Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Tuesday, September 1, 2015

Kenapa saya memilih untuk ambik supplement??

Simple jer..sebab saya nak sihat sokmo untuk diri sendiri, suami dan anak2..bunyi macam cliche sangat kan hehe..tapi memang betul la..

Saya ada 3 orang anak..yang sulung 6 tahun, yang tengah 4 tahun n yang bongsu setahun setengah..so paham2 sendirilah yer betapa hecticnya menguruskan rumah tangga dengan 3 anak kecik yang kita marah/tegur jangan sepah rumah ibarat mencurah air ke daun keladi haha..


Saya bekerja sendiri dengan husband..tapi sama jer macam orang yang makan gaji, kitorang kluar umah 7 pagi balik 6 petang..nature bisnes yang memerlukan komitment penuh..memang tak dinafikan saya just buat keje ofis, admin mostly..submit report, finance (sket2), prepare untuk audit etc..tapi bagi mereka yang duduk mengadap pc jer sepanjang hari mesti paham keletihan saya huhu..

Anak2 plak saya hantar ke taska, dulu masa yang baby tu umur bawah 8 bulan saya usung ke ofis..jaga sendiri..tapi bila dah besar sket, dah banyak akal..memang dah takleh commit keje sambil jaga anak..fuhh..rasa macam baik dok umah jer haha..

Sebelum ada anak kalau demam or selsema kebanyakan kita ibu2 mesti layankan jer sakit kita tu kan..pegi klinik, dapat MC then balik tido berselimut sampai sihat..betul tak??Lepas ada anak??Macam takleh jer kan..

Ini bukan kes suami taknak tolong ker, malas ker..tugas sebagai ibu memang takde break..anak2 perlukan kita..nak dukung, nak susu, nak tido..belaian ibu tak sama dengan orang lain..

Plus bila dah jadi isteri, ibu ni memang kalau demam pun akan gagahkan jugak bangun urus umah, suami and anak2..entah mana dapat tenaga haha..kelebihan Allah bagi kat seorang bergelar perempuan..syukur Alhamdulillah..

Disebabkan faktor2 inilah saya memilih untuk mengambil supplement. Bukan kata makan supplement takkan sakit, ianya adalah satu ikhtiar kita supaya kalau kita sakit pun, cepat baik..tak melarat..

Percayalah..saya dulu pun macam korang semua jugak..liat nak amek supplement ni..masa tu mentaliti saya is "alah aku sihat jer, tak amek vitamin pun ok jer.."

Tapi keadaan persekitaran dan demand orang tersayang telah mengubah persepsi saya..

Saya pernah ada pengalaman on strict medication beberapa tahun yang lalu akibat masalah kesihatan..Dek kerana effect ubat yang terlalu kuat, saya jadi sangat lembik, muntah2, pening..nak jalan kat mall pun tak larat..berbulan gak la macam tu..time tu tak kenal lagi Shaklee so just amek supplement dari doktor..Alhamdulillah masa tu masih single..takde tanggungjawab..memang bergantung sepenuhnya pada mak dan ayah..Allah sayang betul kat saya!!!Bayangkan kalau dah ada anak time tu..oh beratnya dugaan..

Oleh itu saya berazam untuk usaha elak lalui keadaan tu lagi, tambahan pulak ada 3 orang anak yang memerlukan saya..sangat penting jaga kesihatan..amalkan cara hidup sihat..tawakkal, doa dan usaha..

Ikhlas,
Yani


Continue Reading

Friday, August 28, 2015

Vitamin C: expensive pee & poo..

Suatu isu yang diutarakan kepada saya secara tidak langsung berikutan post saya di FB mengenai Vitamin C oleh seorang kenalan lama..

Well..she was right about her statement of expensive pee n poo sebab Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air dimana sekiranya diambil secara berlebihan akan dikeluarkan oleh tubuh kita mostly melalui kencing..


Sebab tu saya sering highlight kelebihan Shaklee punyer Vitamin C yang diformulakan supaya dilepaskan secara berperingkat di dalam badan untuk tempoh 5 jam selepas pengambilan..hence the name Sustained Release Vitamin C..

