Monday, April 6, 2015

Adakah bau darah haid/nifas anda normal??

Orang pompuan memang takleh lari dari ni, tiap-tiap bulan dia datang, lepas bersalin lagi lama. Oleh sebab itu kita kena ambil tahu pasal benda-benda gini. Penting untuk kita jaga sebab kalau tak jaga suami pun lari huhu..

Darah haid/nifas yang sihat perlu berbau besi karat. Sekiranya darah haid/nifas berbau busuk maka ini menunjukkan dalaman yang tidak sihat.

Berikut antara punca darah haid/nifas berbau busuk:

1. Sembelit
Seseorang yang sembelit bermaksud kotoran akan terkumpul dalam perut dan menghasilkan air busuk yang akan diserap oleh rahim menyebabkan faraj berbau busuk.

Bagi yang susah membuang boleh cuba amalkan Ostematrix atau pun Herblax dari Shaklee:




2. Pemakanan
Elakkan dari mengamalkan makan makanan dijerukkan, masam seperti ikan pekasam, ikan masin, ikan bilis..(bukan tak boleh tetapi jangan terlalu banyak)



3. Kebersihan
Jaga kebersihan faraj terutamanya ketika haid/nifas, kerap tukar pad (kalau boleh elakkan pad komersial dan gunakan pad berasaskan kain)

AMALAN KEBERSIHAN FARAJ
Gunakan air sireh dan inai untuk mencuci bahagian faraj terutamanya selepas haid/nifas. Kalau amalkan setiap hari lagi bagus!!




SET KESIHATAN WANITA SHAKLEE






Azliyani
017.675.4324
Shaklee Independent Distributor
FB: Azliyani Ajwad
         

Continue Reading

Sunday, April 5, 2015

Petua merawat demam denggi..



Sekiranya kita atau ada di antara ahli keluarga, rakan-rakan yang menghidap demam denggi, bolehlah dipraktikkan petua berikut:


  1. Minum air suam/air masak dengan banyak. Sekurang-kurangnya 3 liter sehari atau lebih
  2. Kisar buah kiwi segar dan minum airnya
  3. Masak sup ketam dan hirup kuahnya
  4. Kisar 11 hingga 21 biji kurma bersama segelas air suam. Minum setengah gelas pagi dan setengah gelas petang. Teruskan setiap hari sehingga sembuh.
  5. Minum jus jambu kerana jambu dapat melawan radikal bebas
  6. Kisar daun pegaga segar dan minum jusnya
  7. Makan tembikai merah..banyak-banyak..
  8. Minum jus daun betik yang matang (tumbuk daunnya dan perah untuk dapatkan jusnya), rasanya agak pahit


SUPPLEMENT SHAKLEE UNTUK DEMAM DENGGI






Azliyani
017.675.4324
Shaklee Independent Distributor
FB: Azliyani Ajwad
Continue Reading

Saturday, April 4, 2015

Ikhtiar untuk demam panas..



Untuk orang dewasa dan kanak-kanak, ikhtiar kita kepada orang yang demam, dengan izin Allah..

1. Ambil sebotol air (dibuka penutupnya)
2. Diri dalam keadaan suci dan berwudhuk
3. Baca Al-Fatihah satu kali
4. Baca selawat 3 kali
5. Baca ayat 58 Surah Yasin "Salamun qawlan min rabbi raheem" 11 kali atau seikhlas hati
6. Berdoa agar disembuhkan
7. Tiup pada air

Beri minum pada orang yang demam. Sambil berselawat, renjis-renjis dan sapukan air ke seluruh tubuh. Mula dari kaki kanan dan terus ke atas bahu hingga ke tangan kanan, seterusnya kaki kiri dan terus ke atas bahu hingga ke tangan kiri, akhir sekali di sebelah belakang dan seluruh kepala. Ulang 3 kali atau lebih.



Pesanan: Ubat doktor jangan ditinggalkan.

Sumber: Perubatan Syifa Al-Ikhlas

SET KESIHATAN ASAS DEWASA





SET KESIHATAN ASAS KANAK-KANAK






Azliyani
017.675.4324
Shaklee Independent Distributor
FB: Azliyani Ajwad

Continue Reading

Friday, April 3, 2015

Tips banyakkan susu ibu..

Kunci kejayaan kepada penyusuan susu ibu memang memerlukan komitment dari para ibu. Di sini saya kongsikan beberapa tips berguna untuk panduan para ibu dalam usaha menjayakan misi menyusukan anakanda tercinta sehingga umur 2 tahun..



