Thursday, April 16, 2015

Makanan semulajadi penggalak susu..

Banyak petua orang tua-tua yang kita dengar untuk banyakkan susu badan ni termasuklah dari sumber makanan kita. Jiran saya sendiri mengamalkan meminum air rebusan longan kering dan kurma merah. Memang saya nampak berkesanlah petua tu untuk dia sebab sampai sekarang dia masih menyusukan ketiga-tiga orang anaknya huhu..



Ok, itu cerita jiran saya. Kita macam mana plak??Well saya sendiri dulu memang mengamalkan milk booster Shaklee iaitu ESP dan Alfalfa Complex, alhamdulillah susu banyak. Bab-bab makan ni saya kurang beri penekanan, main konsep hentam kromo semua makan kecuali makanan berangin sebab takut anak kembung..



Apa pun kat sini saya kongsikan hasil pembacaan saya mengenai makanan/sayuran yang dipercayai dapat menggalakkan penghasilan susu. Hopefully bermanfaat, ibu-ibu boleh amalkan milk booster pilihan ditambah dengan diet berikut:

Lobak putih


Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis. Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.

Buah longan kering


Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli. Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.

Kurma


Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya protein, serta. glukosa, vitamin A, vitamin C, natrium dan kalium. Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu.

Pucuk betik @ betik muda


Boleh diamakan mentah atau direbus dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.

Halba /fenugreek


Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya. Boleh juga diltak di dalam masakan seperti nasi, sup atau kari.

Habbatus sauda/Jintan hitam/Balck seed


Lagi satu makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah. Boleh juga didapati dalam bentuk kapsul.

Moringa/murunggai/pokok kelor


Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak atau pun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.

Jantung pisang


Boleh dicelur dan dimakan sebagai ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.

Daun cekur manis/pucuk manis


Sedap dimasak gulai lemak seperti jantung pisang.

Kacang soya


Ini termasuklah air soya, tempe dan tauhu. Pastikan sumber soya anda dari non-GMO soya seperti ESP. Nak selamat sila la ambil ESP sebab ESP dihasilakan dari sumber kacang soya semulajadi yang tidak diubah suai genetiknya. 

Selain pengambilan makanan di atas, ibu menyusu juga disarankan untuk:
  • Kerap minum air supaya tidak mengalami kekurang air dalam badan yang membawa kepada kurangnya penghasilan susu ibu. Disarankan mengambil sekurang-kurangnya 3 liter air sehari.
  • Pastikan pengambilan makanan seimbang seperti yang disarankan dalam piramid makanan, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan demi menjaga kesihatan diri dan anak yang disusui.
  • Sentiasa berfikiran positif bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan stress dan tekanan yang memberi kesan negati terhadap penghasilan susu. Ketenangan dan keyakinan diri InsyaAllah memberi kesan positif kepada diri.
  • Memahami dan mempraktikkan konsep demand vs supply. Kekerapan menyusu dan mengepam susu akan menghantar signal kepada tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu. Pastikan sesi mengepam adalah konsisten, kerap kosongkan payudara, sebaiknya setiap 2-3 jam terutamanya semasa bayi tiada bersama.
  • Amalkan zikir Ya Maatin, selawat dan sentiasa berdoa agar penyusuan eksklusif sehingga anak berusia 2 tahun berjaya
Azliyani
017.675.4324
Shaklee Independent Distributor
FB: Azliyani Ajwad

0 comments:

Post a Comment