Wednesday, October 15, 2014

Tips dan panduan pengguna sebelum membeli polisi insurans

Assalamualaikum,



Berita muka depan akhbar harian Metro 14.10.2014 memaparkan isu penipuan oleh ejen insurans kenderaan. Masyaallah apa la nak jadi dengan komuniti kita sekarang kan? Cetek ilmu, cetek pemikiran..mentaliti nak cepat kaya, nak cepat untung besar membuatkan ramai antara kita bertindak di luar batasan norma..wang yang diperoleh dari sumber haram tiada keberkatannya..macam mana la diorang ni bagi anak bini makan? bagi parents? ini sebenarnya adalah salah satu punca masalah keruntuhan akhlak yang makin meruncing sekarang..

Kepada yang tak sempat baca keratan akhbar tu meh saya ceritakan sedikit ringkasannya..kes penipuan ini terjadi apabila orang awam memberikan wang untuk memperbaharui insurans kenderaan mereka tetapi terkejut apabila mengetahui kenderaan mereka tidak dilindungi apabila nak buat claim. Macam mana jadi camtu? Ejen keparat ni just mengeluarkan cover note tapi tak membuat bayaran kepada syarikat insurans yang diwakili dalam tempoh yang ditetapkan. Duit customer masuk poket sendiri. Akibatnya syarikat insurans akan membatalkan polisi tersebut. Jadi??Apa nasib kita??Alhamdulillah kalu tak terjadi apa-apa tapi kalu ditakdirkan kita terlibat dalam kemalangan?? Inilah yang disebut sebagai 'mati katak'. Kereta boleh diganti tapi kalau nyawa??Kematian itu pasti tapi sekurang-kurangnya kehidupan orang tersayang yang kita tinggalkan terjamin. Minta dijauhkanlah dari hal-hal camni..

Persatuan Insurans Am Malaysia ada memberi nasihat kepada orang ramai untuk memperbaharui insurans direct dengan syarikat insurans. Saya setuju tapi kadang-kadang kebanyakan kita bekerja isnin sampai jumaat, nak pegi lepas balik keje company insurans pun dah tutup. Weekend pun sibuk dengan hal famili etc..Pendapat saya boleh jer renew melalui ejen ni. Menjadi tanggungjawab kita la untuk buat pengesahan validity ejen ni dengan company insurans yang diwakili. macam mana nak check? senang jer..call company insurans dan verify..insyaallah..ramai ejen insurans kat luar sana yang jujur dan ikhlas dalam buat kerja mereka ni..

Di sini saya sharekan sikit tips dan panduan untuk pemilik kenderaan sebelum membeli polisi insurans:

  • Hubungi syarikat insurans atau PIAM untuk memastikan ejen yang berurusan adalah sah
  • Elak daripada membuat pembayaran premium secara tunai sebaiknya membayar terus kepada syarikat insurans. Sekiranya bayaran dibuat kepada ejen pastikan anda menerima resit sebagai bukti pembayaran.
  • Pastikan anda menerima polisi bertulis selepas pembayaran premium
  • Pastikan anda memerikasa polisi insuarns bagi memastikan perlindungan adalah betul
  • Jangan menandatangani sebarang borang permohonan insurans atau tuntutan kosong
  • Perlu menanam perasaan curiga jika harga premium insurans yang ditawarkan adalah terlalu rendah berbanding skim perlindungan insurans sedia ada
  • Segera laporkan kepada pihak berkuasa jika ditipu
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

Ikhlas,
Azliyani

1 comment: