merangsang regenerasi otot dan kulit serta mengurangkan kedutan

6. Memberi ton warna kulit yang sekata

7. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus dan gebu

8. Mengandungi 9 amino asid yang penting untuk fungsi badan

9. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral

10. Rendah lemak tanpa kolesterol

11. Bertindak sebagai anti oksidan

12. Menguatkan sistem imun tubuh

13. Mempertingkatkan tahap kolesterol baik

14. Memelihara kesihatan jantung

15. Membaiki pigmentasi, masalah rambut seperti gugur, kedutan dan penuaan

16. Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan

17. Membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun

18. Mencegah migrain, insomnia dan tekanan

19. Baik untuk hormon kerana kacang soya kaya dengan isoflavones

20. Membantu merendahkan paras kolesterol

21. Membantu pembentukan sel-sel baru

22. Membantu mengurangkan simptom penyakit gastrik

23. Mempercepat pemulihan luka 

24. Sebagai milk booster, memekat susu badan

Saya mula-mula amalkan ESP ni masa pregnantkan anak ketiga, sebab doc advice saya suruh increasekan protein intake since my baby kecik. Alhamdulillah berkat konsisten amalkan ESP, Tuah lahir dengan berat 3kg (sedangkan kakak-kakak dia dulu merely 2.6kg). 

Then lepas bersalin teruskan jugak, bayangkan hari ketiga lepas bersalin saya dah boleh pam susu 3oz untuk Tuah. Susu memang pekat dan banyak. Punya banyak sampai Tuah pun tak abis minum, penuh freezer hehe.. Syukur alhamdulillah..lepas abis fasa kuning, saya tambahkan lagi Alfalfa, fuhh..memang penuh breast in few hours jer..memang kena practice konsep supply and demand tau nak achieve result ni huhu..

Bestkan??Jangan lupa hubungi saya untuk stok ESP anda hari ini!!!

017.675.

Continue Reading

Tuesday, March 10, 2015

Kenapa kena pilih soya ESP oleh Shaklee??



Berikut saya senaraikan 5 SEBAB kenapa saya dan anda semua kena pilih soya ESP:

1. ESP menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap dan menghasilkan isoflavone (ketahuilah bahawa proses mengekstrak isoflavone dari kacang soya bukanlah mudah tetapi Shaklee berjaya melakukannya)

2. ESP hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism)
Dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

3. ESP dibasuh dengan air
Dr Shaklee tahu bahawa dengan menggunakan teknik 'cold water extraction', kita akan memperoleh yang terbaik dari soya termasuklah komponen penting seperti phyto-estrogens yang mencegah kanser payudara dan kanser prostat di kalangan lelaki. Terdapat lebih 1500 kajian yang membuktikan kebaikan soya dan hanya 12 - 20 kajian negatif yang menunjukkan bahawa sekiranya soya diubah atau dirosakkan, hasilnya adalah 'bahan tidak berguna'

4. ESP mengandungi 50% keperluan kalsium harian
Kenapa ESP ada kalsium?Kerana tambahan sedikit kalsium boleh meneutralkan kembali asid phytic di dalam soya (kandungan asid phytic yang tinggi menghalang penyerapan zat dan mineral seperti kalsium, magnesium, dan zink semasa pencernaan dalam usus.

5. ESP telah mengungguli pasaran makanan tambahan selama 54 tahun

Ok sekarang lepas baca ni saya harap semua orang pilih ESP hehe..

Bukan apa, dah terang lagi bersuluh kebaikan ESP, dah beribu kajian dibuat, so tak perlu rasa ragu lagi..ramai dah cuba dan merasai kebaikkan dan manfaat ESP.

Bulan March 2015 ni promo ESP, murah dari harga biasa.
Untuk mencuba hubungi saya
017.675.4324
Continue Reading

Tuesday, October 28, 2014

Milk booster apa yang terbaik???

Sekarang ni dekat pasaran memang tak dinafikan ada pelbagai jenis makanan tambahan yang dihasilkan khas untuk membantu para ibu memperbanyakkan susu ibu. Alhamdulillah ini menandakan trend penyusuan anak secara eksklusif semakin menjadi ikutan. Susu ibu adalah yang terbaik untuk anak anda.
Pengambilan lobak putih dikatakan dapat menambah susu badan.
Pengalaman saya menyusukan anak kedua saya sehingga umur setahun setengah membuktikan semuanya. Effect yang paling obvious sekali adalah anak yang disusukan dengan susu ibu ni susah nak sakit and bila sakit dia cepat baik (semua ni dengan kuasa dan izin ALLAH).

