Wednesday, March 11, 2015

Kebaikan dan kelebihan ESP..wajib baca!!!

Mari saya kongsikan apa yang BEST sangat pasal ESP Shaklee ni..Hopefully lepas baca ni lebih ramai akan memilih ESP dan jatuh cinta dengannya hehe..



Kebaikan dan kelebihan ESP

1. Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk mengelak kerapuhan tulang 
Kita orang pompuan kan lebih terdedah kepada risiko osteoporosis, so elok amalkan ESP sebagai langkah pencegahan

2. Memberi tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam 

3. Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan

4. Membantu mejadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/ awet muda kerana protein penting untuk kulit

5. Merangsang regenerasi otot dan kulit serta mengurangkan kedutan

6. Memberi ton warna kulit yang sekata

7. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus dan gebu

8. Mengandungi 9 amino asid yang penting untuk fungsi badan

9. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral

10. Rendah lemak tanpa kolesterol

11. Bertindak sebagai anti oksidan

12. Menguatkan sistem imun tubuh

13. Mempertingkatkan tahap kolesterol baik

14. Memelihara kesihatan jantung

15. Membaiki pigmentasi, masalah rambut seperti gugur, kedutan dan penuaan

16. Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan

17. Membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun

18. Mencegah migrain, insomnia dan tekanan

19. Baik untuk hormon kerana kacang soya kaya dengan isoflavones

20. Membantu merendahkan paras kolesterol

21. Membantu pembentukan sel-sel baru

22. Membantu mengurangkan simptom penyakit gastrik

23. Mempercepat pemulihan luka 

24. Sebagai milk booster, memekat susu badan

Saya mula-mula amalkan ESP ni masa pregnantkan anak ketiga, sebab doc advice saya suruh increasekan protein intake since my baby kecik. Alhamdulillah berkat konsisten amalkan ESP, Tuah lahir dengan berat 3kg (sedangkan kakak-kakak dia dulu merely 2.6kg). 

Then lepas bersalin teruskan jugak, bayangkan hari ketiga lepas bersalin saya dah boleh pam susu 3oz untuk Tuah. Susu memang pekat dan banyak. Punya banyak sampai Tuah pun tak abis minum, penuh freezer hehe.. Syukur alhamdulillah..lepas abis fasa kuning, saya tambahkan lagi Alfalfa, fuhh..memang penuh breast in few hours jer..memang kena practice konsep supply and demand tau nak achieve result ni huhu..

Bestkan??Jangan lupa hubungi saya untuk stok ESP anda hari ini!!!

017.675.

Continue Reading

Tuesday, March 10, 2015

Kenapa kena pilih soya ESP oleh Shaklee??



Berikut saya senaraikan 5 SEBAB kenapa saya dan anda semua kena pilih soya ESP:

1. ESP menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap dan menghasilkan isoflavone (ketahuilah bahawa proses mengekstrak isoflavone dari kacang soya bukanlah mudah tetapi Shaklee berjaya melakukannya)

2. ESP hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism)
Dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

3. ESP dibasuh dengan air
Dr Shaklee tahu bahawa dengan menggunakan teknik 'cold water extraction', kita akan memperoleh yang terbaik dari soya termasuklah komponen penting seperti phyto-estrogens yang mencegah kanser payudara dan kanser prostat di kalangan lelaki. Terdapat lebih 1500 kajian yang membuktikan kebaikan soya dan hanya 12 - 20 kajian negatif yang menunjukkan bahawa sekiranya soya diubah atau dirosakkan, hasilnya adalah 'bahan tidak berguna'

4. ESP mengandungi 50% keperluan kalsium harian
Kenapa ESP ada kalsium?Kerana tambahan sedikit kalsium boleh meneutralkan kembali asid phytic di dalam soya (kandungan asid phytic yang tinggi menghalang penyerapan zat dan mineral seperti kalsium, magnesium, dan zink semasa pencernaan dalam usus.

5. ESP telah mengungguli pasaran makanan tambahan selama 54 tahun

Ok sekarang lepas baca ni saya harap semua orang pilih ESP hehe..

Bukan apa, dah terang lagi bersuluh kebaikan ESP, dah beribu kajian dibuat, so tak perlu rasa ragu lagi..ramai dah cuba dan merasai kebaikkan dan manfaat ESP.