1. Kerapkan menyusu/mengepam

  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan bayi untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika bayi tidur lebih dari 4 - 5 jam
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti, Susukan bayi dan kemusian sambung semula sesi pemerahan susu
  • Percaya pada konsep supply and demand. Semakin kerap kosongkan payudara, semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan pada ketika ini.
2. Jangan tunggu payudara penuh
  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!!
  • Yakinlah bahawa payudara sentisa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum air banyak

  • Pastikan anda minum air banyak sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.
4. Fikir bayi, fikir susu
  • Ketika meyusu belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Cara ini akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. 
  • Masa nak mengepam, lihatlah gambar anak sambil berselawat dan berzikir Ya Mattin
5. Berdisiplin

  • Jangan sesekali ponteng sesi pemerahan. Bila hujung minggu walaupun bersama bayi, teruskan mengepam untuk membuat stok
6. Tandum pumping
  • Latih diri untuk menyusukan bayi dan memerah susu menggunakan pam elektrik serentak.
7. Teknik Marmet
  • Teknik Marmet (menggunakan tangan) telah terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Pam cuma boleh memerah 60-70% susu tetapi teknik Marmet dapat mengoptimumkan pengumpulan ke 100%. 

8. Menyusu/mengepam lebih lama

  • Biarkan bayi menyusu sehingga puas di satu payudara sebelum menawarkan paudara yang sebelah lagi. Ini memberi peluang bayi mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk) berbanding foremilk yang hanya memenuhkan perut tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Berikan masa 15-20 minit untuk setiap payudara sewaktu mengepam. Pastikan payudara benar-benar kosong bagi merangsang otak menghasilkan susu lagi.
9. Penyusuan malam
  • Menyusukan bayi pada waktu malam dapat merangsang peningkatan susu. Bayi dan ibu lebih relaks jadi bayi boleh menyusu lebih kerap dan lama. 
  • Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang berfungsi merangsang penghasilan lebih banyak susu.
10. Urutan
  • Urutan payudara yang betul dapat membantu susu mengalir dengan lancar terutamanya ketika bengkak susu ataupun sakit puting.
  • Boleh juga menuam payudara dengan tuala yang direndam di dalam air suam.
11. Pengambilan supplement.



SET MENYUSU SHAKLEE






Sekian perkongsian saya, kepada yang berminat untuk mendapat Set Menyusu Shaklee boleh hubungi saya di 017-6754324

Continue Reading

Thursday, March 19, 2015

Tips mengurangkan dan merawat masalah jeragat

Pompuan mana tak menggelabah kalau muka dah start naik jeragat!!!Tengok cermin rasa nak menjerit, stress semua ada..rasa macam dah konsistent sapu krim siang malam bagai tapi jeragat tetap ada!!!Adoi la nak buat camne ni??!!!Masalah jeragat ni memang masalah sejagat haha..very common especially kat negara kita malaysia yang panas terik ni.



Antara faktor utama berlakunya jeragat ialah kulit muka sentiasa terdedah kepada cahaya matahari!!Faktor lain termasuklah:

  • genetik/keturunan
  • perubahan hormon
  • merokok - asap rokok mengandungi pelbagai toksin dan radikal bebas yang merosakkan kulit (walaupun anda tidak merokok tetapi sering terdedah kepada asap rokok)
  • ubat-ubatan tertentu
  • pekerjaan - selalu terdedah kepada matahari tengahari/petang, tukang masak yang terdedah kepada suhu tinggi lebih mudah mendapat jeragat
  • umur
  • jantina - wanita lebih mudah mendapat jeragat berbanding lelaki
Apa itu jeragat??
Jeragat disebabkan oleh sel kulit dari jenis melanosit yang menghasilkan lebihan pigment melanin yang melekat pada sel kulit menyebabkan warnanya menjadi lebih gelap. 

Penghasilan melanin ini menggunakan enzim tirosinase, oleh itu menghalang aktiviti enzim ini boleh mengurangkan masalah jeragat. 

Di sini saya kongsikan tips untuk mengurangkan dan merawat masalah jeragat,
  1. Elakkan berjemur atau terdedah kepada cahaya matahari yang terik pada tengahari dan petang
  2. Gunakan krim pelindung matahari (sekiranya keluar). Pilihlah krim pelindung matahari jenis tanpa minyak dan tidak menyebabkan jerawat dengan faktor kekuatan pelindung matahari 30, SPF30 (sekurang-kurangnya)
  3. Amalkan vitamin/makanan tambahan seperti vitamin C dan vitamin A dalm bentuk asid retinoik. 
  4. Tambahkan pengambilan makanan tambahan anti oksidan dari buah-buahan seperi buah beri, beri biru, beri hitam dan strawberi

ATASI JERAGAT DENGAN SHAKLEE

B-Complex
Penting untuk kestabilan hormon. Dapatkan secara tidak langsung mengurangkan stres yang menyebabkan terjadinya muka berjerawat dan jeragat.



Sustained Release Vitamin c
Penting untuk pembentukan kolagen. Pengambilan vitamin C konsisten membantu anda dapatkan kulit yang tampak lebih cerah, ianya juga melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasidan ini membantu mengurangkan kejadian jeragat.



Vitamin E Complex
Juga terkenal sebagai vitamin awet muda sebab ianya dapat membantu keseimbangan hormon dandapat mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Justeru itu penting untuk mereka yang bermasalah kulit berminyak dan berjeragat.



