Showing posts with label Diabetes. Show all posts
Showing posts with label Diabetes. Show all posts

Monday, January 11, 2016

Mahalnya Vivix Shaklee!!!

Assalamualaikum semua..

Baru2 ni Master Laila Mukhtar ada share kat FB dia pasal 'kemahalan' harga vivix oleh Shaklee..yerlah, mana taknya..di zaman2 GST ni harga vivix (normal) mencecah RM400++



Tak dinafikan memang akan fikir 3 4 kali gak la kan bila nak tarik huge chunk camtu dari duit gaji kan huhu..even pengamal tegar Vvix sendiri pun tak lari dari hakikat ni..

Tetapi fakta menarik yang dikongsi oleh Master Laila saya kira amat penting untuk dikongsi bersama..

FERRARI vs KANCIL 650cc

Master Laila Mukhtar:

"Bila sebut harga VIVIX ramai kata mahal. Bagi saya ia tidak mahal. Tapi harga PREMIUM. Product setanding harga. Contoh kalau Ferrari Sejuta lebih tapi ia premium. Harga sebuah kancil 650cc (kereta saya duluuuuu masa studi) berharga rm40k. Memanglah kancil murah. Tapi kualitinya mana mungkin boleh banding Ferrari! wohoooo... tak boleh banding"

Quote kat atas secara tak langsung menerangkan tentang harga Vivix yang mahal adalah setanding dengan kesan kebaikan yang kita peroleh dari pengamalannya. Kalau tuan2 dan puan2 google sendiri tentang khasiat VIVIX yang dikongsi ramai, memang ianya sangat terbukti membantu masalah diabetes, kencing manis, kuruskan badan dan banyak lagi..




Tapi semua mesti dan wajib faham bahawa VIVIX bukanlah ubat yang kita makan hari ini esok lusa dah nampak kesan..Vivix dihasilkan dari tumbuhan, ianya bersifat semulajadi, kaya dengan antioksida..Jadi pengambilan secara konsisten dan berterusan adalah amat penting untuk kesan yang optimum..

Lagi quote dari Master Laila,

"BERAPA PULA HADIAH SEBUAH KESIHATAN YANG ALLAH BAGI PADA KITA? Tidak ternilai!. PRICELESS!

Cuba fikirkan jika anda ada masalah DIABETES.
Berapa harga untuk merawat DIABETES?
Berapa harga untuk rasa risau dan sedih?
Berapa harga untuk tidak selasa menunaikan solah?
Berapa harga untuk rasa lemah tak bertenaga?
Berapa harga jika hingga kaki anda dipotong?
Berapa harga jika buah pinggang rosak?

Cuba fikirkan anda atau family terdekat ada masalah JANTUNG?
Berapa harga satu operasi ByPass Jantung?
Ada orang bergolok gadai jual tanah. Ada orang jual harga untuk dapatkan kos operatsi bypass. Jauh berkali ganda mahal bukan?


Jika STROKE? Berapa pula harga UNTUK BERJALAN DAN BERTUTUR SEMPURNA?
VIVIX TIDAK MAHAL, TAPI IA PRODUK PREMIUM. PRODUK TERBAIK SHAKLEE"

Allahuakbar..memang tak ternilai nikmat dan rezeki kesihatan yang Allah bagi pada kita..
Jadi jagalah sebaiknya..

XOXO,
Yani
Continue Reading

Tuesday, March 10, 2015

Kenapa kena pilih soya ESP oleh Shaklee??



Berikut saya senaraikan 5 SEBAB kenapa saya dan anda semua kena pilih soya ESP:

1. ESP menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap dan menghasilkan isoflavone (ketahuilah bahawa proses mengekstrak isoflavone dari kacang soya bukanlah mudah tetapi Shaklee berjaya melakukannya)

2. ESP hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism)
Dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

3. ESP dibasuh dengan air
Dr Shaklee tahu bahawa dengan menggunakan teknik 'cold water extraction', kita akan memperoleh yang terbaik dari soya termasuklah komponen penting seperti phyto-estrogens yang mencegah kanser payudara dan kanser prostat di kalangan lelaki. Terdapat lebih 1500 kajian yang membuktikan kebaikan soya dan hanya 12 - 20 kajian negatif yang menunjukkan bahawa sekiranya soya diubah atau dirosakkan, hasilnya adalah 'bahan tidak berguna'

4. ESP mengandungi 50% keperluan kalsium harian
Kenapa ESP ada kalsium?Kerana tambahan sedikit kalsium boleh meneutralkan kembali asid phytic di dalam soya (kandungan asid phytic yang tinggi menghalang penyerapan zat dan mineral seperti kalsium, magnesium, dan zink semasa pencernaan dalam usus.

