Showing posts with label Set Kecantikan Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Kecantikan Shaklee. Show all posts

Friday, January 8, 2016

"Kirim salam dekat hantu" - kalau takut jangan baca hehe..

Bangun tido tetiba ada lebam kat peha!!Apa benda plak ni??Bila masa aku terlanggar meja ni??

"Maaaaakkkkkk..tengok kaki adik ni, ada lebam la..tak tau kena apa.."

"Hantu gigit la tu..tu la mak soh sebelum tido baca doa dulu..ni tak, baring terus pejam.."

"Ish mengarut la mak ni!!"

TAPI BETUL KER KENA GIGIT HANTU NI???

Sebenarnya lebam tu (kalau tak jatuh atau terlanggar apa2) adalah salah satu cara badan kita bagitau pasal kekurangan Vitamin C..petanda salur darah tak sihat..samalah macam kes gusi berdarah, skurvi - KURANG VITAMIN C..

Bahaya gusi berdarah ni dan lebam-lebam ni..Bayangkan kalau salur darah di otak yang bermasalah??????Haish..dengar pun seram..mintak dijauhkan..

So rajin2kan la beli buah oren n makan selalu..takpun bleh beli Shaklee Sustained Released Vitamin C yang memang sangat best!!! Haaa..lepas ni bleh la kirim salam bye bye kat hantu yang suka 'gigit' tu hahaha..

  • Tahan 6 bulan
  • Mekanisma perlepasan secara berperingkat
  • Sesuai untuk seisi keluarga
Semoga bermanfaat..

XOXO
Yani

Continue Reading

Friday, August 28, 2015

Vitamin C: expensive pee & poo..

Suatu isu yang diutarakan kepada saya secara tidak langsung berikutan post saya di FB mengenai Vitamin C oleh seorang kenalan lama..

Well..she was right about her statement of expensive pee n poo sebab Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air dimana sekiranya diambil secara berlebihan akan dikeluarkan oleh tubuh kita mostly melalui kencing..


Sebab tu saya sering highlight kelebihan Shaklee punyer Vitamin C yang diformulakan supaya dilepaskan secara berperingkat di dalam badan untuk tempoh 5 jam selepas pengambilan..hence the name Sustained Release Vitamin C..

Kiranya team scientist Shaklee sendiri dah sangat aware pasal isu ni and diorang pun buat la supaya Vitamin C diorang lebih istimewa berbanding jenama lain..value for money la katakan..

Mungkin sahabat saya ni terlepas pandang sharing saya pasal ni..hehe..tu la..banyak sangat share sampai orang sekeliling pun terlepas pandang hihi..

Isu kedua yang diutarakan is taking excessive nutrient..wouldn't it harm the body??Salah satu keburukan pengambilan Vitamin C secara berlebihan is diarhea aka cirit birit..

Sebab tu saya pesan fahami keperluan diri..jangan ikut orang..untuk tujuan maintaining health, cukuplah diambil sebijik sehari..

Tetapi apabila kita berasa tidak sehat, demam contohnya..boleh la ditambah dos Vitamin C yang diambil..sebab masa ni badan kita perlukan all the nutrient it can get untuk proses penyembuhan..bila dah sihat back to normal routine..

Kena bijak jugak bila tambahkan dos ni..consult distributor anda..memang tanggungjawab diorang pun nak guide cara pengambilan yang betul..

Hopefully explanation saya ni membantu pemamahaman anda..selamat berShaklee!!
Yani
017.675.4324
Continue Reading

Friday, May 1, 2015

Kenapa kena ambil Vitamin C dalam diet seharian??

Vitamin C amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?



Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. 
Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. 
Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

Detoksifikasi.
Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). 
Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka.

Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.



Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. 

Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.

KEISTIMEWAAN VITAMIN C SHAKLEE



Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:

  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah 
Semoga perkongsian ini bermanfaat,
Yani
017.675.4324
Shaklee Independent Distributor
FB: Azliyani Ajwad
Continue Reading

Friday, April 10, 2015

Tips haluskan kulit tangan..

Stress kan kalau suami kata kulit tangan kita kasar??Adoi la..dah macam-macam krim dah sapu tapi tak jalan jugak huhu..Apa nak buat ek??



Haaa..mari saya kongsikan 5 petua tradisional untuk menghalus dan menggebukan kulit tangan:

Ramas serbuk kopi




Jangan dibuang hampas kopi tetapi ambil dan gosok pada tangan secara perlahan. Khasiat dalam hampas kopi mampu membuang sel kulit mati. Kopi juga dapat menghalus dan melembapkan kulit. Selain itu, kopi dapat memberi nutrisi pada kulit dan menghilangkan bau yang kurang enak.

Lulur tangan dengan kelapa parut




Kelapa mempunyai banyak khasiat untuk kecantikan. Ia mempunyai kadar lembapan yang tinggi. Kelapa parut boleh digunakan untuk melulur seluruh badan termasuk bahagian tangan. Minyak yang terhasil daripada kelapa parut dapat membantu mengatasi masalah iritasi dan kulit kering. Ia juga dikatakan dapat membantu mencerahkan kulit.