ESP
Sangat penting dalam penghasilan sel baru dan secara langsung mengurangkan kesan kulit matidan kekerapan kejadian jeragat. Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sukar dihilangkan. Akan tetapi insyaallah dengan mencukupkan kandungan protein dalam badan, dapatlah sel-sel baru dihasilkan sebelum kesan jeragat baru terjadi.


Kepada yang berminat boleh hubungi saya untuk sama-sama mengatasi masalah jeragat dengan Shaklee!!Saya dah, anda bila lagi??!!

017.675.4324
Continue Reading

Wednesday, March 11, 2015

Kebaikan dan kelebihan ESP..wajib baca!!!

Mari saya kongsikan apa yang BEST sangat pasal ESP Shaklee ni..Hopefully lepas baca ni lebih ramai akan memilih ESP dan jatuh cinta dengannya hehe..



Kebaikan dan kelebihan ESP

1. Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk mengelak kerapuhan tulang 
Kita orang pompuan kan lebih terdedah kepada risiko osteoporosis, so elok amalkan ESP sebagai langkah pencegahan

2. Memberi tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam 

3. Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan

4. Membantu mejadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/ awet muda kerana protein penting untuk kulit

5. Merangsang regenerasi otot dan kulit serta mengurangkan kedutan

6. Memberi ton warna kulit yang sekata

7. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus dan gebu

8. Mengandungi 9 amino asid yang penting untuk fungsi badan

9. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral

10. Rendah lemak tanpa kolesterol

11. Bertindak sebagai anti oksidan

12. Menguatkan sistem imun tubuh

13. Mempertingkatkan tahap kolesterol baik

14. Memelihara kesihatan jantung

15. Membaiki pigmentasi, masalah rambut seperti gugur, kedutan dan penuaan

16. Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan

17. Membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun

18. Mencegah migrain, insomnia dan tekanan

19. Baik untuk hormon kerana kacang soya kaya dengan isoflavones

20. Membantu merendahkan paras kolesterol

21. Membantu pembentukan sel-sel baru

22. Membantu mengurangkan simptom penyakit gastrik

23. Mempercepat pemulihan luka 

24. Sebagai milk booster, memekat susu badan

Saya mula-mula amalkan ESP ni masa pregnantkan anak ketiga, sebab doc advice saya suruh increasekan protein intake since my baby kecik. Alhamdulillah berkat konsisten amalkan ESP, Tuah lahir dengan berat 3kg (sedangkan kakak-kakak dia dulu merely 2.6kg). 

Then lepas bersalin teruskan jugak, bayangkan hari ketiga lepas bersalin saya dah boleh pam susu 3oz untuk Tuah. Susu memang pekat dan banyak. Punya banyak sampai Tuah pun tak abis minum, penuh freezer hehe.. Syukur alhamdulillah..lepas abis fasa kuning, saya tambahkan lagi Alfalfa, fuhh..memang penuh breast in few hours jer..memang kena practice konsep supply and demand tau nak achieve result ni huhu..

Bestkan??Jangan lupa hubungi saya untuk stok ESP anda hari ini!!!

017.675.

Continue Reading

Tuesday, March 10, 2015

Kenapa kena pilih soya ESP oleh Shaklee??



Berikut saya senaraikan 5 SEBAB kenapa saya dan anda semua kena pilih soya ESP:

1. ESP menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap dan menghasilkan isoflavone (ketahuilah bahawa proses mengekstrak isoflavone dari kacang soya bukanlah mudah tetapi Shaklee berjaya melakukannya)

2. ESP hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism)
Dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

3. ESP dibasuh dengan air
Dr Shaklee tahu bahawa dengan menggunakan teknik 'cold water extraction', kita akan memperoleh yang terbaik dari soya termasuklah komponen penting seperti phyto-estrogens yang mencegah kanser payudara dan kanser prostat di kalangan lelaki. Terdapat lebih 1500 kajian yang membuktikan kebaikan soya dan hanya 12 - 20 kajian negatif yang menunjukkan bahawa sekiranya soya diubah atau dirosakkan, hasilnya adalah 'bahan tidak berguna'

4. ESP mengandungi 50% keperluan kalsium harian
Kenapa ESP ada kalsium?Kerana tambahan sedikit kalsium boleh meneutralkan kembali asid phytic di dalam soya (kandungan asid phytic yang tinggi menghalang penyerapan zat dan mineral seperti kalsium, magnesium, dan zink semasa pencernaan dalam usus.

5. ESP telah mengungguli pasaran makanan tambahan selama 54 tahun

Ok sekarang lepas baca ni saya harap semua orang pilih ESP hehe..

Bukan apa, dah terang lagi bersuluh kebaikan ESP, dah beribu kajian dibuat, so tak perlu rasa ragu lagi..ramai dah cuba dan merasai kebaikkan dan manfaat ESP.

Bulan March 2015 ni promo ESP, murah dari harga biasa.
Untuk mencuba hubungi saya
017.675.4324
Continue Reading