Tuesday, May 12, 2015

Manfaat Shaklee Omega Guard..

Saya pasti ramai yang ingin tahu dengan lebih lanjut apa itu asid lemak Omega 3 dan manfaatnya selain menyokong fungsi otak untuk kanak-kanak..Jadi JOM BACA ni...



Omega 3 adalah asid lemak yang penting (EFA), dan tidak boleh diperbuat oleh badan kita. Kebanyakan orang tak mendapat cukup omega-3, dan orang yang dalam darahnya ada mengandungi trigliserida yang tinggi perlu lebih banyak omega-3. Asid lemak Omega-3 boleh didapati dalam minyak ikan dan tumbuhan tertentu. Minyak ikan mengandungi kedua-dua DHA dan EPA, manakala walnut, flaxseed, dan minyak zaitun mengandungi ALA. ALA ni akan diuraikan kepada EPA dan DHA, jadi ia bergantung pada tubuh juga… kalau enzim dalam badan tak berapa bagus, tak banyak lah ALA yang diuraikan. Haa… jangan taktau dalam Omega Guard Shaklee ada semua tu.. DHA, EPA, ALA…



EPA penting untuk kesihatan jantung dan sendi, manakala DHA adalah penting untuk perkembangan dan fungsi otak .

Faedah & kepentingan Omega-3

  • Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
  • Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya
  • Mengurangkan risiko strok
  • Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
  • Merendahkan tekanan darah
  • Mengurangkan kekakuan dan kelembutan sendi
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Omega-3 juga menyokong otak, visi, dan fungsi sendi yang sihat.

Mengapa Omega Guard Shaklee?



Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.

Siapa Yang Sesuai Mengambil Omega Guard?

  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
  • Lelaki
  • Warga Emas
  • Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes
  • Mereka yang mementingkan kehidupan sihat
Ok, tunggu apa lagi??Jom berOmega bersama saya!!!

Yani
017.675.4324
Shaklee Independent Distributor
FB: Azliyani Ajwad
Continue Reading

Monday, May 11, 2015

Vitamin B membantu hilangkan rasa kebas..


Vitamin B kompleks adalah penting untuk pelbagai fungsi tubuh manusia. Ia membantu dalam menukarkan tenaga dari glukosa yang kita makan, meningkatkan daya tahan dalam badan, dan sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.

Vitamin B12 termasuk dalam kumpulan vitamin B kompleks. Vitamin ini secara spesifiknya menukarkan methylmelonyl CoA kepada succinyl CoA dan asid methylmalonic (MMA). MMA ini merupakan struktur asas bagi pembentukan selaput pada saraf. Tanpa kehadiran vitamin B12, pembentukan selaput saraf tidak berlaku dan menyebabkan penghantaran isyarat oleh saraf akan terjejas.

Oleh itu pesakit yang mengalami rasa kebas selalu diberikan suplemen vitamin B kompleks atau vitamin B12 yang membantu membaiki selaput saraf hujung.


Apa kelebihan vitamin B complex Shaklee?

Shaklee menghasilkan B complex dengan teknologi berpaten yang ekslusif. HANYA PADA B COMPLEX SHAKLEE.

Selain lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , vitamin B Complex Shaklee dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten iaitu dikenali sebagai asid Folik, sejenis vitamin B yang tidak dapat diserap dengan mudah. Istimewanya B Complex shaklee, ia telah dihasilkan dengan suatu selaput asid folik yang unik untuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan.


Siapa sebenarnya yang perlu B complex?
Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang...
  • Terdedah kepada sinaran matahari
  • Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
  • Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
  • Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
  • Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
  • Mereka yang nak nampak cantik dan muda
  • Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
  • Wanita yang mengambil pil perancang
Semoga perkongsian ini bermanfaat..

Ikhlas,
Yani
017.675.4324
Shaklee Independent Distributor
FB: Azliyani Ajwad
Continue Reading

Friday, May 1, 2015

Kenapa kena ambil Vitamin C dalam diet seharian??

Vitamin C amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?



Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. 
Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. 
Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

Detoksifikasi.
Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). 
Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka.

Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.



Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. 

Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.

KEISTIMEWAAN VITAMIN C SHAKLEE



Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:

  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah 
Semoga perkongsian ini bermanfaat,
Yani
017.675.4324
Shaklee Independent Distributor
FB: Azliyani Ajwad
Continue Reading