Showing posts with label Set Kesuburan Suami Isteri. Show all posts
Showing posts with label Set Kesuburan Suami Isteri. Show all posts

Thursday, April 30, 2015

10 Fakta Menarik Mengenai Bayi Dalam Perut..

Masa mengandung dulu, saya suka sangat baca mengenai perkembangan bayi di dalam perut. Memang best sangat-sangat! Kagum dengan ciptaan Allah s.w.t yang menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian. Di bawah ini, saya kongsikan 10 fakta menarik mengenai bayi di dalam kandungan. Jom baca.

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dengan tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri,berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan ini sehingga usianya 5 bulan.



4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila dia tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memorinya mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otaknya.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makananyang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya.

Menarik kan??Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Enjoy your pregnancy ladies!!!

Yani
017.675.4324
Shaklee Independent Distributor
FB: Azliyani Ajwad
Continue Reading

Wednesday, April 22, 2015

Antara faktor pasangan sukar hamil..

Ada banyak faktor yang menyebabkan sukarnya untuk hamil. Setiap faktor itu berbeza diantara satu pasangan dengan pasangan yang lain. Dan setiap pasangan hendaklah memberi sokongan padu antara satu sama lain. Jangan saling menyalahi, siapa yang menjadi penyebab anda tidak dapat menimang cahayamata lagi. Kenali setiap faktor ini dan cuba atasinya.



Umur
Umur memainkan peranan penting dalam menentukan kesuburan kita sebagai wanita. Semakin berusia wanita itu, semakin berkuranganlah quantiti dan qualiti telur yang dihasilkan. Faktor ini mula terbentuk apabila wanita itu berusia 35 tahun dan semakin ketara pada usia 38 tahun dan ke atas. Jadi kalau boleh rancanglah kehamilan anda sebelum menginjak ke usia 35 tahun.

Lelaki pula berupaya menghasilkan sperma sepanjang hayatnya, jadi umur bukanlah penghalang. Namun, ada banyak masalah yang boleh mempengaruhi sperma, tak kiralah lelaki itu berusia berapa tahun sekalipun. Sebagai contoh, sperma yang jangka hayatnya pendek dan tidak aktif

Masalah dengan sperma
Gaya hidup seorang lelaki seperti merokok serta tahap kesihatannya boleh mengurangkan bilangan sperma. Meskipun kadangkala bilangan sperma normal, namun seorang lelaki mungkin menghasilkan sperma yang tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini memungkinkan sperma tersebut tidak dapat mensenyawakan telur.



Masalah Ovulasi
Ini adalah masalah biasa bagi ketidaksuburan. Ada sesetengah kes, ketidakseimbangan hormon menyebabkan telur tidak matang, tapi dah dibebaskan dari ovari. Masalah hormon juga boleh menghalang telur dari dibebaskan oleh ovari. Selain dari itu, masalah kesihatan seperti lebih berat badan ataupun obesiti juga boleh memberi kesan kepada hormon.

Masalah semasa persenyawaan
Masalah sistem pembiakan yang tersumbat sama ada lelaki atau wanita boleh menghalang proses persenyawaan. Ataupun sperma yang tidak berupaya untuk berenang menerusi lendir serviks. Ada juga masalah yang sperma tidak dapat menembusi dinding telur.

Masalah semasa penempelan
Selepas proses persenyawaan berlaku, embrio tidak mampu untuk menempel di dinding rahim (uterus). Ini selalunya disebabkan oleh masalah pada lapisan luar dinding rahim. Ia juga disebabkan oleh saiz dan bentuk rahim itu sendiri.




Khas untuk si suami:

Vitamin E 
berfungsi untuk melindungi sperma dan membersihkan radikal bebas yang boleh merosakkan sperma
 
Zinc Complex 
tertumpu kepada membanyakkan kiraan sperma 

Vitamin C 
membantu pergerakan sperma yang lebih aktif 

ESP 
membantu kiraan dan juga pergerakan sperma 

Vitalea 
mengimbangi nutrisi dan melengkapkan kelompongan nutrisi dalam badan kita 

B-Complex 
anti stress dan juga untuk sisitem reproduksi/sistem pembiakan 

Semoga perkongsian ini bermanfaat,
Yani
017.675.4324
Shaklee Independent Distributor
FB: Azliyani Ajwad
Continue Reading