Persoalan yang saya rasa bermain di fikiran ibu-ibu yang merasakan susu kurang meriah is nak amek milk booster apa untuk tambahkan susu?Jawapan saya is jenama apa pun boleh tetapi bersyarat. Kenapa saya kata jenama apa pun boleh?Sebabnya badan kita ni berbeza-beza. Jenama A mungkin berjaya untuk Puan X tetapi Jenama A mungkin tidak berkesan untuk Puan Y. Sebaliknya Jenama B adalah yang paling sesuai untuk Puan Y.

Walau apa jenama milk booster yang anda sedang ambil/plan nak ambil pastikan anda mematuhi rules SUPPLY & DEMAND. Insyaallah anda boleh success dalam menyusukan bayi anda.

SUPPLY & DEMAND
Definisi paling mudah adalah breast akan menghasilkan susu apabila ada permintaan untuk susu tersebut. Maknanya ameklah milk booster paling mahal sekali pun tetapi sekiranya anda gagal mewujudkan permintaan untuk breast anda menghasilkan susu yang banyak then sia-sia lah usaha anda itu. Rugikan?

PAM SECARA KONSISTEN
Inilah jawapannya. Kenapa kena pam? Bagi direct dekat baby jer tak cukup ker? Kebiasaannya bayi tidak akan menyusu sampai breast betul-betul kosong. Adalah amat penting untuk kita pastikan breast kosong selepas menyusu so that breast kita akan produce more lepas tu. Di sinilah konsep supply and demand dipraktikkan.

Masa dalam pantang la susu paling meriah. Masa dalam pantang la paling bagus start buat stok susu untuk anak bila dah keje nanti. Masa dalam pantang jugakla adalah waktu kita paling ada kesempatan untuk pump every 2 - 3 hours. Kalau dah keje susah sket melainkan dapat bos dan kawan sekerja yang memahami..So no more excuse, nak seribu daya..bukannya susah pun, untuk permata hati kita jugak kan??!!Siang malam pagi petang pam pam dan pam..Awal-awal memang rasa leceh tapi bila nampak hasil insyaallah akan bersemangat untuk teruskan. Yang paling penting is sentiasa bersyukur dengan setiap hasil pam anda, jangan stress, jangan down..rezeki anak sentiasa ada.

POWER PUMPING
Ibu-ibu yang masih rasa susu tidak meriah boleh la try teknik power pumping ni untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Seeloknya buat waku malam sebab time ni la hormon kita paling tinggi untuk produce susu. Bagaimanakah caranya?

Untuk single pump/hand expression
Mulakan pengepam breast sebelah kanan/kiri selama 10 minit then swith to the other breast. Continue for an hour (walaupun tak keluar apa-apa coz everything memerlukan masa)

Untuk double pump
Pam kedua-dua breast serentak selama 10 minit then rehat 10 minit. Ulang kitaran ini sehingga cukup sejam. Masa rehat 10 minit tu boleh minum air kosong.

**Paling elok kalau sambil pam tu ibu-ibu sertakan dengan ZIKIR. Lagi elok kalau bangun malam untuk power pumping tu kita solat sunat terutamanya tahajjud dulu.

Power pumping secara umumnya mengambil masa lebih kurang seminggu untuk membuahkan hasil. It may varies, depending on orang. Apa yang penting is teruskan usaha, doa dan tawakkal kepada ALLAH.

MILK BOOSTER SHAKLEE
Kepada yang masih tertanya-tanya apa pilihan yang ada..nah saya syorkan cuba la milk booster dari shaklee iaitu Alfalfa dan ESP. Alfalfa dianggap sebagai galactagogue iaitu menggalakkan laktasi pada manusia. Alfalfa selamat, hanya bertindak sebagai perangsang dan tidak masuk ke dalam susu ibu. ESP pula membantu memekatkan susu supaya bayi kenyang lebih lama dan tidur lebih nyenyak.




Bestnya milk booster shaklee ni is bukan sahaja meningkatkan penghasilan susu tapi ada macam-macam faedah lain antaranya

  • mencantikkan serta memutihkan kulit ibu dan bayi 
  • mengurangkan masalah sembelit
  • mengurangkan keguguran rambut 
  • mengetatkan 'miss v' wanita 
  • menghilangkan keputihan 
  • menganjalkan payudara 
  • menguatkan sistem imun ibu dan bayi
  • membantu dalam mengurangkan/mengawal berat badan ibu
dan banyak lagi..

Tips tambahan: Minum air sekurang-kurangnya 3L sehari dan amalkan pemakanan sihat

Selamat mencuba!!

Order Shaklee Melalui Saya,
Azliyani
017.675.4324



Continue Reading