Kiranya team scientist Shaklee sendiri dah sangat aware pasal isu ni and diorang pun buat la supaya Vitamin C diorang lebih istimewa berbanding jenama lain..value for money la katakan..

Mungkin sahabat saya ni terlepas pandang sharing saya pasal ni..hehe..tu la..banyak sangat share sampai orang sekeliling pun terlepas pandang hihi..

Isu kedua yang diutarakan is taking excessive nutrient..wouldn't it harm the body??Salah satu keburukan pengambilan Vitamin C secara berlebihan is diarhea aka cirit birit..

Sebab tu saya pesan fahami keperluan diri..jangan ikut orang..untuk tujuan maintaining health, cukuplah diambil sebijik sehari..

Tetapi apabila kita berasa tidak sehat, demam contohnya..boleh la ditambah dos Vitamin C yang diambil..sebab masa ni badan kita perlukan all the nutrient it can get untuk proses penyembuhan..bila dah sihat back to normal routine..

Kena bijak jugak bila tambahkan dos ni..consult distributor anda..memang tanggungjawab diorang pun nak guide cara pengambilan yang betul..

Hopefully explanation saya ni membantu pemamahaman anda..selamat berShaklee!!
Yani
017.675.4324
Continue Reading

Wednesday, August 26, 2015

Fahami simptom serangan jantung..

Doktor akan mengesyaki seorang individu itu mengalami serangan sakit jantung apabila beliau mengalami rasa sakit pada dada sebelah kiri, mengalami jantung berdebar, dan mengalami rasa sukar bernafas.


Namun ada kalanya juga, serangan sakit jantung boleh memberikan tanda yang tidak disangkakan.

Antaranya:

1. Sakit dada tidak di sebelah kiri: Kadang-kadang sakit itu tidak berada di sebelah kiri, tetapi di sebelah kanan, tengah, atau di bahagian atas abdomen.



2. Tiada rasa sakit dada: Sesetengah orang tidak sakit sama sekali; sebaliknya mereka hanya mengalami rasa sesak nafas. Satu kajian menunjukkan bahawa hampir 1/3 daripada orang yang mempunyai serangan jantung tidak mempunyai kesakitan.

3. Rasa sakit tajam menyucuk: Sesetengah mengalami sakit yang menyucuk di bahagian dada, seperti dicucuk oleh jarum.

Ada kes dimana seorang pesakit yang mengadu mengalami "rasa sejuk di dada" setiap kali dia menarik nafas. Apabila melakukan pemeriksaan, disahkan mengalami serangan sakit jantung.

Sumber: FB Dr Zubaidi Hj Ahmad
Continue Reading

Wednesday, August 12, 2015

Lecithin Shaklee Bantu Atasi Bengkak Susu.

Bengkak susu?? herm.. sakit mendengarnya, apa lagi menanggungnya... Sebenarnya bengkak susu adalah tanda positif yang payu dara menghasilkan susu untuk bayi. Biasanya bengkak ini akan terjadi pada waktu tengah malam hingga subuh. Namun ada juga yang terjadi pada waktu siang (mungkin kerana, tidak menyusukan bayi dengan secukupnya, atau terlupa / melengahkan waktu mengepam susu.. Bagi ibu yang bekerja, amalan mengepam susu seharusnya membantu mengurangkan bengkak susu..



Kenapa terjadinya bengkak susu??
Antara faktor yang meningkatkan terjadinya bengkak susu adalah pengaliran susu yang terganggu atau pengeluaran susu yang tidak lancar. Kenalpasti adakah adakan proses pelekapan dan posisi penyusuan tepat atau tidak??Insyaallah dengan mengenalpasti punca berlakunya bengkak susu, masalah ini akan dapat diatasi dengan lebih berkesan. Susu yang terkumpul haruslah dikeluarkan dan pastikan aliran susu tidak terganggu. 

Bagaimana Lecithin Shaklee bantu atasi bengkak susu??



Menurut kajian, Lecithin bertindak dengan mengurangkan kelikatan/kelekitan susu dengan meningkatkan peratusan asid lemak politaktepu dalam susu. 

