Monday, October 20, 2014

Fenomena 'pengabaian' anak di stesen minyak

Gambar hiasan.
Antara fenomena yang sering saya lihat berlaku di stesen minyak:

1. Parents keluar dari kereta untuk membuat bayaran di cashier/beli barang dalam kedai mesra/ pegi tandas dan anak ditinggalkan sendirian di dalam kereta dengan enjin masih hidup
2. Parents keluar dari kereta untuk membuat bayaran di cashier/beli barang dalam kedai mesra/ pegi tandas dan anak ditinggalkan sendirian di dalam kereta dengan enjin dimatikan dan pintu dikunci
3. Anak dalam lingkungan umur 5 - 7 tahun disuruh pergi membuat bayaran di cashier sementara parents tunggu kat kereta

Setiap kali saya melihat situasi-situasi ini saya mengucap panjang..Masyaallah kenapa begitu 'lalai' ibu bapa ini dalam mebuat pertimbangan sehingga sanggup meletakkan anak mereka dalam keadaan yang saya kira mengundang bahaya seperti itu??Malang tidak berbau..Anything can happen within a split second..Ya Allah, Engkau lindungilah anak-anak kecil ini dari segala bahaya..

Kepada parents yang 'tidak sedar' apa jenis bahaya yang mengundang dengan melakukan perbuatan ini, mari saya kongsikan kemungkinan-kemungkinan insiden yang boleh berlaku:

1. Orang luar yang berniat jahat boleh melarikan kereta anda dengan anak-anak anda sekali
2. Anak kecil boleh dengan tidak sengaja mengunci kereta dari dalam dan tidak tahu cara nk unlock balik.
3. Kenderaan lain yang mungkin hilang kawalan boleh melanggar kereta anda dengan anak anda di dalam
4. Anak anda mungkin dilanggar oleh kenderaan lain ketika pergi ke cashier atau dalam perjalan balik ke kereta

Kereta boleh dibaiki, diganti, dibeli baru...tapi anak???Macam tu ker kita menjaga amanah Allah??

Banyak lagi perkara buruk boleh berlaku. Kadang-kadang tak terfikir pun dek akal kita tapi tiada yang mustahil. Jadi saya merayu kepada parents kat luar sana, bawak la anak anda bersama, jangan tinggalkan di dalam kereta. And jangan sekali-kali menyuruh anak menggantikan anda membuat bayaran di cashier (bukan sahaja bahaya tapi kanak-kanak ni pergi tanpa mengambil baki).

Baru-baru ini saya terserempak sendiri dengan seorang ibu muda yang meninggalkan anak perempuannya sendirian di dalam kereta yang dimatikan enjin dan dikunci. Saya yang kebetulan lalu di situ telah memberi pandangan 'tajam' ke arah ibu muda itu dengan niat mempersoalkan tindakan 'bodoh' itu. Dek kerana tersedar atau malu, ibu muda itu berpatah balik ke kereta dan membawa anaknya itu bersama masuk ke dalam kedai mesra. Dalam hati saya serius tak faham kenapa ibu muda itu meninggalkan anak kecilnya sendirian in the first place? Kalu saya tak beri pandangan sinis tu so budak tu will remain in the locked plus engine off car alone??!!!

Renung-renungkanlah bersama..ubah sikap, jadi lebih bertanggungjawab, sila la berfikir panjang membuat sesuatu tindakan tu..

I am also a mother,
Azliyani

0 comments:

Post a Comment