Tuesday, April 21, 2015

Haus berlebihan tanda penyakit..

Dalam keadaan cuaca panas negara kita ni, memang kita digalakkan minum air dalam kuantiti yang banyak. Musim panas ni pastinya membuatkan tekak berasa haus tapi berhati-hatilah kalau sering merasa kehausan dalam keadaan keterlaluan. Kehausan melampau banyak dikaitkan dengan banyak hal terutamanya kesihatan pada tubuh. 



Kehausan berlebihan mungkin berpunca dari beberapa masalah berikut:

1. Kandungan gula tidak stabil
Penghidap diabetes atau individu yang berdepan masalah buah pinggang, pastinya tekak berasa sangat haus ekoran tahap gula di dalam darah yang tidak stabil. Ini disebabkan gula berlebihan mengalir masuk ke dalam urin sterusnya mengeluarkan banyak air.

Secara tidak langsung, ia mengurangkan jumlah serapan air ke dalam tubuh dan kesannya jumlah cecair di dalam tubuh semakin berkurang. Oleh itu, kehausan yang keterlaluan mungkin petanda kepada penyakit diabetes tahap pertama.

2. Dehidrasi
Penyakit seperti keracunan makanan, cirit birit, jangkitan kuman, demam dan lain-lain boleh menyebabkan kekurangan cecair di dalam badan. Kekurangan air menyebabkan kekeringan mulut, kepenatan dan kehausan yang keterlaluan. Simptom dehidrasi termasuklah loya, muntah-muntah dan pening kepala. Sekiranya ini terjadi, segeralah meminum air bagi mengelak perkara tidak diingini. 

3. Mudah bimbang
Walaupun kedengaran tidak logik tetapi anda mudah bersa hasu sekiranya berada dalam situasi yang cemas. Rasa bimbang yang keterlaluan berupaya meningkatkan kandungan asid di dalam perut yang mana ia kemudiannya akan mengurangkan jumlah air liur. 

4. Sentiasa berpeluh
Peluh yang keluar secara berlebihan ketika cuaca panas akan menyebabkan kehausan. Oleh sebab itulah, disarankan minum lebih banyak air ketika panas bagi menampung kembali air yang hilang.

5. Masalah pencernaan
Pengambilan makanan secara berlebihan pada waktu siang atau malam, pengambilan makanan pedas dan berminyak boleh mendatangkan rasa haus pada tekak. Ini kerana semua cecair dalam tubuh hanya digunakan untuk proses pencernaan sahaja. Ini menyebabkan kekurangan jumlah air hingga mendatangkan rasa haus. 

Elakkan meminum air dengan banyak selepas selesai makan kerana ini mengganggu kebolehan tubuh mencernakan makanan dengan baik. Kesannya tubuh hanya akan menyimpan makanan tersebut sebagai lemak.


SHAKLEE PERFORMANCE DRINK



Keistimewaan Performance Drink Shaklee adalah merupakan minuman isotonik kurang gula yang mempunyai kepekatan sama dengan darah manusia. Oleh itu minuman Performance Drink Shaklee ini mudah diserap oleh tubuh dan membekalkan tenaga segera kepada tubuh yang keletihan dan kurang bertenaga. 

Juga sangat sesuai dia untuk orang yang mengalami cirit-birit, muntah, demam, demam campak terutamanya untuk elakkan dehidrasi pada anak.

Performance Drink Shaklee juga menghilangkan segera rasa dahaga kerana mengandungi hanya sedikit natrium. Jadi Performance Drink Shaklee boleh dinikmati oleh semua peringkat umur dari kanak-kanak hingga orang tua kerana turut tidak mengandungi bahan kimia, bahan perasa, pewarna dan pengawet tambahan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat,
Yani
017.675.4324
Shaklee Independent Distributor
FB: Azliyani Ajwad

0 comments:

Post a Comment