Bulan March 2015 ni promo ESP, murah dari harga biasa.
Untuk mencuba hubungi saya
017.675.4324
Continue Reading

Wednesday, February 25, 2015

Jatuh cinta pada ostematrix

Dulu saya ambil Ostematrix ni masa mengandung sebab kaki selalu kejang malam-malam..
Sekarang saya ambil Ostematrix sebab susah nak 'membuang' hehe..
Saya akan terus ambil Ostematrix sebab ianya bukan sekadar kalsium..
Banyak manfaatnya..
Plus will be entering 3 series next year huhu..



Mari saya kongsikan jadual keperluan kalsium badan kita mengikut umur sebagai panduan



Apalah yang dikecohkan sangat pasal Ostematrix ni bukan sekadar kalsium???Ini jawapannya..
Ostematrix adalah dietary supplement yang mengandungi:


  • 1,000 mg kalsium - sumber semulajadi yang mudah diserap
  • 400 mg magnesium - membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya
  • 400 IU vitamin D -  meransang penyerapan kalsium
  • boron - membantu metabolisme tulang
  • manganese, copper dan zinc - mengaktifkan enzim yang membantu dalam membina kepadatan tulang


Ok, sekarang kita dah faham apa lebihnya Ostematrix berbanding pil kalsium lain. Jom kita teliti pulak apa kelebihan dan faedah pengambilan Ostematrix ni:

  1. Mengurangkan risiko osteoporosis
  2. Membantu mengurangkan migraine
  3. Membantu merawat keretakan tulang
  4. Mengurangkan kekejangan dan kebas-kebas
  5. Memperbaiki depresi, mood swing
  6. Mengimbangi tekanan darah
  7. Memlihara denyutan jantung
  8. Meransang detox
  9. Meringankan simptom PMS
  10. Membantu mengimbangi pH tubuh
  11. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik
  12. Membantu sel menyerap nutrien
Gambar kat bawah ni plak sebagai panduan kalau kita nak tau kita perlukan tak kalsium ni??


Bagi saya siapa pun korang, pastikanlah mendapat kalsium secukupnya..
Dari susu ker, badam ker terpulanglah..
Untuk kebaikan diri kita jugak..
Saya pilih Ostematrix..
Kalau korang nak try boleh hubungi saya..
017.675.4324
Whole Malaysia delivery..

Continue Reading

Tuesday, February 24, 2015

Hadapi cuaca panas ditemani Performance Drink Shaklee



Negara kita sekarang sedang dilanda cuaca yang teramat panas. Pelbagai pihak telah mengeluarkan garis panduan untuk menghadapi cuaca panas ini dengan cara terbaik untuk kesihatan diri kita termasuklah:

  • minum dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti, tanpa perlu menunggu rasa dahaga
  • minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh
  • berada di dalam rumah/bangunan
  • hadkan aktiviti luar
  • kerapkan berehat
  • mandi atau buka kipas angin untuk menyejukkan badan
  • pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
  • pakai topi atau payung besar
  • jangan minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi
  • jangan membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup
  • jangan bersenam di dalam cuaca panas

Cuaca panas melampau boleh menyebabkan gejala kesihatan yang berikut:
  • sakit kepala
  • keletihan 
  • tumpuan yang lemah
  • pening
  • lemah otot-otot badan atau kekejangan
  • mual dan muntah
  • dehidrasi, kekeliruan dan koma
  • strok panas yang boleh membawa maut
  • kerosakan organ badan seperti ginjal, otak, jantung dan hati

Hadapi cuaca panas ditemani Performance Drink Shaklee



Kebanyakan minuman isotonik yang ada di pasaran mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi dan berkarbonat. Performance Drink oleh Shaklee pula merupakan minuman isotonik yang ISTIMEWA kerana tidak mempunyai karbonat dan kandungan gula yang sangat minima.

Antara kelebihan Performance Drink berbanding minuman isotonik lain termasuklah:
  • Tidak berkarbonat
  • Kurang kandungan gula
  • Tidak mengandungi lemak
  • Tidak mengandungi kolesterol
  • Tidak mengandungi bahan tiruan, pewarna atau pengawet tambahan
  • Dirumus KHAS dengan kandungan natrium, kalium, dan karbohidrat yang mencukupi
  • Mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh
  • Membantu mengatasi masalah dahaga (terutamanya pada hari cuaca panas dan bulan Ramadhan)
  • Bersifat isotonik. Jumlah kepekatan karbohidrat yang ada di dalam Performance Drink adalah sama dengan darah kita. Ini memudahkan proses penyerapan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah. Kesannya??Tubuh lebih bertenaga dan cergas.