"Lecithin adalah pengemulsi (yang digunakan untuk menyimpan lemak/minyak tersebar dan disuspensi: molekul phospholipid mengandungi unsur-unsur hidrofobik dan hidrofilik di mana bahagian hidrofobik mempunyai pertalian untuk lemak dan minyak manakala bahagian hidrofilik mempunyai pertalian untuk air."




Kat bawah ni saya kongsikan kandungan lemak di dalam susu ibu:



Kesimpulannya, Lecithin dapat mengurangkan tahap kelikatan susu ibu supaya pengaliran lebih lancar justeru mengelak masalah tersumbat atau bengkak susu.

Selain mengamalkan Lecithin, apa kata jika kita cuba beberapa tip dan petua untuk kurangkan bengkak susu ini. Saya sertakan 10 tip dan petua yang sama-sama kita boleh cuba.. Insyallah, dapat membantu :D

1. Bra sokongan . Pastikan kita mengenakan bra menyusu yang dapat menyokong payu dara pada waktu malam. Jangan terlalu longgar atau terlalu ketat ya.. 

2. Susukan bayi dengan kerap, selang 2 - 3 jam sekali. Kalau baby tidur, tidak salah untuk mengejutkan bayi agar menyusu... ya, memang macam kepenatan pada waktu malam untuk bangun menyusu, tetapi ia lebih baik daripada terjadinya bengkak susu kan... :D Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara.. (mulakan dengan sebelah - hisap hingga habis, dan beralihlah ke sebelah lagi) .. untuk penyusuan berikutnya, mulakan dengan penyusuan pada sebelah yang terakhir.. pastikan seimbang yea..

3. Jika bengkak, mungkin bayi agak susah untuk menyusu dengan betul, lekapan pada areola mungkin sukar.. jadi cuba perah dengan tangan / pam susu perlahan-lahan agar areola menjadi sedikit lembut. Dengan itu, bayi lebih mudah untuk melekap dan menyusu dengan betul..

4. Boleh juga menggunakan tuala yang di tuam dengan air panas.. Air panas merangsang pengeluaran susu. Tuam tuala tadi di dada.. Atau boleh juga mandi air suam.. Insyallah, boleh.. saya selalu juga tuam / mandi air suam kita saya alami bengkak susu..

5. Ketika baby tengah menyusu, apa kata kalau kita urut payu dara yang di hisap baby tadi perlahan-lahan, ianya akan membantu pengeluaran susu.. ia akan melancarkan pengeluaran susu sekaligus mengurangkan bengkak susu itu sendiri..

6. Jika payu dara terlalu penuh, apa kata pam ia secepat yang mungkin. Jangan tunggu hingga ia mula membengkak... bagus juga menyepam ni.. boleh tambahkan stok susu kita :D.. Susu yang berlebihan, tidak memudaratkan jika kita pam ia keluar.. malah ia akan menyihatkan kita.. kan dah terhindar dari bengkak :).. yang penting untuk kita tahu, penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika ibu mengepam lebih daripada keperluan bayi.. atau juga ibu bekerja.. jadi sebab itu baik untuk kita sediakan jadual mengepam yang konsisten..

7. Gunakan sikat.. ye sikat rambut.. ya sikat rambut.. hehehe.. betul ni, bukan lawak-lawak tau.. Sikat perlahan-lahan payu dara kita dari arah atas hingga ke puting, berulang-ulang.. Insyallah, aliran susu kita akan lancar semula..

8. Daun kubis pun boleh membantu.. ambik kubis dan tekup pada payu dara yang membengkak tu.. daun kubis ni bagus kerana ia agak sejuk.. tapi cara ini buat sekali sekala sahaja kerana kubis tidak bagus digunakan untuk setiap kali bengkak susu.. ia boleh sebabkan SUSU kita menjadi KERING..

9. Ambil cuka makan dan campurkan dalam mangkuk.. ambik kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. sapu sekeliling sahaja ye, hindarkan dari terkena puting. Sapu setiap kali bengkak hingga ia sembuh

10. Daun sirih dan minyak zaitun pun boleh kurangkan bengkak susu tau.. banyak khasiat daun sirih ni..ambil daun sirih, layur pada permukaan panas, macam kita layurkan daun pisang tu.. opps lupa pula, sapukan minyak zaitun pada daun sirih sebelum dilayur.. apabila daun tersebut sudah suam-suam panas, tekuplah pada payu dara yang membengkak tu... ianya sangat-sangat membantu melancarkan semula pengeluaran susu dan mengurangkan rasa sakit akibat bengkak..