5. ESP telah mengungguli pasaran makanan tambahan selama 54 tahun

Ok sekarang lepas baca ni saya harap semua orang pilih ESP hehe..

Bukan apa, dah terang lagi bersuluh kebaikan ESP, dah beribu kajian dibuat, so tak perlu rasa ragu lagi..ramai dah cuba dan merasai kebaikkan dan manfaat ESP.

Bulan March 2015 ni promo ESP, murah dari harga biasa.
Untuk mencuba hubungi saya
017.675.4324
Continue Reading

Tuesday, February 24, 2015

Hadapi cuaca panas ditemani Performance Drink Shaklee



Negara kita sekarang sedang dilanda cuaca yang teramat panas. Pelbagai pihak telah mengeluarkan garis panduan untuk menghadapi cuaca panas ini dengan cara terbaik untuk kesihatan diri kita termasuklah:

  • minum dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti, tanpa perlu menunggu rasa dahaga
  • minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh
  • berada di dalam rumah/bangunan
  • hadkan aktiviti luar
  • kerapkan berehat
  • mandi atau buka kipas angin untuk menyejukkan badan
  • pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
  • pakai topi atau payung besar
  • jangan minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi
  • jangan membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup
  • jangan bersenam di dalam cuaca panas

Cuaca panas melampau boleh menyebabkan gejala kesihatan yang berikut:
  • sakit kepala
  • keletihan 
  • tumpuan yang lemah
  • pening
  • lemah otot-otot badan atau kekejangan
  • mual dan muntah
  • dehidrasi, kekeliruan dan koma
  • strok panas yang boleh membawa maut
  • kerosakan organ badan seperti ginjal, otak, jantung dan hati

Hadapi cuaca panas ditemani Performance Drink Shaklee



Kebanyakan minuman isotonik yang ada di pasaran mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi dan berkarbonat. Performance Drink oleh Shaklee pula merupakan minuman isotonik yang ISTIMEWA kerana tidak mempunyai karbonat dan kandungan gula yang sangat minima.

Antara kelebihan Performance Drink berbanding minuman isotonik lain termasuklah:
  • Tidak berkarbonat
  • Kurang kandungan gula
  • Tidak mengandungi lemak
  • Tidak mengandungi kolesterol
  • Tidak mengandungi bahan tiruan, pewarna atau pengawet tambahan
  • Dirumus KHAS dengan kandungan natrium, kalium, dan karbohidrat yang mencukupi
  • Mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh
  • Membantu mengatasi masalah dahaga (terutamanya pada hari cuaca panas dan bulan Ramadhan)
  • Bersifat isotonik. Jumlah kepekatan karbohidrat yang ada di dalam Performance Drink adalah sama dengan darah kita. Ini memudahkan proses penyerapan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah. Kesannya??Tubuh lebih bertenaga dan cergas.


Golongan yang sesuai dan memerlukan Performance Drink termasuklah:

  1. Para ibu yang menyusukan anak
  2. Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan
  3. Mereka yang berpuasa, sesuai untuk sahur dan berbuka
  4. Pesakit gout
  5. Mereka yang kurang minum air dan mengalam dehidrasi
  6. Mereka yang sering diserang sakit kepala dan migrain
  7. Anak-anak yang demam
(tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak dibawah usia 2 tahun)


Apapun pilihan anda, samada Performance Drink atau minuman isotonik yang ada di pasaran, pastikan anda mengikut segala panduan dan nasihat dalam menghadapi fenomena cuaca panas ini. 

Be safe wherever you are!!!

Nak Performance Drink??
017.675.4324

Continue Reading

Thursday, November 20, 2014

Tanda-tanda Umum Penyakit Kencing Manis..do you??



Paras gula darah tinggi

Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan dibuat ujian oleh doktor anda. Selepas anda memakan makanan, tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.

Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam
Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.

Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga.

Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.

Hilang berat badan secara tiba-tiba

Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, disekitar 2-3 kg dalam dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin gembira tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.

Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.

Sentiasa rasa lapar
Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, menyebabkan tahap gula dalam darah untuk kadang-kadang jatuh.
Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.

Luka lambat sembuh

Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota di badan.

Keletihan dan cepat marah

Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. Sememangnya, letih sepanjang masa akan membuat sesiapapun cepat marah.

Terdedah kepada jangkitan kulat

Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.

Penglihatan kabur

Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur.

Walabagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.

Sensasi pada tangan dan kaki

Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki: Ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.

Kulit merengsa

Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.
Continue Reading