Ahmad Tuah Ismail bin Ahmad Ajwad 3kg 20.01.2014 12.38pm |
Saya melahirkan anak sulung saya pada tahun 2009 degan berat 2.57kg sahaja. Masa pregnant ramai yang komen keciknya perut, dah nak bersalin pun ada yang cakap perut kecik macam baru pregnant 5 bulan. Masa tu down jugak tapi ramai jugak yang bagi motivation, takpe anak sulung, maknya pun badan kecik. Alhamdulillah despite all the comments anak saya sihat, membesar macam kanak-kanak sihat yang lain walaupun everytime jumpa peadiatrician mesti kena sound baby you a little underweight hehe..masa tu bersalin 37 weeks. Allah permudahkan proses bersalin, pegi hospital lepas maghrib then kul 9.30mlm dah boleh peluk cium baby Keisha. Sampai husband pun terkejut tak percaya bila nurse bagitau dah bersalin hehe..
Then 2010 around September gitu saya disahkan mengandung lagi. Baby Amelia lahir June 2011 dengan berat 2.67kg pada 38 weeks. Rasa macam 'achievement' gak la time tu coz baby no 2 ni extra 100g dari kakaknya dulu haha..Sama macam pregnancy last time, perut kali ni kecik molek jugak. Saya dapat balik my body shape before pregnant as soon as baby dilahirkan huhu..Alhamdulillah baby sihat, kena jaundice sikit tapi takde la sampai kena admit hospital. Amelia dari baby sampai sekarang memang jarang demam or sakit. Saya percaya mesti sebab i fully breasfeed dia sampai 2 tahun. Sebab tu jugak rasanya dia 'melekat' jer ngan saya compared to Keisha, anak manja abah ;p
Sekali lagi pada Januari 2014 saya dan husband dikurniakan anak, seorang bayi lelaki yang diberi nama Ahmad Tuah Ismail (sempena nama Tok Ki). Nak tergelak pun ada masa doc yang sambut baby cakap "OK Azliyani, he is definitely not 2.5kg" haha..Sebabnya sepanjang masa pregnant saya dan doc saya memang skeptikal pasal berat baby Tuah. Perut macam biasa kecik, pregnant 7 bulan macam pregnant 4 bulan..Doc masa tu siap cakap lagi "Azliyani, with your previous pregnancy, if we were to compare it to sitting an exam, the result is just a pass, definitely not distinction". Apa reaksi saya? Senyum kambing jerlah hehe..Doc cabar saya "lets make this baby a 'distinction' baby" =)
Dr C.B. Madhulika from Sentosa Specialist Centre Klang |
So di sini saya nak kongsi sikit what did i do different with my third pregnancy sehingga berjaya naik berat baby jadi 3kg..semua ni bukan saya buat membuta tuli tapi dengan nasihat doc.
Maternal milk
Sepanjang pregnantkan Tuah memang saya amalkan minum susu. Mula tu minum sekali jer sehari then doc cakap increase to twice a day. Awal-awal pregnant time tengah mabuk tu memang takleh telan susu semua ni tapi lepas 4 bulan macam ketagih plak haha..Banyak pilihan maternal milk kat pasaran, saya pilih Anmum, takde sebab..cuma bila minum tu rasa sedap so continue jerlah. Masa pregnant Keisha ngan Amelia dulu acuh tak acuh jer minum susu ni, tapi kali ni memang istiqamah ari-ari minum..ditambah plak dapat doc yang beria so lagi la bersemangat..Susu ni elok untuk tambah kalsium dalam badan especially time pregnant.
Favourite saya plain flavor..sedap!!!hehe.. |
Obimin
Saya tau ramai yang berpendapat obimin ni tak elok, baby besar la, banyak pewarna la..tapi saya amek jugak sebab doctor yang prescribekan based on rekod kesihatan saya. Plus saya fikir time tu amek jerlah obimin ni kot-kot baby besar sket hehe..maklumlah, anak saya lahir petite size so harapan tinggi nak baby 3kg ni ;p Basically fungsi obimin adalah memberi zat dan khasiat yang diperlukan baby and mommy. Ada yang kata untuk tambah darah. Wallahualam. Nak tau for sure kena la tanya doktor. Masa keisha ngan Amelia saya amek iberet folic sebab entah kenapa dulu macam takleh telan obimin ni.
