Jawapan: Erm..blom..malu la nak buat..macam takde keperluan jer..nak beranak tu lain cerita..
Saya rasa majoriti kita mesti jawab macam ni kan?It's time to change girls. Sebelum saya nak share my own real experience meh kita sama-sama memahami sedikit sebanyak tentang pap smear.
Apa itu Pap Smear?
Pap smear adalah sejenis ujian saringan yang dijalankan untuk memeriksa kesihatan serviks bagi mengesan keadaan pra-kanser (iaitu sekiranya terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser). Prosedur yang mudah dan tidak memerlukan sebarang ubat atau bius ini, hanya mengambil masa beberapa minit di mana sedikit sel diambil dari serviks dan dihantar ke makmal untuk kajian. Walau pun mudah, inilah prosedur awal yang dapat menyelamatkan nyawa mereka yang berisiko.
Siapa yang perlu menjalani Pap Smear?
Secara amnya wanita berusia dalam lingkungan 20 - 65 tahun, dan wanita yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.
Bagaimana Pap Smear dijalankan?
Pap smear lazimnya dijalankan dalam keadaan berbaring (seperti posisi melahirkan anak). Secara ringkasnya:
- Spekulum akan dimasukkan kedalam vagina supaya servik dapat dilihat dengan jelas
- Wooden spatula or cytobrush akan dimasukkan ke dalam serviks untuk mengambil sedikit sel
- Sampel akan dihantar ke makmal untuk ujian selanjutnya
Pantang larang Pap Smear
- Pap smear tidak dapat dijalankan ketika haid
- Waktu paling sesuai adalah pada/selepas hari ke 10 kitar haid
- Tidak digalakkan melakukan hubungan seksual 24jam sebelum ujian dijalankan
- Elakkan melakukan douche, menggunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan, menggunakan lubricant 2 hari sebelum menjalankan ujian
Berapa kerap Pap Smear perlu dilakukan)
- Wanita yang berumur 25 - 60 tahun, pernah atau aktif menjalankan hubungan seksual, digalakkan menjalankan pap smear setiap tahun selama 2 tahun
- Sekiranya keputusan yang diperoleh negatif, maka pap smear boleh dilakukan setiap 3 tahun.
Dimanakah Pap Smear boleh dijalankan?
- Di semua klinik dan hospital kerajaan
- Di klinik/hospital swasta yang menawarkan perkhidmatan tersebut
- Federation of Family Planning Association of Malaysia
- Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara
Apakah makna keputusan Pap Smear?
Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luar biasa atau masalah yang dikesan. Keputusan tidak normal/luar biasa bermakna rundingan untuk tindakan/rawatan susulan perlu dilakukan. Abnormaliti mungkin membawa maksud:
- kesan mikroorganisma atau virus (dari penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear
- sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan sementara dan setempat yang benign dan bukan menunjukkan kanser)
- sel-sel serviks mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser
Tindakan susulan termasuklah:
- rawatan susulan
- ulangi pap smear dalam tempoh 3-6 bulan
- menjalani pemeriksaan kolposkopi
Itu adalah secara ringkas penerangan mengenai pap smear. Pengalaman saya pap smear bukanlah suatu prosedur yang menyakitkan. Ianya hanya mengambil masa beberapa minit dan sebagai wanita kita berkebebasan memilih doktor wanita untuk menjalankan prosedur tersebut. Jadi rasanya tidak perlu timbul isu malu di sini. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa kita.
Insyaallah..
Insyaallah..
0 comments:
Post a Comment