Golongan yang sesuai dan memerlukan Performance Drink termasuklah:

  1. Para ibu yang menyusukan anak
  2. Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan
  3. Mereka yang berpuasa, sesuai untuk sahur dan berbuka
  4. Pesakit gout
  5. Mereka yang kurang minum air dan mengalam dehidrasi
  6. Mereka yang sering diserang sakit kepala dan migrain
  7. Anak-anak yang demam
(tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak dibawah usia 2 tahun)


Apapun pilihan anda, samada Performance Drink atau minuman isotonik yang ada di pasaran, pastikan anda mengikut segala panduan dan nasihat dalam menghadapi fenomena cuaca panas ini. 

Be safe wherever you are!!!

Nak Performance Drink??
017.675.4324

Continue Reading

Kenapa Vita-Lea for Children pilihan terbaik untuk anak anda??

Anak-anak saya memang memilih sangat bab-bab makan ni. Sayur taknak, buah kurang, itu taknak, ini taknak..anak korang plak camne??apa??sama..hmmm..So macam mana kita nak pastikan anak kita mendapat apa yang dia perlukan untuk kesihatan dan kecerdasan minda dia??



 Sebab kenapa kita perlu memastikan anak kita mendapat nutrien secukupnya ialah:
  • Dari kelahiran hingga umur 3 tahun, perkembangan otak amat peka terhadap pemakanan bayi dan 75% daripada kapasiti otaknya berlaku dalam tempoh yang genting ini.
  • Selepas umur dua tahun, pengambilan makanan berlemak seharusnya diambil dalam kuantiti sederhana rendah untuk mengelakkan penyakit jantung, kegemukan dan masalah kesihatan yang lain.
  • Pada umur lima tahun, 90% daripada perkembangan otak kanak-kanak telah lengkap.
  • Antara umur 11 dan 16 tahun, satu peningkatan yang besar dalam tumbesaran biasanya berlaku dengan peningkatan berat badan dan pertumbuhan otot yang ketara.


Oleh sebab itu saya memilih Vita-Lea for Children untuk anak-anak saya..

Nak tahu kenapa??Mari saya kongsikan kebaikan Vita-Lea for Children ni..


Fakta ringkas Vita-Lea for Children oleh Shaklee
  • mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak-kanak
  • menyediakan 150% nilai harian Vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • memberi 100% nilai harian vitamin C
  • mengandungi Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia
  • mengandungi manisan semulajadi iaitu xylitol yang tidak menggalakkan kaviti
  • kaya dengan sumber nutrient antioksida
  • diperkaya dengan buah oren, anggur dan campuran perisa beri


Apakah kebaikan Vita-Lea for Children ini??
  • melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan yang tidak dapat dipenuhi dari pemakanan seharian
  • meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
  • meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  • memberi perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
  • melindungi kesihatan jantung, otot dan fungsi saraf
  • meningkatkan kesihatan paru-paru, kolon dan prostat
  • mengekalkan tekanan darah yang normal dan rentak jantung yang sihat
  • mencegah penyakit beguk
  • meningkatkan penghasilan sel darah merah bagi mengelakkan anemia
  • membantu memulihkan selera makan dan melancarkan proses pencernaan
  • membantu meningkatkan kecerdasan minda
  • membantu penyerapan zat makanan
  • membantu menyeimbangkan hormon dalam badan
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda dalam memilih apa yang terbaik untuk anak tersayang.

Yani
Shaklee Independent Distributor
017.675.4324


Continue Reading

Tuesday, February 3, 2015

Cerita Jerawat..


Alhamdulillah sejak dari zaman remaja sampai sekarang, jerawat jarang-jarang singgah kat muka ni..tapi..sejak lepas bersalin anak ketiga ni, saya mula menghadapi masalah jerawat. Bukan kat muka tapi kat belakang badan dan kepala. Kira ok la tak naik kat muka tapi masalah saya paling besar pasal jerawat belakang ni ialah ianya menyakitkan especially kalau naik betul-betul kat tulang belakang..En suami la tukang picit yang setia haha.. Jerawat saya ni jenis kalau tak keluarkan nanah/nasi dia sampai ke akar umbi memang takkan baik..kena make sure habis kalau tak dia akan jadi balik dan saya pun sambunglah merana..