Akhir sekali, jika sudah tidak tertahan sakitnya, teruslah berjumpa doktor.. kalau nak tahu, ada juga bengkak yang sampai tahap perlu dibedah untuk mengeluarkan susu yang berbaki.. ada juga yang terpaksa mengambil ubat untuk menghentikan pengeluaran susu.

Jadi nasihat saya, mungkin kepada ibu yang baru.. jika terjadinya bengkak susu, jangan dibiarkan yea.. jagalah kesihatan diri.. jika boleh, setkan lah masa untuk mengepam susu..

Ikhlas,
Yani
017.675.4324
Continue Reading

Friday, May 1, 2015

Kenapa kena ambil Vitamin C dalam diet seharian??

Vitamin C amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?



Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. 
Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. 
Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

Detoksifikasi.
Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). 
Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka.

Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.



Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. 

Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.

KEISTIMEWAAN VITAMIN C SHAKLEE



Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:

  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah 
Semoga perkongsian ini bermanfaat,
Yani
017.675.4324
Shaklee Independent Distributor
FB: Azliyani Ajwad
Continue Reading

Thursday, April 23, 2015

Keperluan nutrisi ibu hamil dan ibu menyusu..

Nutrisi yang baik memainkan peranan penting dalam proses kehamilan dan bayi yang bakal lahir. Dalam tempoh kehamilan dan penyusuan susu ibu, tubuh memerlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan bayi dan juga ibu. 



Di sini terdapat beberapa nutrisi penting yang diperlukan bagi menyokong kehamilan dan penyusuan susu ibu yang sihat.

Protein 



Diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelasnya, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.

Asid Folik
Pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.

Kalsium 
Kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.

Asid Lemak Omega-3 
Juga dikenali sebagai DHA yang diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi. Ikan laut dalam(Coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri, kayan dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada 2 bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, suplemen ultra-tulen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya.


Berikut merupakan cadangan pengambilan suplemen Shaklee untuk nutrisi kehamilan dan penyusuan susu ibu yg sihat:




Rendah lemak, bukan GMO dan protein biologi lengkap yang mengandungi kesemua sembilan asid amino penting.

Lengkap serta suplemen kalsium yang terbukti secara saintifik mempunyai penyerapan yang lebih baik dan tablet yang mudah ditelan.



Memberikan kesemua khasiat 8 vitamin B dengan sistem penyerapan bioaktif yang membantu penyerapan dan bioketersediaan asid folik.



Menawarkan spektrum penuh asid lemak omega-3 bergred tinggi yang selamat di makan. Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

Semoga perkongsian ini bermanfaat,
Yani
017.675.4324
Shaklee Independent Distributor
FB: Azliyani Ajwad
Continue Reading

Saturday, April 4, 2015

Ikhtiar untuk demam panas..



Untuk orang dewasa dan kanak-kanak, ikhtiar kita kepada orang yang demam, dengan izin Allah..

1. Ambil sebotol air (dibuka penutupnya)
2. Diri dalam keadaan suci dan berwudhuk
3. Baca Al-Fatihah satu kali
4. Baca selawat 3 kali
5. Baca ayat 58 Surah Yasin "Salamun qawlan min rabbi raheem" 11 kali atau seikhlas hati
6. Berdoa agar disembuhkan
7. Tiup pada air

Beri minum pada orang yang demam. Sambil berselawat, renjis-renjis dan sapukan air ke seluruh tubuh. Mula dari kaki kanan dan terus ke atas bahu hingga ke tangan kanan, seterusnya kaki kiri dan terus ke atas bahu hingga ke tangan kiri, akhir sekali di sebelah belakang dan seluruh kepala. Ulang 3 kali atau lebih.



Pesanan: Ubat doktor jangan ditinggalkan.

