Wednesday, April 15, 2015

Keguguran....fahami punca dan cara mengelakkannya!!

Saya pernah mengalami pendarahan kecil semasa mengandungkan Amelia dan Tuah. Amelia sewaktu kandungan saya 20 minggu manakala Tuah sewaktu kandungan saya 9 minggu. Allah saja yang tahu betapa takutnya saya pada waktu itu. Suami turut risau, segera membawa saya ke hospital. Alhamdulillah disebalik kejadian itu, kedua-dua anak saya selamat dilahirkan.



Ibu yang mengalami keguguran pasti tertanya-tanya, mengapa itu terjadi kepada mereka terutamanya jika ia kandungan pertama atau keguguran kerap berlaku. Keguguran di peringkat awal adalah fenomena yang berlaku secara rawak. Doktor akan menasihati mana-mana wanita yang ingin hamil untuk mengambil asid folik setiap hari selama 3 bulan sebelum hamil.

Berikut adalah antara faktor berlakunya keguguran:

1. Masalah genetik janin
Janin yang tidak sempurna dari segi genetik akan gugur secara spontan. Keadaan ini tiada kaitan dengan genetik ibu dan bapanya.

2. Masalah kesihatan ibu
Contohnya tiroid, kencing manis dan penyakit auto-immune. Golongan ini sering mengalami keguguran dan perlu bantuan pakar perubatan sebelum hamil.

3. Masalah rahim dan serviks yang lemah
Biasanya boleh menyebabkan keguguran janin yang berumur lebih dari 3 bulan.

4. Kekurangan hormon
Contohnya hormon progesteron. Ia dipercayai boleh menyebabkan kandungan tidak dan senang berdarah seterusnya keguguran. 

Pendarahan di awal kehamilan
Ibu hamil yang mengalami pendarahan sebelum usia kandungan 20 minggu perlu berwaspada. Walaupun pendarahan tidak semestinya tanda keguguran, tetapi pendarahan berlaku sewaktu kehamilan adalah tidak normal. Jika berlaku sebelum usia kandungan 20 minggu, ia dikenali sebagai threatened miscarriage.

Pendarahan berlaku pelbagai warna, kehitaman, coklat atau berwarna merah gelap/merah darah. Jika pendarahan dan kesakitan berlaku serentak, besar kemungkinan kandungan akan gugur.

Mengelak keguguran 
  • Menjalani ujian darah untuk Hb, ujian kumpulan darah dan rhesus.
  • Menggalakkan bed rest (walau bagaimanapun kelebihan bed rest masih belum-belum benar terbukti membantu mengelakkan keguguran)
  • Mengelakkan hubungan seksual
  • Kadangkala doktor akan memberi pil hormon kepada pesakit kerana terdapat teori mengatakan salah satu sebab threatened miscarriage adalah kekurangan hormon progesteron
Bagi mereka yang masih tercari-cari supplement pilihan untuk kehamilan, berikut saya syorkan:



Azliyani
017.675.4324
Shaklee Independent Distributor
FB: Azliyani Ajwad

0 comments:

Post a Comment