Tuesday, February 3, 2015

Cerita Jerawat..


Alhamdulillah sejak dari zaman remaja sampai sekarang, jerawat jarang-jarang singgah kat muka ni..tapi..sejak lepas bersalin anak ketiga ni, saya mula menghadapi masalah jerawat. Bukan kat muka tapi kat belakang badan dan kepala. Kira ok la tak naik kat muka tapi masalah saya paling besar pasal jerawat belakang ni ialah ianya menyakitkan especially kalau naik betul-betul kat tulang belakang..En suami la tukang picit yang setia haha.. Jerawat saya ni jenis kalau tak keluarkan nanah/nasi dia sampai ke akar umbi memang takkan baik..kena make sure habis kalau tak dia akan jadi balik dan saya pun sambunglah merana..

Masalah ni makin teruk terutamanya time nak dekat period and lepas period..disebabkan hal ni saya pun buat kesimpulan sendiri yang mesti penyebab utamanya adalah hormon dalam badan ni..maklumlah dan hujung-hujung 20an ni,,ada sajalah ketidakstabilannya..kot..haha..

Memandangkan saya memang tengah consume Vit C and Vit E, saya tambahkan satu lagi supplement Shaklee dalam skin care regime saya ni..GLA Complex..Memang ketiga-tiga produk ni seringkali disyorkan kepada mereka yang ada masalah jerawat..And alhamdulillah, dengan izin Allah masalah jerawat saya membaik..dah tak semeriah dulu, kalau naik pun sebijik jer, tak sakit macam selalu dan selepas beberapa hari jerawat tu hilang..as for parut jugak memang cepat pudar..I would definitely recommend this 3 products to anyone with skin problems like mine..seriously!!





Ok, alang-alang cerita pasala jerawat ni, meh saya kongsikan punca jerawat dan cerita disebalik lokasi jerawat..

1. Perubahan hormone
Apabila berlaku perubahan hormone seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang  haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormone dalam badan,iaitu hormone androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita.Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormone ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan.Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an.Selain drpd itu,penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku. 

2.Tekanan (Stress) 
Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal. 

Tekanan fizikal:

1.Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup 

2.Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur 

3. Jadual seharian yang sangat ketat 

4. Merokok, pengambilan dadah 

Tekanan emosi

1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan 

2.Buli 

3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih 

4.Kerja /study yang banyak 

3.Pemakanan
Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat. 

4.Toksin
Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain 

5.Faktor Genetic
Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.


6.Allergic atau alahan
Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit..Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat.Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit. 

7. Perubahan biologi badan
Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC  (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan) 

8.Persekitaran & Pencemaran
Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit. 

9.Jangkitan pada kulit & Resdung
 Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat  dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.  

10.Faktor Cuaca
Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar. 

Haaa, ni pulak cerita pasal lokasi jerawat..mungkin dapat membantu kita mengenalpasti jalan penyelesaian terbaik untuk masalah jerawat yang dihadapi.. 

Sekiranya jerawat berulangkali naik di tempat atau area yg sama,ini menggambarkan area dalaman kita yg tertentu mempunyai masalah,tetapi sekiranya setiap kali ia tumbuh di tempat yg berlainan,itu adalah normal.Tidak semestinya jika kita mempunyai masalah dalaman,jerawat wajib tumbuh di kawasan muka yg tertentu.Ada juga diantara kita ada masalah dalaman tapi kulit muka tiada masalah tapi lebih baik jika kita tahu apa yg ada di luaran sekarang datangnya dari dalaman supaya kita dapat mengambil berat masalah dalaman tersebut. 

DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak 

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah. 

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. 

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal 

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Menarik jugak kan cerita pasal jerawat ni hihi..

Yani

0 comments:

Post a Comment