Masalah ni makin teruk terutamanya time nak dekat period and lepas period..disebabkan hal ni saya pun buat kesimpulan sendiri yang mesti penyebab utamanya adalah hormon dalam badan ni..maklumlah dan hujung-hujung 20an ni,,ada sajalah ketidakstabilannya..kot..haha..

Memandangkan saya memang tengah consume Vit C and Vit E, saya tambahkan satu lagi supplement Shaklee dalam skin care regime saya ni..GLA Complex..Memang ketiga-tiga produk ni seringkali disyorkan kepada mereka yang ada masalah jerawat..And alhamdulillah, dengan izin Allah masalah jerawat saya membaik..dah tak semeriah dulu, kalau naik pun sebijik jer, tak sakit macam selalu dan selepas beberapa hari jerawat tu hilang..as for parut jugak memang cepat pudar..I would definitely recommend this 3 products to anyone with skin problems like mine..seriously!!





Ok, alang-alang cerita pasala jerawat ni, meh saya kongsikan punca jerawat dan cerita disebalik lokasi jerawat..

1. Perubahan hormone
Apabila berlaku perubahan hormone seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang  haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormone dalam badan,iaitu hormone androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita.Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormone ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan.Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an.Selain drpd itu,penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku. 

2.Tekanan (Stress) 
Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal. 

Tekanan fizikal:

1.Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup 

2.Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur 

3. Jadual seharian yang sangat ketat 

4. Merokok, pengambilan dadah 

Tekanan emosi

1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan 

2.Buli 

3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih 

4.Kerja /study yang banyak 

3.Pemakanan
Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat. 

4.Toksin
Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain 

5.Faktor Genetic
Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.


6.Allergic atau alahan
Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit..Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat.Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit. 

7. Perubahan biologi badan
Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC  (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan) 

8.Persekitaran & Pencemaran
Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit. 

9.Jangkitan pada kulit & Resdung
 Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat  dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.  

10.Faktor Cuaca
Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar. 

Haaa, ni pulak cerita pasal lokasi jerawat..mungkin dapat membantu kita mengenalpasti jalan penyelesaian terbaik untuk masalah jerawat yang dihadapi.. 

Sekiranya jerawat berulangkali naik di tempat atau area yg sama,ini menggambarkan area dalaman kita yg tertentu mempunyai masalah,tetapi sekiranya setiap kali ia tumbuh di tempat yg berlainan,itu adalah normal.Tidak semestinya jika kita mempunyai masalah dalaman,jerawat wajib tumbuh di kawasan muka yg tertentu.Ada juga diantara kita ada masalah dalaman tapi kulit muka tiada masalah tapi lebih baik jika kita tahu apa yg ada di luaran sekarang datangnya dari dalaman supaya kita dapat mengambil berat masalah dalaman tersebut. 

DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak 

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah. 

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. 

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal 

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Menarik jugak kan cerita pasal jerawat ni hihi..

Yani
Continue Reading

Saturday, January 31, 2015

Bila anak pergi taska..

Kebanyakkan dari kita para ibu bekerja memang takleh nak lari dari hal ini..hantar anak ke taska sementara kita keluar bekerja..alhamdulillah bagi mereka yang berkemampuan boleh la amek maid or another option is kalau maktoknya or mak-mak sedara volunteer nak jaga..but for most of us nursery is the only answer..

Gambar Hiasan


Pengalaman saya sendiri..

Masa anak sulung saya Keisha dulu memang alhamdulillah..masa tu masih tinggal bersama mertua so anak ditinggalkan dengan maid mertua while saya keluar bekerja..masa tu my in laws ada 2 maid, masing-masing jaga anak saya and anak kakak ipar saya..and yang lebih meyakinkan masa tu nenda mertua ada untuk supervise huhu..bertuah sangat!!pergi kerja dengan senang hati knowing that anak kat rumah jer..

Masa dapat anak kedua saya dah jadi stay home mom so lagi la senang cerita..boleh jaga Keisha and adik dia sekali..dan alhamdulillah sebab duduk jer kat umah saya boleh fully breastfeed amelia..masa tu memang nampak sangat effect breastfeed..sebab keisha dulu susu botol..Amelia jarang sakit and even kalu sakit pun cepat baik..Alhamdulillah dengan izin Allah semua tu..sebab both children kat rumah jer so memang kedua-duanya jarang sakit..kalau sakit pun sebab berjangkit dari family member jer..so nothing serious..