Sumber: Perubatan Syifa Al-Ikhlas

SET KESIHATAN ASAS DEWASA





SET KESIHATAN ASAS KANAK-KANAK






Azliyani
017.675.4324
Shaklee Independent Distributor
FB: Azliyani Ajwad

Continue Reading

Friday, April 3, 2015

Tips banyakkan susu ibu..

Kunci kejayaan kepada penyusuan susu ibu memang memerlukan komitment dari para ibu. Di sini saya kongsikan beberapa tips berguna untuk panduan para ibu dalam usaha menjayakan misi menyusukan anakanda tercinta sehingga umur 2 tahun..



1. Kerapkan menyusu/mengepam

  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan bayi untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika bayi tidur lebih dari 4 - 5 jam
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti, Susukan bayi dan kemusian sambung semula sesi pemerahan susu
  • Percaya pada konsep supply and demand. Semakin kerap kosongkan payudara, semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan pada ketika ini.
2. Jangan tunggu payudara penuh
  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!!
  • Yakinlah bahawa payudara sentisa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum air banyak

  • Pastikan anda minum air banyak sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.
4. Fikir bayi, fikir susu
  • Ketika meyusu belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Cara ini akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. 
  • Masa nak mengepam, lihatlah gambar anak sambil berselawat dan berzikir Ya Mattin
5. Berdisiplin

  • Jangan sesekali ponteng sesi pemerahan. Bila hujung minggu walaupun bersama bayi, teruskan mengepam untuk membuat stok
6. Tandum pumping
  • Latih diri untuk menyusukan bayi dan memerah susu menggunakan pam elektrik serentak.
7. Teknik Marmet
  • Teknik Marmet (menggunakan tangan) telah terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Pam cuma boleh memerah 60-70% susu tetapi teknik Marmet dapat mengoptimumkan pengumpulan ke 100%. 

8. Menyusu/mengepam lebih lama

  • Biarkan bayi menyusu sehingga puas di satu payudara sebelum menawarkan paudara yang sebelah lagi. Ini memberi peluang bayi mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk) berbanding foremilk yang hanya memenuhkan perut tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Berikan masa 15-20 minit untuk setiap payudara sewaktu mengepam. Pastikan payudara benar-benar kosong bagi merangsang otak menghasilkan susu lagi.
9. Penyusuan malam
  • Menyusukan bayi pada waktu malam dapat merangsang peningkatan susu. Bayi dan ibu lebih relaks jadi bayi boleh menyusu lebih kerap dan lama. 
  • Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang berfungsi merangsang penghasilan lebih banyak susu.
10. Urutan
  • Urutan payudara yang betul dapat membantu susu mengalir dengan lancar terutamanya ketika bengkak susu ataupun sakit puting.
  • Boleh juga menuam payudara dengan tuala yang direndam di dalam air suam.
11. Pengambilan supplement.



SET MENYUSU SHAKLEE






Sekian perkongsian saya, kepada yang berminat untuk mendapat Set Menyusu Shaklee boleh hubungi saya di 017-6754324

Continue Reading

Friday, October 31, 2014

Ya Shaklee adalah MLM tapi kenapa ianya lebih baik?

Pengalaman pertama saya dalam bisnes MLM adalah melalui penglibatan suami saya sendiri. Terus terang masa tu dalam kepala saya ialah dua benda iaitu mahal dan rugi sebab saya tak nampak kejayaan yang boleh dicapai dengan produk tu. Biasalah nak join kena beli produk tapi Masyallah mahalnya produk tu sampai ribu-ribu harga dia. Tapi entah kenapa suami still decide nak teruskan jugak so saya pun pasrah jer (walaupun dalam hati serius tak paham). Mungkin sebab tak nak hampakan seorang sahabat so my husband join..baik kan?haha..makan diri!!!

And as expected bisnes MLM tu tak ke mana..mungkin mostly sebab malas tapi bagi saya apabila sesuatu produk yang tidak dapat kita nak justify its use and benefit in daily life plus mahal plak tu then memang susah la nak berjaya.Nak approach orang pun segan, seriously!!!..akhirnya penglibatan suami dalam bisnes tu terhenti di situ. Produk yang harga ribu-ribu tu pun entah ke mana..pengajaran untuk saya, untuk kita semua..jangan mudah terpedaya, know the product, know its prospect then baru libatkan diri..Kalau kita rasa berguna untuk kita, sesuai, bermanfaat hen barulah produk tu memberi manfaat yang sama pada orang lain.

