Haaa..mari saya kongsikan 5 petua tradisional untuk menghalus dan menggebukan kulit tangan:
Ramas serbuk kopi
Jangan dibuang hampas kopi tetapi ambil dan gosok pada tangan secara perlahan. Khasiat dalam hampas kopi mampu membuang sel kulit mati. Kopi juga dapat menghalus dan melembapkan kulit. Selain itu, kopi dapat memberi nutrisi pada kulit dan menghilangkan bau yang kurang enak.
Lulur tangan dengan kelapa parut
Kelapa mempunyai banyak khasiat untuk kecantikan. Ia mempunyai kadar lembapan yang tinggi. Kelapa parut boleh digunakan untuk melulur seluruh badan termasuk bahagian tangan. Minyak yang terhasil daripada kelapa parut dapat membantu mengatasi masalah iritasi dan kulit kering. Ia juga dikatakan dapat membantu mencerahkan kulit.
Lindungi kulit dengan sarung tangan
Gunakan sarung tangan ketika melakukan kerja rumah seperti membasuh pinggan dan mencuci baju. Ini kerana bahan kimia yang terkandung dalam sabun dan pencuci boleh menyebabkan kerosakan kulit.
Gunakan sarung tangan ketika berkebun bagi mengelak tangan daripada kotoran, bahan kimia, dan mengelak kecederaan.
Khasiat minyak zaitun
Campurkan 4 sudu minyak zaitun di dalam semangkuk air suam. Kemudian, rendam tangan selama 10 - 15 minit. Lakukan petua ini seminggu 3 kali. Insyaallah kulit akan menjadi lembap, lembut dan ia juga dikatakan dapat melancarkan perjalanan darah di bahagian tangan.
Urut tangan dengan minyak aromaterapi
Gunakan minyak aroma terapi pilihan untuk mengurut tangan. Lakukan amalan ini setiap hari. Urutan yang lembut dapat membantu menghilangkan keletihan dan lenguh. Ia juga melancarkan perjalanan darah dan melembutkan kulit serta dapat mengatasi masalah urat tangan timbul.
Petua di atas ni lebih kepada luaran. Seterusnya saya kongsikan set supplement Shaklee yang khusus untuk kecantikan kulit secara keseluruhan.
SET KECANTIKAN SHAKLEE
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jangan lupa hubungi saya untuk dapatkan Set Kecantikan Shaklee yang sememangnya berkesan!!!
Azliyani
017.675.4324
Shaklee Independent Distributor
FB: Azliyani Ajwad
0 comments:
Post a Comment