Then in 2012 kitorang satu keluarga berpindah duduk sendiri..husband mintak tolong uruskan bisnes sama-sama dengan dia so sebab kesian kat anak punyer crita kitorang pun ameklah maid..saya masa tu paling risau dengan Amelia coz dia still fully breastfeed, botol memang reject so camne nak antar taska..kat taska sapa nak pujuk anak kita semua, banyak lagi budak lain nak kene tengok..so saya dengan husband tawakal amek maid dengan harapan anak saya dapat full attention..Alhamdulillah maid bagus, anak saya memang terjaga but then after 6 month plus maid cakap dia nak balik la plak..Saya serba salah masa tu but at the same time taknak paksa dia stay coz takut nanti dia lari masa tengah jaga anak kita lagi teruk..so i let her go..

Kat situ bermula la episod kitorang mencari taska..Masa tu bulan September..Alhamdulillah jumpa la satu taska dengan area rumah, kitorang pilih sebab budak tak ramai kat situ..kebanyakkannyer anak cikgu so diorang balik awal..first-first tu hantar tengahari so the girls duduk sana half a day jer..biasa first few days to menangis jer budak-budak ni..tak biasa kan..lama-lama ok..

Time ni bermula la episod anak-anak saya demam every other weeks, selsema, batuk..well this is expected..memang dengar pengalaman orang lain pun sama..salah satu benda yang kita parents kena hadapi bila hantar anak ke taska is anak selalu sakit..bila anak orang lain sakit the chances untuk anak kita sakit jugak lepas tu memanglah tinggi..doktor sampai dah kenal kitorang sekeluarga..malu gak time tu tapi apa boleh buat??Anak sakit mesti nak kena bawak jumpa doktor kan??huhu..

Apa saya buat??

Pilihan saya tak banyak..nak hantar kat mertua jauh, parents sendiri lagi la jauh..

Well disebabkan sebelum ni anak-anak jarang sakit saya pun memang kurang amek perhatian pasal bagi anak-anak makan vitamin sume tu..sejak start taska saya pun mula la ajar anak-anak amek vitamin..first skali saya belikan Scott Emulsion perisa oren..Alhamdulillah anak-anak suka, maybe sebab rasa oren kot..coz anak-anak saya ni jenis susah makan ubat, jenuh berperang, bersilat nak bagi ubat bila demam..



Then saya mula berkenalan dengan Shaklee..Saya belikan Mealshake untuk Keisha ngan Amelia..bancuh direct bagi minum diorang reject..so what i did was saya campur dengan susu..Alhamdulillah diorang minum..tapi nak bancuh kena make sure diorang tak nampak, especially Keisha coz dia memang takkan minum haha..mama kena bijak nak bagi anak makan vitamin..



Then saya beli Chewable Vit C..Amelia gilakan vitamin ni haha..sampai ke tahap kena sembunyi..kalau tak memang habis sebotol..bila diorag selsema saya bagi..hingus cepat kering..demam pun takkan melarat..saya tetap bagi ubat dari doktor..vitamin ni sebagai supplement nak kuatkan badan..



Tak lama pastu saya beli Nutriferon jugak..sama macam Mealshake saya campur dalam susu..satu sachet tu saya bancuh tiga kali..untuk boost diorang punyer immune system..saya ikhtiar untuk anak-anak sebab kesian tengok diorang selalu sakit..



Alhamdulillah berkat usaha saya, dengan izin Allah anak-anak bertambah sihat..still senang sakit tapi cepat baiknya..biasalah environment dekat taska memang kita takleh control..kuman-kuman, virus penyakit berjangkit ni akan tetap ada tapi dengan amalkan supplement ni sekurang-kurangnya ketahanan badan anak kita bertambah..anak sihat, ibu gembira tak gitu??haha..



Bagi ibu-ibu menyusu ibu boleh amek..anak akan dapat tru susu..senang kan??

Selain dari tu kita kena jaga pemakanan anak-anak..kurangkan junk food, bagi buah-buahan..usaha la setakat mana boleh..demi anak kita jugak kan..

Sekian sahaja perkongsian dari saya..till next time..

XOXO,
Yani
Continue Reading