Disebabkan kes tu saya jadi fobia bila dengar bisnes MLM ni. Saya rasa majoriti kita pun mesti fikir MLM adalah satu bentuk bisnes yang mempraktikkan skim piramid yang at the end of the day menganiaya downline. Betul tak?Kalau jadi upline, sentiasa kaya, kalu jadi downline then sampai bila-bila akan menyumbang kepada upline. And with some MLM, sekadar register orang dah dapat imbuhan..dengar macam senang, mudah tapi hakikatnya cara ni tak ke mana..short term but definitely not long term..

Walaupun disebalik pengalaman pahit dan pemahaman am saya mengenai bisnes MLM, saya still join SHAKLEE. Satu jenama perniagaan yang dikenali di selurh dunia yang turut mempraktikkan bisnes MLM. Ada nenek, mak, anak, cucu..just exactly the same..kalau saya kata sama, then kenapa saya still join jugak??!!Lets find out why..

Jujur saya katakan saya join Shaklee atas 2 sebab iaitu saya suka pada produknya dan apabila dikaji sistem MLM Shaklee, alhamdulillah ianya adalah sistem MLM yang sangat adil. Produk Shaklee yang dikenali lebih 60 tahun adalah sangat berkualiti dan telah melalui penyelidikan intensif. Sains Shaklee menjamin produknya Selamat, Berkesan dan Mesra Alam.

Sistem MLM Shaklee yang adil ini memerlukan setiap peringkat upline ataupun downline untuk bekerja keras. Sebab walaupun upline tapi malas buat sales maka memang tak ke mana la jawabnya. Bisnes MLM Shaklee adalah berdasarkan sales. Walaupun anak cucu dah beratus tapi gagal buat sales then memang habuk pun takde. Motivasinya di sini ialah takkan setakat nak tengok jer orang lain berjaya, takkan kita nak nganga melopong jer..kena bangun, kena usaha untuk sama-sama berjaya..Kejayaan ramai orang telah terbukti melalu Shaklee..tepuk dada tanya minda!!!

Berikut saya senaraikan antara perkara anda perlu tahu tentang Shaklee:

  • Supplement Shaklee ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan. Sebagai contoh sebotol Vita-Lea Complex yang mengandungi 120 biji dijual pada harga RM88.75 iaitu bersamaan dengan 74 sen sebiji untuk pengambilan selama lebih kurang 4 bulan. Murahkan?? Kalau harga ahli takyah cakap la, definitely lagi murah.



  • Setiap produk Shaklee telah mendapat sijil Halal. InsyaAllah tiada barangan berstatus haram dalam produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia. Pembelian dan penggunaan adalah atas kerelaan pengguna.

  • Komisyen bulanan untuk ahli untuk setiap wakil Shaklee sama ada upline atau pun downline adalah jelas iaitu berdasarkan nilai produk yang berjaya dijual. Definitely tiada komisyen tanpa usaha, tanpa sales tidak kira di mana kedudukan anda dalam sistem MLM Shaklee. Setiap wakil Shaklee ditekankan untuk menitikberatkan hasil jualan dan kualiti berbanding kuantiti downline.
  • Shaklee adalah sebuah bisnes yang menumpukan kepada perniagaan penjualan produk serta perkhidmatan dan semestinya bukan permainan wang (money game)
  • Setiap upline harus berusaha membantu meningkatkan sales downline dengan cara membimbing, mengadakan perjumpaan, memberi taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang, tak ubah seperti seorang ketua mengendalikan syarikatnya. Ini adalah penting bagi melayakkan upline tersebut menerima komisyen dari sudut Syariah, dan bukan terjerumus kepada keraguan syubhah. Islam melarang sama sekali keuntungan dalam perniagaan yang diperoleh tanpa usaha. 
  • Sistem Shaklee adalah "siapa kerja lebih, dia dapat lebih". Oleh kerana inilah tidak mustahil downline menjana pendapatan lebih besar dan naik 'pangkat' lebih cepat daripada upline. Menjadi upline tidak menjamin kekayaan atau keuntungan seseorang. 
  • Shaklee menyediakan starter kit yang mengandungi buku manual pemasaran dan etika perniagaan kepada setiap ahli baru. Setiap terma dan syarat yang tertakluk adalah tetap dan sekiranya terdapat tawaran baru, pihak Shaklee akan mengeluarkan risalah, surat pekeliling dan majlis penjelasan akan diadakan. Sistem komisyen Shaklee adalah telus, mudah difahami dan boleh dipantau oleh setiap ahli dengan jelas bagi mengelakkan penipuan. 


