Friday, April 3, 2015

Tips banyakkan susu ibu..

Kunci kejayaan kepada penyusuan susu ibu memang memerlukan komitment dari para ibu. Di sini saya kongsikan beberapa tips berguna untuk panduan para ibu dalam usaha menjayakan misi menyusukan anakanda tercinta sehingga umur 2 tahun..



1. Kerapkan menyusu/mengepam

  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan bayi untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika bayi tidur lebih dari 4 - 5 jam
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti, Susukan bayi dan kemusian sambung semula sesi pemerahan susu
  • Percaya pada konsep supply and demand. Semakin kerap kosongkan payudara, semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan pada ketika ini.
2. Jangan tunggu payudara penuh
  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!!
  • Yakinlah bahawa payudara sentisa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum air banyak

  • Pastikan anda minum air banyak sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.
4. Fikir bayi, fikir susu
  • Ketika meyusu belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Cara ini akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. 
  • Masa nak mengepam, lihatlah gambar anak sambil berselawat dan berzikir Ya Mattin
5. Berdisiplin

  • Jangan sesekali ponteng sesi pemerahan. Bila hujung minggu walaupun bersama bayi, teruskan mengepam untuk membuat stok
6. Tandum pumping
  • Latih diri untuk menyusukan bayi dan memerah susu menggunakan pam elektrik serentak.
7. Teknik Marmet
  • Teknik Marmet (menggunakan tangan) telah terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Pam cuma boleh memerah 60-70% susu tetapi teknik Marmet dapat mengoptimumkan pengumpulan ke 100%. 

8. Menyusu/mengepam lebih lama

  • Biarkan bayi menyusu sehingga puas di satu payudara sebelum menawarkan paudara yang sebelah lagi. Ini memberi peluang bayi mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk) berbanding foremilk yang hanya memenuhkan perut tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Berikan masa 15-20 minit untuk setiap payudara sewaktu mengepam. Pastikan payudara benar-benar kosong bagi merangsang otak menghasilkan susu lagi.
9. Penyusuan malam
  • Menyusukan bayi pada waktu malam dapat merangsang peningkatan susu. Bayi dan ibu lebih relaks jadi bayi boleh menyusu lebih kerap dan lama. 
  • Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang berfungsi merangsang penghasilan lebih banyak susu.
10. Urutan
  • Urutan payudara yang betul dapat membantu susu mengalir dengan lancar terutamanya ketika bengkak susu ataupun sakit puting.
  • Boleh juga menuam payudara dengan tuala yang direndam di dalam air suam.
11. Pengambilan supplement.



SET MENYUSU SHAKLEE






Sekian perkongsian saya, kepada yang berminat untuk mendapat Set Menyusu Shaklee boleh hubungi saya di 017-6754324

0 comments:

Post a Comment