Lindungi kulit dengan sarung tangan




Gunakan sarung tangan ketika melakukan kerja rumah seperti membasuh pinggan dan mencuci baju. Ini kerana bahan kimia yang terkandung dalam sabun dan pencuci boleh menyebabkan kerosakan kulit.



Gunakan sarung tangan ketika berkebun bagi mengelak tangan daripada kotoran, bahan kimia, dan mengelak kecederaan.

Khasiat minyak zaitun




Campurkan 4 sudu minyak zaitun di dalam semangkuk air suam. Kemudian, rendam tangan selama 10 - 15 minit. Lakukan petua ini seminggu 3 kali. Insyaallah kulit akan menjadi lembap, lembut dan ia juga dikatakan dapat melancarkan perjalanan darah di bahagian tangan.

Urut tangan dengan minyak aromaterapi




Gunakan minyak aroma terapi pilihan untuk mengurut tangan. Lakukan amalan ini setiap hari. Urutan yang lembut dapat membantu menghilangkan keletihan dan lenguh. Ia juga melancarkan perjalanan darah dan melembutkan kulit serta dapat mengatasi masalah urat tangan timbul.

Petua di atas ni lebih kepada luaran. Seterusnya saya kongsikan set supplement Shaklee yang khusus untuk kecantikan kulit secara keseluruhan.

SET KECANTIKAN SHAKLEE




Di samping pengambilan supplement di atas secara konsisten boleh la juga disapu Multipurpose Herbal Blend Cream oleh Shaklee yang berkesan menghilangkan kulit kering dan kasar.



Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jangan lupa hubungi saya untuk dapatkan Set Kecantikan Shaklee yang sememangnya berkesan!!!

Azliyani
017.675.4324
Shaklee Independent Distributor
FB: Azliyani Ajwad
Continue Reading

Thursday, March 19, 2015

Tips mengurangkan dan merawat masalah jeragat

Pompuan mana tak menggelabah kalau muka dah start naik jeragat!!!Tengok cermin rasa nak menjerit, stress semua ada..rasa macam dah konsistent sapu krim siang malam bagai tapi jeragat tetap ada!!!Adoi la nak buat camne ni??!!!Masalah jeragat ni memang masalah sejagat haha..very common especially kat negara kita malaysia yang panas terik ni.



Antara faktor utama berlakunya jeragat ialah kulit muka sentiasa terdedah kepada cahaya matahari!!Faktor lain termasuklah:

  • genetik/keturunan
  • perubahan hormon
  • merokok - asap rokok mengandungi pelbagai toksin dan radikal bebas yang merosakkan kulit (walaupun anda tidak merokok tetapi sering terdedah kepada asap rokok)
  • ubat-ubatan tertentu
  • pekerjaan - selalu terdedah kepada matahari tengahari/petang, tukang masak yang terdedah kepada suhu tinggi lebih mudah mendapat jeragat
  • umur
  • jantina - wanita lebih mudah mendapat jeragat berbanding lelaki
Apa itu jeragat??
Jeragat disebabkan oleh sel kulit dari jenis melanosit yang menghasilkan lebihan pigment melanin yang melekat pada sel kulit menyebabkan warnanya menjadi lebih gelap. 

Penghasilan melanin ini menggunakan enzim tirosinase, oleh itu menghalang aktiviti enzim ini boleh mengurangkan masalah jeragat. 

Di sini saya kongsikan tips untuk mengurangkan dan merawat masalah jeragat,
  1. Elakkan berjemur atau terdedah kepada cahaya matahari yang terik pada tengahari dan petang
  2. Gunakan krim pelindung matahari (sekiranya keluar). Pilihlah krim pelindung matahari jenis tanpa minyak dan tidak menyebabkan jerawat dengan faktor kekuatan pelindung matahari 30, SPF30 (sekurang-kurangnya)
  3. Amalkan vitamin/makanan tambahan seperti vitamin C dan vitamin A dalm bentuk asid retinoik. 
  4. Tambahkan pengambilan makanan tambahan anti oksidan dari buah-buahan seperi buah beri, beri biru, beri hitam dan strawberi

ATASI JERAGAT DENGAN SHAKLEE

B-Complex
Penting untuk kestabilan hormon. Dapatkan secara tidak langsung mengurangkan stres yang menyebabkan terjadinya muka berjerawat dan jeragat.



Sustained Release Vitamin c
Penting untuk pembentukan kolagen. Pengambilan vitamin C konsisten membantu anda dapatkan kulit yang tampak lebih cerah, ianya juga melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasidan ini membantu mengurangkan kejadian jeragat.



Vitamin E Complex
Juga terkenal sebagai vitamin awet muda sebab ianya dapat membantu keseimbangan hormon dandapat mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Justeru itu penting untuk mereka yang bermasalah kulit berminyak dan berjeragat.



ESP
Sangat penting dalam penghasilan sel baru dan secara langsung mengurangkan kesan kulit matidan kekerapan kejadian jeragat. Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sukar dihilangkan. Akan tetapi insyaallah dengan mencukupkan kandungan protein dalam badan, dapatlah sel-sel baru dihasilkan sebelum kesan jeragat baru terjadi.


Kepada yang berminat boleh hubungi saya untuk sama-sama mengatasi masalah jeragat dengan Shaklee!!Saya dah, anda bila lagi??!!

017.675.4324
Continue Reading