Assalamualaikum..
Cerita yang akan saya kongsikan ini telah saya olah sedikit, bertujuan untuk tidak menyinggung mana-mana pihak. Jalan ceritanya mungkin sedikit berubah tetapi isi pentingnya ada di situ. Semoga cerita ini memberi pengajaran kepada kita semua, semoga kita lebih dekat dengan Allah..
Cerita buah mempelam muda
Abu dan Siti sudah lama berkahwin, dikurniakan 5 orang anak..Alhamdulillah kehidupan mereka sempurna, punya rumah sendiri, perniagaan sendiri..Tetapi mereka suka meninggalkan solat. Bak kata orang ON OFF gitu..dalam kes mereka ini OFF lagi kerap dari ON..Alhamdulillah Allah masih sayangkan mereka, Allah telah membuka pintu hati mereka untuk solat 5 waktu sehari..mulai saat itu kedua-duanya tidak lagi meninggalkan solat, serta saling ingat-memperingati..
Pada suatu hari setelah selesai makan tengahari, si isteri Siti merasa teringin memakan rojak bersama buah mempelam muda. Dibukaknya peti ais untuk melihat buah apa yang ada yang sesuai dimakan dengan kuah rojak, hampanya Siti apabila hanya ada buat epal merah yang manis. Kalau nak diikutkan memang tak sesuai buah epal itu dimakan dengan kuah rojak, tetapi dek kerana teringin Siti teruskan juga membuat kuah rojak. Maka Siti pun makanlah buah epal itu dicicah dengan kuah rojak bersama anak dan suaminya.Sambil makan Siti ada berkata kepada Abu, "Teringin nak cicah dengan buah mempelam muda tapi dah takde, buah epal pun jadilah"..
Keesokan harinya, mereka menjalankan rutin seperti biasa. Abu pergi bekerja dan Siti di rumah menjaga anak-anaknya. Jam 6 petang, Abu pun pulang ke rumah..tapi kali ni membawa sebungkus plastik. Siti bertanya, "Apa tu bang dalam beg plastik??" dan Abu menjawab "Buah mempelam muda ni, ada orang bagi kat saya..". Siti yang kehairanan terus bertanya, "Siapa bagi??" Abu pun bercerita, "Tadi saya singgah solat di surau RnR Dengkil, selesai solat saya bersalaman dengan seorang lelaki yang juga baru selesai solat, selepas bersembang sebentar lelaki itu menyuruh saya tunggu di luar surau sementara dia pergi mengambil sesuatu di lorinya. Dia kembali dengan sebuah plastik beg berisi buah mempelam muda dan berkata itu untuk saya. Saya berasa segan lalu menolak dengan baik tetapi lelaki itu bertegas saya mengambilnya. Dia memberitahu bahawa dia merupakan seorang pemborong buah yang dalam perjalanan ke bandar dan buah itu dia sedekahkan kepada saya"..
Pengajaran: Besarnya kuasa Allah, hanya dengan mengerjakan solat 5 waktu Allah murahkan rezeki kita..tanpa perlu meminta, Allah berikan rezeki itu kepada kita..sepertimana Siti menginginkan mempelam muda dan Allah berikannya melalui lelaki pemborong buah yang bersedekah kepada suaminya..
Cerita RM7
Ini kisah sepasang suami isteri,Aini dan Salleh. Salleh mempunyai sebuah kedai runcit manakala Aini menjual kuih muih. Kedua-dua mereka ini menjaga solat, saling memperingati. Perniagaan mereka suami isteri berjalan baik, keuntungan yang diperoleh cukup untuk menampung hidup mereka sekeluarga. Dek kerana kenaikan harga barang, peningkatan kos sara hidup, maka mereka berdua sedikit berkira bila hal berkenaan wang. Aini sering kali mempunyai niat untuk bersedekah apabila dihampiri peminta sedekah di pasar-pasar tetapi kerana 'takut' duit tidak mencukupi, dia membatalkan niat itu.
Pada suatu petang, Aini dan Salleh sekeluarga pergi ke pasar malam untuk mencari makanan. Selesai membeli, anak kecil Aini meminta untuk membeli air Milo. Lalu Aini dan anaknya masuk semula ke dalam pasar malam berbekalkan wang RM10 sementara suaminya menunggu di kereta. Dan kali ini Allah membuka pintu hati Aini untuk bersedekah kepada sepasang suami isteri buta yang sedang bermain muzik di tengah-tengah pasar malam itu. Aini berikan RM5 kepada mereka sambil tersenyum. Selepas itu Aini terserempak pula dengan seorang wanita dan anak kecilnya sedang meminta sedekah. Tersentuh hati Aini melihat anak kecil itu lalu Aini memberikan RM2 kepada mereka. Aini tidak memberi semua baki RM5 di tangannya supaya dia masih boleh membeli air Milo untuk anaknya. Setelah membeli 2 gelas air Milo berharga RM3, mereka pulang ke rumah.
Di rumah, selesai makan, Aini berehat di ruang tamu sambil menonton TV dengan anak-anaknya. Tiba-tiba telefon berbunyi, Aini menjawab dan terkejut kerana tauke tempat Aini menghantar kuih meminta Aini membuat kuih lebih daripada biasa untuk dijual esok hari. Syukur Alhamdulillah rezeki anak-anak. Aini membuat kiraan secara kasar dan keuntungan tambahan pesanan tersebut kira-kira RM17.
Pengajaran: Sedekah menggandakan rezeki, mudah sahaja..seperti mana Aini yang memberi RM7 dan 'mendapat pulangan' RM17..
0 comments:
Post a Comment