Showing posts with label Serangan Jantung. Show all posts
Showing posts with label Serangan Jantung. Show all posts

Monday, January 11, 2016

Mahalnya Vivix Shaklee!!!

Assalamualaikum semua..

Baru2 ni Master Laila Mukhtar ada share kat FB dia pasal 'kemahalan' harga vivix oleh Shaklee..yerlah, mana taknya..di zaman2 GST ni harga vivix (normal) mencecah RM400++



Tak dinafikan memang akan fikir 3 4 kali gak la kan bila nak tarik huge chunk camtu dari duit gaji kan huhu..even pengamal tegar Vvix sendiri pun tak lari dari hakikat ni..

Tetapi fakta menarik yang dikongsi oleh Master Laila saya kira amat penting untuk dikongsi bersama..

FERRARI vs KANCIL 650cc

Master Laila Mukhtar:

"Bila sebut harga VIVIX ramai kata mahal. Bagi saya ia tidak mahal. Tapi harga PREMIUM. Product setanding harga. Contoh kalau Ferrari Sejuta lebih tapi ia premium. Harga sebuah kancil 650cc (kereta saya duluuuuu masa studi) berharga rm40k. Memanglah kancil murah. Tapi kualitinya mana mungkin boleh banding Ferrari! wohoooo... tak boleh banding"

Quote kat atas secara tak langsung menerangkan tentang harga Vivix yang mahal adalah setanding dengan kesan kebaikan yang kita peroleh dari pengamalannya. Kalau tuan2 dan puan2 google sendiri tentang khasiat VIVIX yang dikongsi ramai, memang ianya sangat terbukti membantu masalah diabetes, kencing manis, kuruskan badan dan banyak lagi..




Tapi semua mesti dan wajib faham bahawa VIVIX bukanlah ubat yang kita makan hari ini esok lusa dah nampak kesan..Vivix dihasilkan dari tumbuhan, ianya bersifat semulajadi, kaya dengan antioksida..Jadi pengambilan secara konsisten dan berterusan adalah amat penting untuk kesan yang optimum..

Lagi quote dari Master Laila,

"BERAPA PULA HADIAH SEBUAH KESIHATAN YANG ALLAH BAGI PADA KITA? Tidak ternilai!. PRICELESS!

Cuba fikirkan jika anda ada masalah DIABETES.
Berapa harga untuk merawat DIABETES?
Berapa harga untuk rasa risau dan sedih?
Berapa harga untuk tidak selasa menunaikan solah?
Berapa harga untuk rasa lemah tak bertenaga?
Berapa harga jika hingga kaki anda dipotong?
Berapa harga jika buah pinggang rosak?

Cuba fikirkan anda atau family terdekat ada masalah JANTUNG?
Berapa harga satu operasi ByPass Jantung?
Ada orang bergolok gadai jual tanah. Ada orang jual harga untuk dapatkan kos operatsi bypass. Jauh berkali ganda mahal bukan?


Jika STROKE? Berapa pula harga UNTUK BERJALAN DAN BERTUTUR SEMPURNA?
VIVIX TIDAK MAHAL, TAPI IA PRODUK PREMIUM. PRODUK TERBAIK SHAKLEE"

Allahuakbar..memang tak ternilai nikmat dan rezeki kesihatan yang Allah bagi pada kita..
Jadi jagalah sebaiknya..

XOXO,
Yani
Continue Reading

Wednesday, August 26, 2015

Fahami simptom serangan jantung..

Doktor akan mengesyaki seorang individu itu mengalami serangan sakit jantung apabila beliau mengalami rasa sakit pada dada sebelah kiri, mengalami jantung berdebar, dan mengalami rasa sukar bernafas.


Namun ada kalanya juga, serangan sakit jantung boleh memberikan tanda yang tidak disangkakan.

Antaranya:

1. Sakit dada tidak di sebelah kiri: Kadang-kadang sakit itu tidak berada di sebelah kiri, tetapi di sebelah kanan, tengah, atau di bahagian atas abdomen.



2. Tiada rasa sakit dada: Sesetengah orang tidak sakit sama sekali; sebaliknya mereka hanya mengalami rasa sesak nafas. Satu kajian menunjukkan bahawa hampir 1/3 daripada orang yang mempunyai serangan jantung tidak mempunyai kesakitan.

3. Rasa sakit tajam menyucuk: Sesetengah mengalami sakit yang menyucuk di bahagian dada, seperti dicucuk oleh jarum.

Ada kes dimana seorang pesakit yang mengadu mengalami "rasa sejuk di dada" setiap kali dia menarik nafas. Apabila melakukan pemeriksaan, disahkan mengalami serangan sakit jantung.

Sumber: FB Dr Zubaidi Hj Ahmad
Continue Reading