Ada banyak faktor yang menyebabkan sukarnya untuk hamil. Setiap faktor itu berbeza diantara satu pasangan dengan pasangan yang lain. Dan setiap pasangan hendaklah memberi sokongan padu antara satu sama lain. Jangan saling menyalahi, siapa yang menjadi penyebab anda tidak dapat menimang cahayamata lagi. Kenali setiap faktor ini dan cuba atasinya.
Umur
Umur memainkan peranan penting dalam menentukan kesuburan kita sebagai wanita. Semakin berusia wanita itu, semakin berkuranganlah quantiti dan qualiti telur yang dihasilkan. Faktor ini mula terbentuk apabila wanita itu berusia 35 tahun dan semakin ketara pada usia 38 tahun dan ke atas. Jadi kalau boleh rancanglah kehamilan anda sebelum menginjak ke usia 35 tahun.
Lelaki pula berupaya menghasilkan sperma sepanjang hayatnya, jadi umur bukanlah penghalang. Namun, ada banyak masalah yang boleh mempengaruhi sperma, tak kiralah lelaki itu berusia berapa tahun sekalipun. Sebagai contoh, sperma yang jangka hayatnya pendek dan tidak aktif
Masalah dengan sperma
Gaya hidup seorang lelaki seperti merokok serta tahap kesihatannya boleh mengurangkan bilangan sperma. Meskipun kadangkala bilangan sperma normal, namun seorang lelaki mungkin menghasilkan sperma yang tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini memungkinkan sperma tersebut tidak dapat mensenyawakan telur.
Masalah Ovulasi
Ini adalah masalah biasa bagi ketidaksuburan. Ada sesetengah kes, ketidakseimbangan hormon menyebabkan telur tidak matang, tapi dah dibebaskan dari ovari. Masalah hormon juga boleh menghalang telur dari dibebaskan oleh ovari. Selain dari itu, masalah kesihatan seperti lebih berat badan ataupun obesiti juga boleh memberi kesan kepada hormon.
Masalah semasa persenyawaan
Masalah sistem pembiakan yang tersumbat sama ada lelaki atau wanita boleh menghalang proses persenyawaan. Ataupun sperma yang tidak berupaya untuk berenang menerusi lendir serviks. Ada juga masalah yang sperma tidak dapat menembusi dinding telur.
Masalah semasa penempelan
Selepas proses persenyawaan berlaku, embrio tidak mampu untuk menempel di dinding rahim (uterus). Ini selalunya disebabkan oleh masalah pada lapisan luar dinding rahim. Ia juga disebabkan oleh saiz dan bentuk rahim itu sendiri.
Khas untuk si suami:
Vitamin E
berfungsi untuk melindungi sperma dan membersihkan radikal bebas yang boleh merosakkan sperma
Zinc Complex
tertumpu kepada membanyakkan kiraan sperma
Vitamin C
membantu pergerakan sperma yang lebih aktif
ESP
membantu kiraan dan juga pergerakan sperma
Vitalea
mengimbangi nutrisi dan melengkapkan kelompongan nutrisi dalam badan kita
B-Complex
anti stress dan juga untuk sisitem reproduksi/sistem pembiakan
Semoga perkongsian ini bermanfaat,
Yani
017.675.4324
Shaklee Independent Distributor
FB: Azliyani Ajwad
0 comments:
Post a Comment