Obimin Pluz with DHA |
Iberet folic |
Protein
Saya ni antara orang yang salah konsep when it comes to apa yang menyumbang kepada pertambahan berat bayi dalam kandungan. Thanks to Dr Madhu yang memperbetulkan fahaman 'sesat' saya ni hehe..Masa consultation saya ada berkongsi menu harian saya ngan doc and dia tergelak sambil cakap " banyak kalinyer you makan nasi dalam sehari " hehe..mau tak nyer, pagi nasi lemak, tengahari nasi lagi, malam nasi lagi ;p Advice doc untuk saya is tambahkan pengambilan protein dalam diet seharian. So apa lagi, saya pun memang 'tambah' la intake protein ni hehe..daging, ayam, ikan, telur..telur saya makan 2x sehari tapi telur putih jer..kuning tak lalu nak telan kalau banyak-banyak sangat..Protein ni amek masa nak hadam berbanding karbo so takdelah rasa lapar memanjang..
Makanan yang kaya dengan protein |
ESP Shaklee
Pengambilan ESP ni memang diluar kebiasaan saya. Kenapa saya amek? ESP membantu keseluruhan sistem badan berfungsi dengan baik. Ia membantu sel-sel di dalam badan agar lebih sihat menjadikan badan lebih senang menyerap vitamin dan nutrient dari pemakanan seharian kita. Bertepatan dengan namanya iaitu Energizing Soy Protein, saya pun minum la ari-ari sebagai sumber protein seperti yang disarankan doktor. Plus bonus pengambilan ESP ialah kulit ibu dan bayi akan lebih cantik. Senang jer cara saya minum iaitu bancuh dengan air sejuk atau campur ke dalam susu. Memang akan lagi creamy and yummy hehe..saya minum sekali sehari.
Satu lagi kebaikan ESP yang saya rasa is bila minum saya rasa kenyang. So takdelah rasa masuk angin kalu terlewat makan. Isu angin adalah satu masalah ketika mengandung. Kalau dah masuk angin memang buat apa pun tak jalan dah. Mula la rasa nak muntah, pening segala..
Sarang burung
Saya minum ni sebulan sekali..kenapa minum?sebab husband dapat free haha..kenapa minum sebulan sekali jer? sebab dapat free tu 10 botol jer haha..so jimat-jimat la..orang kata minum sarang burung masa pregnant nanti kulit anak cantik so saya apa lagi minum la sebab dah ada dok terduduk jer kt umah tu. Saya pernah jumpa seorang ibu ni, anak dia yang paling bongsu rambut memang perang macam omputeh..bila tanya dia kata dia amalkan minum sarang burung masa pregnant..wallahualam..Saya just masukkan dalam peti sejuk then minum. Ok la rasa dia, manis-manis buah gitu..yang saya punyer tu ada ginseng. Tak ingat dah jenama apa so tak dapat la nak share gambar kat sini. Dekat supermarket banyak jual sarang burung ni, kepada yang nak cuba minum boleh la beli, pilih yang halal..saya nak recommend pun tak pandai huhu..
Rasanya itu saja la yang lain pun..the rest sama jer..hopefully bleh membantu..selamat mencuba.
Note: Jangan stress kalu baby kecik, yang penting sihat ;) Kita merancang Allah yang menentukan. Sentiasa doa semoga anak dalam kandungan diberi kesihatan..
Ikhlas,
Azliyani
Yani, Dr Madhu kak ina pernah jumpa dia masa check up kat Razif Norana.. time tu preggy anak yg 1st..Harith.
ReplyDeleteAnmum Materna, memang bagus minum time preggy...
Best kan dia Kak Ina!!Yani suke sgt consultation dia..experience deliver baby dgn dia pun menarik!! Sampai arini takkan lupa ayat dia "Don't push Azliyani, let the baby come by himself"..
Delete