Kesimpulannya di sini, Shaklee boleh membantu anda menjana kewangan anda, membantu memperbaiki kesihatan dan kehidupan anda serta keluarga dan orang sekeliling. So renung-renungkan, fikir-fikirkan..

Notakaki: Shaklee bukan skim cepat kaya tapi jual Shaklee (bersungguh-sungguh) memang boleh kaya!!!

Berminat??
Yani
017.675.4324
Continue Reading

Thursday, September 18, 2014

Kenapa Shaklee??

Kenapa tidak???!!!

Shaklee telah berulang kali membantu saya..bagaimana??

1. Pengambilan supplement Shaklee membantu menambah baik taraf kesihatan keluarga saya
  • Alfalfa membantu masalah keputihan saya
  • VIVIX membantu masalah sakit belakang ibu saya
  • Nutriferon menambah ketahanan badan anak-anak saya
  • Chewable Vit C adalah kegemaran anak saya
  • VIVIX & Herbal Blend Cream membantu masalah tumit merekah 
  • Herbal Blend Cream membantu masalah kulit kering bayi saya
  • Mealshake membantu anak saudara saya pulih dari masalah asma
  • Vitamin E dan Vitamin C membantu memudarkan bintik hitam di muka saya
  • Ostematrix membantu ayah saya ke tandas
  • Pengambilan Alfalfa & ESP semasa dalam pantang menambah produktiviti susu badan saya
  • VIVIX membantu nenda mertua saya pulih dari masalah gout yang dialaminya sejak bertahun lama
  • Shampoo & conditioner Shaklee membantu masalah kelemumur suami saya
2. Shaklee menawarkan harga belian yang lebih murah kepada ahli-ahlinya

Memandangkan saya kerap membuat pembelian produk Shaklee, adalah lebih menjimatkan sekiranya saya menjadi ahli..bak kata org "Mengapa bayar lebih??"

3. Shaklee memberi bonus bulanan kepada saya

Di samping dapat membuat penjimatan untuk pembelian produk Shaklee, saya juga turut mendapat bonus berdasarkan UV saya..berapa?apa itu UV??hah..apa tunggu lagi??get in touch dengan saya dan saya akan terangkan semuanya..

4. Shaklee mengeratkan silaturrahim dan meluaskan networking saya

Untungnya menyertai Shaklee adalah anda akan menyertai group Shaklee yang terdiri dari mereka-meraka yang berpengalaman dan berjaya dengan produk ini. Segala tunjuk ajar, nasihat, perkongsian akan diperoleh melalui group ini.

5. Group Shaklee saya memberi bimbingan perniagaan, keagamaan, nasihat serta teladan

Alhamdulillah..group Shaklee saya bukan sahaja membimbing dalam menjadi usahawan Shaklee yang berjaya malah mereka turut memberi penekanan tentang kepentingan menyeimbangkan tuntutan duniawi dan akhirat. Benarlah rezeki akan datang dengan sendirinya jika kita mendekatkan diri dengan yang Maha Pencipta.

6. Urusniaga bersama Shaklee di hujung jari

Yang paling senang tentang pembelian supplement Shaklee adalah semuanya boleh dibuat melalui online. Dengan charge sebanyak RM10 untuk penghantaran, order anda akan sampai di depan pintu dalam tempoh masa terdekat.


Saya telah memilih. Anda bagaimana?? Dengan izin Allah, dengan berkat usaha, doa dan tawakkal kejayaan adalah milik kita bersama.

Hubungi saya,
Azliyani
017.675.4342

Continue Reading